Friday, 30 November 2012

Pohon Batu, Labuan, Malaysia

Assalammualaikum.. 

Kepada orang-orang Labuan, mesti familiar dengan Pohon Batu ni kan? satu tempat yang sesuai untuk bereakreasi bersama keluarga tercinta. :) Pantai ni sangat cantik dan bersih. Selain terdapat pelbagai kemudahan seperti pondok-pondok kecil, tandas awam, medan selera, disini juga terdapat playground untuk kanak-kanak. Kalau tahun sebelum ini, di sini juga terdapat Taman Cabaran, tetapi Taman Cabaran ini telah ditutup selepas tahap keselamatannya diragui oleh mengunjung. 

Minggu terakhir saya berada di Labuan, saya pun plan dengan roomate untuk picnic di sini sebagai kenangan kami bersama. Sebenarnya dah lama plan mau pegi picnic di pantai Labuan ni, cuma masa tidak mengizinkan dan ada saja halangan. 

Setelah plan dengan semasak-masaknya, kami sepakat untuk merajinkan diri memasak dan bawa makanan untuk berkelah di tepi pantai. Momoi selaku ibu, memasak bihon goreng campur sayur, sosej dan telur. Tini selaku kakak, telah memasak nasi, dan saya selaku adik *adiklah sangatkan* telah membuat sandwich tuna. Malangnya, masa ni Tiqa tidak dapat join kami bertiga sebab dia balik KK. :(

Kami bangun awal pagi untuk menyiapkan semua keja dengan semangat, walhal kalau nak pegi hospital amatlah liat. hehe..  .. Dengan bantuan uncle Tini yang telah banyak berjasa, kami pun sampai di Pohon Batu dengan selamat.. :)

DAN dengan penuh terharunya saya ingin menyatakan, inilah kami pertama saya menjejakkan kaki ke pantai Pulau Labuan setelah hampir 5 bulan tinggal di sini.  ..  Sibuk punya pasal la sampai segala plan sebelum ni semua cancel. 

gambar yang diambil secara spontan 

excited sangat tau, kami bertiga macam kanak-kanak riang, fakta - 90% pengunjung pantai pasti akan buat sand castle dan kami termasuk diantaranya .. sampai buat castle pun macam tak cukup pasir.. 

Pasir yang cantik dan pantai yang bersih. Like!
Kami bertiga pun berusaha dengan tekun untuk mendirikan istana pasir masing-masing. Oleh kerana tidak mau ditiru, masing2 pun buat castle jauh2. haha... *selfish tau masing2*

Auchak! my sand castle done! - Momoi
Momoi bersama sand castle nya. Cantik! Jeles i tau~ huhu.. Jom tengok sand castle Tini pula.. :)

yeah! this is my castle! - Tini
Awsomeee~~ castle Tini siap ada tembok tu sekelilingnya. Sangat kreatif! ditambah dengan dedaunan dan bebatuan. /please .. i dah tambah jeles ni!

And my castle.. Mohon jangan diejek.. saya amat menjaga baju saya agar tidak disaluti pasir oleh itu, lihatlah castle saya yang ........... xmo komen, korang komenlah sendiri.. :( 
Tolong jangan gelak!
haa~ tak suka.. tak nampak macam castle pun kan... nampak macam timbunan pasir je. Saya telah gagal menjadi pembina istana pasir. fail! sedih! sedih!

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan castle mereka yang cantik akhirnya saya tanpa rasa bersalah telah........



Kejam! Serangan batu dilancarkan ke atas Castle Tini

melancarkan serangan batu ke arah Castle Tini. Dan saya berjaya melakukannya.. hahahaa..
Tini yang tidak berpuas hati melihat kehancuran castle ciptaannya telah melancarkan serangan ke atas.........

Kejam - Serangan ke atas castle Momoi


Castle Momoi dan segalanya hancur punah! haha.. Serangan berbalas itu mengakibatkan peperangan yang amat dasyat! Ia amat menakutkan penduduk castle!

Serangan-Kuasa kame kame ha yang telah menyebabkan penduduk termutasi dengan radiasi yang kuat.
Momoi mengalami kekalahan. Muncul Tina cuba membantu!

Berusaha - Pantang berundur 
Dan tiba-tiba cahaya ketenangan muncul .. 

Lega - kemenangan berpihak kepada Momoi dan Tina
Ya! Kemenangan berpihak kepada kebenaran akhirnya! (walhal, saya yang memulakan serangan)

Setelah perjanjian gencatan senjata dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak, kami pun berdamai dan berjanji tidak akan membina Istana Pasir lagi. 

Insaf-insaf... 

Tina yang begitu merasa amat bersalah kerana telah menimbulkan pertelingkahan antara saudara telah nekad untuk terjun ke dalam laut.

Nekad - ingin menebus kesalahan
Momoi berasa amat sedih dan tidak sanggup melihat rakannya terjun ke dalam laut. Dia segera menghalang. Anehnya, seorang kanak-kanak kecil tiba-tiba muncul memberikan pertolongan. Ini adalah saat yang mencemaskan!

Ajaib - seorang kanak-kanak lelaki muncul memberikan pertolongan

Demi melihat kesungguhan sahabat yang ingin menyelamatkannya, Tina akhirnya akur. Baiklah! aku akan memaafkan diriku sendiri.

memaafkan diri sendiri
Kami bertiga pun sepakat...

Okey, drama dah tamat :)


saya pegang rumpailaut, Tini pegang batu karang

lagi.....

Basuh tangan sebelum makan

Tini yang kepenatan berlari-lari..

Momoi yang happy tengok laut..

cepatlah shoot! ombak datang menyerang ni... 

(^_^)

Dan disini juga saya dan Tini lawan main baling batu. Lontaran siapakah yang lebih jauh. Walaupun sudah mencuba sehabis baik, Tini tetap menang! tak puas hati.. 

Disamping itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermain lari passing button di tepi pantai, walau sekuat mana saya lari pun, tetap kalah..

dan sebelum pulang, kami ke playground untuk buat kacau! haha.. 

Terima kasih pada Jeun ( budak lelaki yang ada dalam pic tadi tu) kerana berkhidmat sebagai photographer kami. Sangat hebat! walaupun baru berumur 6 tahun, dia memang pandai ambil pic, cantik pula tu. kan..kan... sila kagum sekarang.. :)




Thanks for reading.. 


No comments:

Post a Comment