Saturday, 10 November 2012

Kisah Praktikal (Blood Bank)

Assalammualaikum...

Memandangkan ada beberapa junior (tak ramai pun) yang PM saya melalui FB dan juga hantar msg kat HP bertanyakan pengalaman saya semasa praktikal, so entry untuk kali ini, saya akan ceritakan pengalaman saya selama ber praktikal di Hospital Nukleus Labuan.

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada junior-junior yang msg tapi saya tak balas. Bukannya saya sombong atau lokek untuk berkongsi, masa tu tengah berperang dengan tesis dan SOP dan Buku Log..  ..so, memang saya tak sempat balas. Minta maaf sangat-sangat ya. :(

Dan untuk menebus kesalahan, saya buat satu entry KHAS untuk junior2 yang bakal menjalani Latihan Industri tidak lama lagi. Terharu tak?.. saya tak sombong kan.. kan.. kan.. :P

Sebelum tu..

Adakah anda pernah berjauhan dari family?
Adakah anda boleh beradaptasi dengan persekitaran baru?
Adakah anda tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali?
Adakah anda bersedia dengan tengkingan, sindiran, atau apa juga respon negatif dari rakan sekerja?

Jika jawapan anda adalah YA! maka anda SIAP untuk menempuh satu kehidupan baru iaitu alam pekerjaan. :)

Oleh kerana saya posting di Hospital Nukleus Labuan, panduan ni mungkin berguna buat junior2 yang bakal dihantar ke sana.

Ini adalah antara rakan2 yang posting bersama di Labuan. :)
First day lapor diri, kami berempat mencari-cari makmal patologi Hospital. Since masing-masing pun tak pernah datang tempat tu dan tak pernah tahu lokasinya, terpaksalah kami memberanikan diri untuk bertanya dengan pekerja2 di sana. Kami masuk ke unit kecemasan dan trauma dan bertanya di kaunter pertanyaan.

"Selamat pagi, boleh saya tanya.."

"ya. Selamat pagi. "

"Makmal Patologi dimana ya?" *ingat! pastikan anda senyum k.*

"owh, student practical ke?"

"Ya.."

then staf yang kat kaunter tu pun tunjukkan arah ke makmal patologi. Kami ikut instruction yg diberikan sehinggalah kami menemui sign board Makmal Patologi dan Tabung Darah. Alhamdulillah, bertemu juga..

kami tiba di Makmal tepat pukul 7 pagi. Memang sengaja bertolak awal dari rumah sebab takut datang lewat pada hari pertama, maklumlah, kita tak biasa dengan tempat baru, risiko untuk sesat tu tinggi, so sediakan payung sebelum hujan. k.

Mengikut arahan mentor, saya perlu menyerahkan dokumen rasmi kepada penyelia kami di sana iaitu, Cik Raja Saidatul Nadiah, Pegawai Sains Hospital Labuan. First time jumpa dengan Cik RSN, rasa takut2 sikit. Cik RSN berikan briefing pada kami berempat tentang selok belok makmal. Kami dibawa round satu makmal supaya tahu setiap section di sana. Walaupun Cik RSN seorang Pegawai, beliau langsung tidak sombong dan sangat peramah pada semua staf even kami, mlt pelatih. Baikkan dia.. :)


Bersama Cik Raja Saidatul Nadiah
Blood Bank 
First section yang saya masuk adalah Makmal Tabung Darah atau nama femesnya blook bank. Tugas di section ni, setiap pagi, kena kira ada berapa stock darah di dalam peti ais dan update. Kemudian, kena buat suspensi 3-5% darah penderma supaya mudah untuk kita buat cross-matching nanti. 

Ujian yang biasa dilakukan di sini adalah ABO Grouping. Walaupun ujian ni agak mudah dan senang untuk dilakukan, namun kesilapan kecil boleh menyebabkan bahaya kepada pesakit ok. So, jangan ambil mudah dengan setiap ujian even sesuatu prosedure ujian tu merupakan kepakaran anda. contoh kesalahan yang boleh berlaku dalam ABO Grouping, kalau jari anda saiz kecil, mesti susah sikit bila pakai glove sebab glove akan longgar. kadang-kadang glove yang longgar tu akan mengganggu prosedure jika tidak berhati hati dan kita tak sedar yang darah tadi boleh contam. Hari pertama, saya buat ABO Grouping untuk donor. Ada lebih kurang 50 donor masa tu. so, memang penuh papan sakti putih tu dengan darah .. huhu.. oleh kerana terlalu banyak yang perlu dibuat dan tambahan pula saya bukanlah seorang yang pro, ada beberapa donor yang saya terpaksa cek sampai 2 kali sebab nampak agglutinasi yang samar2. walaupun glove saiz S, but still longgar for my hand. huhu.. memang tak selesa.. 
Ketelitian amat penting ya rakan2.. ketelitian! 

Selain ABO Grouping, ujian femes adalah Antibody Screening, GSH, GXM(cross-matching) dan macam-macam lagi, apa yang diajar semasa amali di kolej dulu, SEMUANYA AKAN DILAKUKAN DI SINI.. so, siapa yang suka main2 waktu amali, sangat rugi!. 

selain melakukan ujian, sebagai mlt pelatih, anda juga akan diuji, ujian yang biasa diberikan adalah menyediakan CCC.. tak tau apa tu CCC? ok, balik sem 1! .. so, siap sediakan diri anda dengan pengetahuan immunoheamatology kerana anda bukan sahaja diuji praktikal tetapi teori juga. (soalan bocor .. hihi) Soalan biasa di tanya adalah : 
1. Apa beza plasma dan serum?
2. Apa kegunaan freze frozen plasma, cryoprecipitate, platelet dan teman2 seangkatanya..
3. Apa beza darah O bombay dan darah O?
4. Apa tu rhesus negative..
5. Apa darah yang sesuai untuk patient thalasemia?

Dan banyak lagi sebenarnya.. tapi tak ingat apa lg.. ehee.. 

GXM atau yang kita kenali sebagai cross matching semasa belajar dulu.. mula2 saya pelik bila dengar GXM ni, dalam otak saya, ujian apa ni? xpernah dengar .. rupanya GXM adalah ujian Cross match. Ujian ni biasanya dilakukan ke atas pesakit thalasemia, anemia, ibu yang bakal bersalin, patient yang bakal menjalani pembedahan.. pendek kata patient yang memerlukan transfusion. Ujian ni sangat penting dan perlu dilakukan dengan BERHATI-HATI kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan patient mengalami reaction transfusion. Sekiranya tidak sure dengan pemerhatian sendiri, minta mlt yang pro tengok. 

Ujian lain adalah ujian Coomb'S .. 

Bersama MLT untuk Blood Bank- Rosnani

dan...

Bersama MLT Blood Bank - Azis

so, entry ni saya kongsikan pengalaman semasa berada blood bank sahaja dulu.. saya akan kongsikan pengalaman semasa berada di section lain andai ada masa terluang. InsyaAllah.. Semoga pengalaman yang tak seberapa ini dapat membantu junior2 yang bakal menjalani LI. ol de best k.

1 comment:

  1. Assalamualaikum nak tanya bidang biotechnology boleh tak buat praktikal di unit patologi ni?

    ReplyDelete