Assalammualaikum..
Hampir setiap hari letrik akan putus selama beberapa jam sejak kebelakangan ni, mungkin kerana sekarang ni musim tengkujuh dan mengganggu tiang2 letrik di sekitar Pangamount ni. So, untuk menghilangkan rasa boring, saya pun membawa adik lelaki saya pegi tengok wayang.
Saya sebenarnya bukan jenis kaki wayang, tapi oleh kerana tidak tahu mau buat apa di musim tengkujuh ni, apa kata tukar selera pegi tengok wayang pula. Ingat plan mau pegi pantai or perdana park. Lama dah tidak joging2 .. kalau dulu tinggal di Labuan, saya selalu juga temankan kawan saya, Tini dan Tiqa, tengok wayang sama2 kat youtube, tapi apa yang pasti, saya akan tido sebelum wayang habis. Bila saya sedar, wayang dah habis. haha. Dorang dua pun dah masak dengan perangai saya.
Selepas meminta kebenaran dari big bos(my dad), saya pun membawa 2 orang adik lelaki saya, Rahman dan Rashid. yang saya kurang berkenan time jalan ngan Rahman ni, bila dia drive terasa nyawa bagai telur dihujung tanduk. Lampu isyarat dah colour kuning, lagi dia tekan pedal minyak! ketahuilah wahai makhluk diluar sana, saya amat xsuka bila pemandu, drive keta macam ada raksasa kejar dibelakang.
Sampai di Centre Point, kami pun terus ke palm square. Pastu tengok list wayang yang ada. Memandangkan saya kakak, so, saya yang buat keputusan mau tengok wayang apa. Demi mengelakkan terkena tumbukan padu, mereka berdua hanya menurut.. dengan muka menyampah melihat kakak dorang yang xsedar diri ni pilih movie! hahaa!
ISTANBUL AKU DATANG. Tengok poster dia cam best, jadi saya pun pilih untuk tengok wayang ni. Lucky sebab student card saya still boleh pakai lagi dan melayakkan saya untuk mendapat diskaun, adik2 saya yang xada student card turut bernasib baik bila orang yang jual tiket tu masukkan mereka sekali dlm diskaun.
Istanbul Aku Datang ni mengisahkan tentang sepasang kekasih, Lisa dan Tomok. Mereka terpisah kerana Tomok mengikuti pengajian perubatan selama 6 tahun di Istanbul. Lisa yang bimbang dengan hubungan jarak jauh mereka telah merancang sesuatu agar tomok melamarnya secepat mungkin.
Oleh itu, Lisa telah mengambil keputusan untuk belajar bahasa Turki di Universiti yang sama dengan Tomok. Lisa membuat target, Tomok akan melamarnya sebelum dia menamatkan kursusnya selama 3 bulan di sana.
Malangnya, kedatangan Lisa di sana tidak membuatkan Tomok gembira. Lisa yang berkecil hati dengan sikap kekasihnya tetap tidak menyalahkan Tomok dan cuba memahami keadaan Tomok yang sering sibuk dengan kuliah perubatannya. Lisa bertambah sedih apabila Tomok memintanya untuk mencari rumah sewa yang lain.
Lisa yang sering mendapat dugaan sebaik sahaja tiba di Istanbul tetap tidak berputus asa, dia berusaha sendiri dan berdikari mencari rumah baru. Bantuan dari seorang warga Istanbul yang baru dikenalinya menemukan Lisa dengan seorang artis(pelukis) warga Malaysia yang menetap di sana. Pertemuan Lisa dan Beto secara tidak dirancang itu menambahkan lagi masalah kepada Lisa.
Nak tahu cerita lebih lanjut, kenalah tonton sendiri. hee..
Lepas selesai tengok wayang, saya ingat nak main bowling, tapi yang dua orang budak ni malu-malu la pula sebab masa tu, rasanya 80% pengunjung bowling adalah perempuan. So, takkanlah saya main sorang2 kan. Urm, akhirnya kami pun pulang.
Sampai sahaja di rumah................... gelap! Blackout lagi! dan blackout sampai malam..

No comments:
Post a Comment