Tuesday, 11 December 2012

Kisah Praktikal (Makmal Mikrobiologi)

Assalammualaikum... /hihi

Makmal Mikrobiologi.. Masa first day masuk sini, terus sakit. Demam dan selsema kerana imun tidak kuat melawan bakteria-bakteria yang ada dalam tu ataupun badan terkejut dengan suasana baru. Semasa berada di dalam makmal ni, saya tidak akan tanggalkan glove. Lab ni adalah lab yang sedikit bahaya berbanding lab lain kerana terdapat pelbagai jenis bakteria di dalamnya. /blur

Di sini, kita boleh jumpa pelbagai jenis spesimen, swab mata, hidung, mulut, spesimen tisu, tulang, darah, urine, feses dan banyak lagi, dan setiap spesimen yang sampai tu PASTI mempunyai bakteria tertentu. Oleh itu, semasa kendalikan spesimen, perlu berhati hati.

sterile swab


cara pengambilan swab bahagian mata


Spesimen yang sampai akan dikultur pada plat agar yang sesuai untuk melihat pertumbuhan bakteria selama 24 jam.


dan keesokkan harinya.......
morfologi pertumbuhan bakteria akan diperhatikan bagi memastikan jenis bakteria. Setelah ujian2 biokimia dijalankan ke atas bakteria ini dan identitinya sudah dikenali, barulah ujian sensitiviti antibiotik akan dijalankan.




Ujian sensitiviti antibiotik ini dilakukan mengikut jenis2 antibiotik yang sesuai dan akan dieram lagi semalam dan kita hanya dapat tahu keputusannya pada keesokan hari.

Penat? urm, di makmal ni, ada masanya dapat duk relax, ada masanya xmenang tangan. Time saya masuk sini , minggu pertama sangat best sebab tak banyak spesimen. Minggu ke dua pula, tak menang tangan sebab terlalu banyak spesimen. Satu pesakit je, ada lebih kurang 10 jenis spesimen datang sekali. Tapi lagi banyak kita terima spesimen, lagi banyak kita dapat belajar, sebab cara pengkulturan sesuatu spesimen tu berbeza beza. Beruntung mereka yang dapat praktikal di HQE, Tawau..  sebab di sana lebih banyak jenis spesimen yang akan dijumpai. Satu spesimen yang jarang dan sukar di temui di Path Lab Labuan ada CSF(cerebrospinal Fluid) sample.

Cara paling senang untuk mengambarkan bagaimana makmal ini bekerja..

1. Seorang pesakit datang ke hospital mengadu sakit mata
2. Dengan menggunakan swab steril, mukus/cecair pada bahagian mata akan diambil
3. Swab yang mempunyai mukus/cecair tadi akan dihantar ke makmal mikrobiologi
4. Swab tadi akan dikultur pada media agar yang sesuia untuk membenarkan bakteria dari mata tadi tumbuh.
5. Bakteria yang tumbuh akan dikenal pasti
6. Apabila bakteria sudah dkenalpasti, ujian senstiviti antibiotik akan dilakukan.
7. Report akhir yang keluar akan memberitahu antibiotik yang sesuai untuk menentang bakteria
Selesai! Lebih kurang macam tu la jalan kerja dia. :)

cara untuk mengenalpasti jenis bakteria
1. Melakukan staining (pewarnaan)
2. Melakukan ujian2 biokimia
3. Menggunakan kit khas (terbaru)

Rasanya, itu je untuk entry kali ni, jumpa di entry yang seterusnya... /bye

No comments:

Post a Comment