Friday, 23 November 2012

Makmal Serologi

Assalammualaikum..

Next section selepas heamatology lab adalah makmal serologi. Ujian-ujian yang dijalankan di sini adalah ujian saringan HIV, Hepatitis, VDRL(Sifilis), Leptospirosis, Denggi dan Ujian kehamilan. Tetapi, disebabkan ujian kehamilan jarang dilakukan, so mlt yang bertugas di biokimia klinikal akan membantu. :)

mesin yang digunakan untuk cek sampel pesakit


mesin yang digunakan untuk cek sampel donor
Selain ujian denggi, leptospirosis, VDRL dan ujian kehamilan, ujian lain adalah menggunakan mesin. Mesin yang besar untuk run sampel patient dan yang kecil untuk run sampel donor.

bagi mengelakkan kesilapan tertukar spesimen semasa melakukan prosedur, saya diajar untuk merajinkan diri melabelkan nama patient serta ic number pada tiub yang digunakan untuk memasukkan sampel. Biar lambat asal selamat. Sekali run biasanya akan ada lebih 40 atau 50 sampel patient. Selepas memasukkan dan menyusun sampel pesakit pada rak yang betul, barulah data pesakit dimasukkan.

Untuk run sampel donor pula, student tidak dibenarkan melakukan ujian ini kerana ujian ini mengambil masa selama 4 jam untuk dilakukan, selain itu, reagen yang digunakan banyak dan risiko untuk berlaku kesilapan adalah sangat tinggi jika tidak mempunyai pengalaman. Jadi saya hanya berpeluang untuk melihat sahaja disamping diajar cara2 melakukan prosedur ni satu per satu. Memang sangat mencabar, memenatkan, memerlukan konsentrasi yang tinggi dan pasti memerlukan kesabaran.

MLT yang bertugas semasa saya berada di section ini adalah En. Masri. Apa2 ujian yang saya buat, saya akan refer pada dia untuk minta confirmation betul ke tak apa yang saya buat.


Dan Pegawai Sains yang juga banyak mengajar saya selama saya berada di section ini adalah Cik Siti Aisya yang kat tengah2 tu. :) satu yang best kat Path lab Hospital Labuan ni, start dari cleaner sampailah pegawai boleh buat kawan2. semua pegawai sains kat sini tidak sombong dan sangat peramah. begitu juga MLT2 path lab hosp labuan. mereka semua memang the best! tiada istilah 'antara dua darjat' disini..

Tamat untuk edisi serologi..

No comments:

Post a Comment