Friday, 9 November 2012

Donut Cinta

Assalammualaikum... 


Hari tu teringin buat donut. so, cari-cari stok tepung dalam almari, jumpa jugalah stok tepung gandum cap rama-rama. Agak lama dah x uli2 tepung. kalau lepas SPM dulu, saya slalu buat kuih waktu petang2 sebab xada benda nak buat. . Saya belajar buat kuih donut ni dari mammy. antara salah satu sebab mengapa saya lebih suka membuat donut berbanding  kuih yang lain adalah ianya senang, mudah dan sedap. :)

kepada yang ingin try buat, ini adalah bahan-bahannya..

1. Tepung Gandum - banyak ikut suka hati anda.

2. Lemak Sayuran - ikut banyak mana tepung yang anda gunakan. kalau 1 kg tepung, ambil lemak sayuran dalam 2 sudu makan penuh.

3. Yis - kalau guna tepung 1 kg, habiskan satu paket yis. kalau tak sampai 1 kg, pandai2 la buat nisbah.. hehe..
sebelum tu, ada banyak jenis yis di pasaran dan biasanya yis yang selalu saya gunakan adalah.. Yis brand Bunga Raya.

4. Gula ikut suka hati sendiri..

5. Air masak

6. Gula Aising


Cara-caranya :

1. Basuh tangan anda sebersih bersihnya, sekiranya memakai cincin, sila tanggalkan buat sementara waktu, sekiranya berkuku panjang sila potong ikut kesesuaian.. sekiranya ada luka2 atau jangkitan pada kulit tangan.. BETTER SURUH ORANG LAIN BUATKAN! urm, yang ni masuk dalam cara2 juga ke?..


2. Mula-mula masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, masukkan lemak sayuran dan gula. Then sebatikan semua bahan2 tadi.


3. Setelah itu, masukkan air sedikit demi sedikit, rasa2 kalau tepung dah boleh dibentuk dan tak melekat pada tangan, dah boleh la tu. so stop masukkan air. 


4. Part last ni menggunakan tenaga. Tepung perlu diuli dengan cara yang betul. Saya percaya setiap orang ada skill uli tepung masing2... kan...  


Setelah anda benar-benar berpuas hati, biarkan tepung dalam keadaan tertutup selama 45 minit - 60 minit. 



Sebelum

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeNG JENG!!

Selepas!
Bila tepung dah cukup kembang, so boleh la start membentukkan donut. Biasa kita tengok bentuk donut adalah bulat, betul?.. tapi kali ni, saya try buat kelainan.. saya buat bentuk......




yes! Pandai.. Bentuk hati.. so, saya namakan donut ni, Donut Cinta 

dah siap bentukkan donut2 ni, bolehlah masak dengan menggunakan minyak panas.. :)

Donut Cinta Farirah

FINALLY! inilah hasil yang tak seberapa.. /blush 

Biarkan beberapa minit sehingga suhu donut suam2 baru salut dengan gula aising bagi mengelakkan gula aising menjadi cair. 

So, ni je lah entry buat hari ni. hehe.. Selamat mencuba.. 

No comments:

Post a Comment