Monday, 10 December 2012

Kisah Praktikal ( Immunoassay & Biochemistry Lab)

Assalammualaikum.. /hihi

Entry kali ini tentang makmal imunoasai. Makmal ni adalah antara makmal yang paling best dan tidak sibuk sebab semua ujian yang dijalankan adalah non-rutin. So, makmal ni hanya akan beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Pada hari Selasa dan Khamis, MLT yang bertugas di makmal ini akan masuk ke makmal biokimia pula. 

Semua ujian yang dijalankan disini 100% menggunakan sebuah mesin. Tinggal masukkan data pesakit dan spesimen. Kemudian run mesin. Dah dapat result, print.. Siap! Segala keputusan yang keluar akan disahkan oleh Pegawai Sains terlebih dahulu sebelum despatch pada doktor. 
Hajah Noriah

Ini adalah mesin tu.. Mesin ni sangat sensitif. xsah kalau alarm dia x berbunyi. Kadang2 pasal suhu suam2 pun dia akan berbunyi. Bilik ni memang sangat sejuk. 

Dalam lab ni, semuanya pasal hormonal study. Hormonal study adalah mengenai hormon2 manusia. Spesimen yang diperlukan adalah serum.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lupakan tentang immunoassay lab, sekarang kita beralih ke biochemistry lab pula. :)

Lebih kurang macam makmal imunoasai juga, makmal biokimia pun menggunakan 100% mesin. Spesimen yang diperlukan dalam lab ni adalah darah dalam tiub EDTA dan plain tube sahaja. Selain darah, ujian ke atas 24hours urine juga akan dijalankan disini. 

First time saya buat test for urine 24hours, hampir2 termuntah bila tidak pakai mask. Lepas siap buat test, terus cepat2 buang urine tu. Bau nya memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. /sweat

Di mana-mana hospital pun, makmal yang paling sibuk adalah makmal biokimia. Sangat2 sibuk terutama sekali bila pesakit dialisis menjalani ujian biokimia. Dalam makmal ni, ujian ujian yang akan dijalankan adalah Liver function test, Renal Profile, Lipid profile, cardiac enzyme, calsium,glucose, HbA1c, dan banyak lagi.


Time saya berada di section ni, saya bersama dengan salah seorang MLT yang paling saya rapat. Fisrt day saya di Path Lab, dia adalah orang pertama yang saya kenal dan bila dia on call, sayalah pengikut setia dia. :) Kak Siti Norlia.. atau nama femesnya kak CTN. :)

Next section sy adalah Makmal Mikrobiologi.. Jumpa di entry yang baru... /bye 

No comments:

Post a Comment