Monday, 26 November 2012

Kaunter Pathology Lab Hospital Labuan

Assalammualaikum... 

Selepas 2 minggu berada di section Serologi, saya ke bahagian kaunter Makmal pula. Kalau di Hospital Queen, setiap makmal mempunyai kaunter sendiri kerana di sana sampel yang diterima lebih banyak dan juga lokasi sesebuah makmal berjauhan antara makmal yang lain. Contohnya, makmal histopat berada di atas bukit sementara blood bank berada berdekatan dengan unit kecemasan. Oleh itu, setiap makmal ini mempunyai kaunter penerimaan sampelnya sendiri. Berbeza dengan Hospital Labuan, Path Lab di Hosp. Labuan hanya berada pada satu blok. Setiap section dipisahkan dengan bilik-bilik makmal sahaja. Binaannya ringkas dan mudah untuk MLT ke satu section ke section yang lain. Oleh itu, hanya satu kaunter utama yang ada dimana kaunter ini menerima semua jenis spesimen. Spesimen darah, urin, feses, organ and so on. Di kaunter ini juga adalah tempat pengambilan darah bagi pesakit yang mempunyai temu janji di klinik pakar. 

Semasa saya berada di sini, best skit sebab ada masa duk relax. hehe..  .. kerja yang saya buat kat sini hanyalah cek spesimen yang diterima dari wad samada boleh diterima atau direject, Kemudian cek borang samada lengkap atau tidak. Kemudian masukkan num KN pada borang. Selepas semua borang dah lengkap barulah spesimen tadi dihantar ke section-section yang sepatutnya. Tetapi sekiranya ada spesimen yang perlu direject, terpaksalah call nurse untuk ambil kembali spesimen. 

Dua minggu saya berada di sana, pada minggu pertama, suasana kaunter ok dan saya sempat buat SOP dan tesis sekiranya tiada sampel diterima dan tiada patient yang datang. Di samping tu, sempat juga berborak-borak dengan staf kaunter yang sememangnya sangat peramah. Di sini, saya berkenalan dengan Puan Rusidah, Hj. Yusuf, Unty Angie, En. Marsidin dan Hjh. Noriah. 

Oleh kerana di sini adalah tempat pengambilan darah patient untuk Ujian, setiap pagi, sebelum pukul 8 pagi lagi, pesakit dah beratur di koridor luar terutamanya hari Isnin. Dan minggu kedua saya berada di sini, staf di kaunter hanya tiga orang kerana staf yang lain terlibat dengan kursus. Biasanya di kaunter akan ada dua orang MLT yang bertugas mengambil darah. Tetapi pada minggu tersebut hanya seorang yang mengambil darah. Keadaan pada minggu kedua berada di sini sangat sibuk tidak terkata. Bermula dari pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengahari, kemudian petangnya dari pukul 2-4.30 petang. tidak dapat duk relax sebab kekurangan staf, dari tempat penerimaan spesimen patient wad ke tempat patient dari klinik pakar, then ke rak ambil result patient bila  ada nurse minta belum kira spesimen yang direject lagi. /blur

Pada pukul 10 pagi, patient yang buat ujian glukosa datang serbu untuk cek darah glukosa after 2 hours.   Unty angie yang pada masa tu mengambil darah baby terpaksa meminta saya untuk melakukan ujian tersebut kerana kesian pada patient yang menunggu lama, selain itu, untuk ujian 2HPP, pengambilan darah perlu ikut time supaya result yang diperolehi adalah betul. Sebelum ini, saya hanya melihat cara unty angie dan Hjh Noriah melakukan prosedure disamping mereka akan menunjukkan cara dan teknik yang betul agar patient tidak merasa sakit. Pada mulanya unty angie bertanya samada saya boleh buat phlebotomi atau tidak, saya jawab dengan jujur, saya belum berani untuk buat phlebotomi sebab sebelum ni pun saya pernah buat time belajar di kolej, tetapi tidak berjaya. Takut nanti patient rasa sakit, sudahkan pesakit kan, pastu tertambah sakit pula. huhu..

Oleh itu, saya hanya membantu unty angie untuk melakukan ujian glukosa 2HPP je. Ujian ni senang skit, semua orang pun boleh buat sendiri sebenarnya. Cucuk sikit pada hujung jari je untuk mendapatkan 1 titis darah. Saya percaya, sesiapa yang mempunyai keluarga yang menghidap diabetes mesti pro buat teknik ni.

Tetapi, untuk pertama kali, nervous tu memang ada bertambah-tambah lagi kita tidak kenal patient tu macam mana. Patient ni ada yang ok, ada yang tak ok. Tapi saya bernasib baik kerana patient pertama yang saya dapat ni memang sangat-sangat ok sampai saya yang pada mulanya kurang yakin, menjadi bertambah yakin. Dia seorang guru melayu dan dia tahu saya student praktikal. kadang2 ada patient ni, kalau dia tahu student praktikal yang buat test, dia tidak mahu. Tapi saya beruntung jugalah dapat patient seorang guru perempuan dan memahami situasi sebagai pelajar seperti saya. Dia pula yang tenangkan saya, "Relax je, xpayah takut, xpenah lagi patient mati sebab kena cucuk kat jarikan" katanya sambil tersenyum. Saya hanya ketawa kecil je dan senyum cuba menyembunyikan gelora di hati. hehe..

Kemudian saya mencapai sepasang glove dan menyarung ke tangan lambat-lambat sambil membaca doa di dalam hati. Tangan ada sikit mengeletar. Teringat teknik yang diajar oleh unty angie minggu lepas, "sebelum cucuk jari, rasa permukaan jari dulu, kalau permukaan kulit keras tekan kuat sedikit, kalau tidak keras tekan sikit saja. Biasanya permukaan jari lelaki yang keras sedikit." ..

selesai memakai glove saya pun mencapai jari cikgu tu dan merasa permukaan jari. Ok, yang ni tak payah tekan sangat. Seperti yang diajar oleh unty angie, beramah mesra dengan patient adalah penting supaya patient tidak panik. (padahal saya yang sedang panik masa tu, haha). Saya pun bertanya serba sikit tentang guru tersebut, "Cikgu mengajar sekolah mana?" .. cikgu tu jawab, sk ke smk tak pasti, yang jelas saya dengar kebangsaan pantai je. " ada kelas pagi ni?" .. "ada, lepas selesai ni nak ke sekolah balik" .. dalam masa yang sama, saya ambil swab alkohol dan sterilkan kawasan jari dulu. Cikgu ni nampak relax je. so, saya pun rasa tenang sikit. saya pun prepared glucometer dan stripnya.

safety lancet
Dengan perasaan yang masih gementar, saya pun mengambil safety lancet khas untuk cucuk kat jari. Kalau dulu-dulu, sebelum adanya kewujudan jarum comel ni, lancet lebar tu akan digunakan. Lancet ni seram sikit sebab mata jarum lebih besar dan memang sakit. Masa belajar kat kolej dulu, kami dipaksa untuk menggunakan lancet seram ni dan langsung tidak dimanja manjakan menggunakan jarum auto tu kecuali pada sem akhir. huhu.. Bayangkan setiap kali amali, kami akan merasa sakit dulu sebelum mendapat ilmu, benarlah pepatah yang mengatakan, no pain no gain.. /omg hihi.. *off topic

ni adalah rupa lancet yang menyeramkan tu.

cara guna safety lancet ni senang je, tekan sahaja lancet ke jari dan jarum akan tertolak laju ke tisu dan tak sampai sesaat, jarum akan tarik sendiri. Kelebihan jarum ni, tidak menyakitkan kerana diameter jarum yang digunakan adalah yang paling halus dan tusukan jarum smooth, saya pernah try, memang tak rasa pun jari sakit walau sedikit.

Jarum tadi saya letakkan betul2 pada atas kawasan yang hendak dicucuk, yakni pada kawasan tepi jari..  :P Debaran semakin kuat..  .. Patient yang beratur dekat luar pintu asyik pandang2 je bertambah lagi gelora di jiwa.  .. Dalam hati berdoa, Ya Allah, jika pesakit ni merasa sakit atas kesilapan teknik yang aku buat, hilangkanlah segera rasa sakitnya.. dan dengan lafaz Bismilla........ 'Tip' kecil je bunyi jarum auto ni sebenarnya, saya pun menekan jarum tersebut dengan berhati-hati.. "Sakit tak cikgu" .. "tak rasa ape pun la" .. Alhamdulillah.. lega... fuh!

Selepas darah pertama keluar dilap, glucometer yang tersedia bersama strip saya capai dan dekatkan pada darah yang keluar dan menanti tindakbalas kapilari pada strip tersebut sehingga bunyi beep menandakan tindakbalas strip sudah selesai. Selesai prosedure saya menekan jari cikgu tu dengan kapas kering. "Okay, dah siap!" ku berkata dengan penuh yakin dan tersenyum. beberapa saat kemudian....

ERROR! what? Error! Cis! bacaan pada glucometer error, dengan cuba berlagak tenang, saya membuka strip dari glucometer dan mengantikan dengan strip QC yang berada di dalam kotaknya. glucometer dibiarkan beberapa minit untuk menenangkan dirinya sendiri. Tengok, betapa kuatnya aura saya sampai glucometer ni pun terikut-ikut ke nervous an saya. (sebenarnya silap saya sebab lupa buat QC sebelum buat test, Maafkan saya cikgu)  ...

"Erm, cikgu, glucometer tak dapat baca test tadi, jadi terpaksa repeat test sekali lagi, maaf ye cikgu." ..
"Tak pe, biasa la tu, calculator pun boleh error.." memang baik la cikgu ni, sangat memahami student. terima kasih cikgu, terima kasih. Patient kat tepi pintu yang nampak dah mula berkerut dahi.. huhu.. takut la tu. "Boleh saya tengok jari cikgu? kalau darah belum beku, saya tak payah cucuk jarum lagi" cikgu tu pun membuka kembali kapas kering dari jarinya seraya memicit micit jari. Ha' bernasib baik, darah belum beku lagi, saya pun tukar strip QC pada glucometer kepada strip test dan cepat2 dekatkan strip pada darah. Beberapa saat beep! minta2 mesin ni tak error lagi. Beep! sekali lagi. yeah, Bacaan pun keluar. Tengok pada bacaan glukosa cikgu ni ada sedikit tinggi. Cikgu tu bertanya, "macam mana? Okey?" sambil mengesat sisa darah yang masih berbaki di jari. "urmmm.." saya berfikir sekejap.. "ada sedikit tinggi.." kemudian saya tengok test di kertasnya, ow, MOGTT.. mesti pregnant ni.. "hurm, bila berbadan dua ni, memang semua nak makan, susah nak control" kata cikgu tu. Terus saya teringat tentang tajuk tesis saya. Ya! dialah orangnya! Sambil menulis result pada kertas saya bertanya, "breakfast selalu makan apa, cikgu?" .. Cikgu ni memang sporting, sikit saya tanya berjela-jela dia jawab. sesuai sangatlah jadi cikgu. "selalu breakfast makan mee goreng, nasi goreng.. tapi akhir2 ni, ntah le, mengidam kot, tak boleh kalau tak makan nasi lemak." saya hanya tersenyum, dalam fikiran dah set, ok, balik nanti nak tambah dalam list tesis, antara punca berlakunya gestational diabetes kerana ibu yang mengandung ni biasanya mengidam dan selebihnya nanti boleh la goreng2 skit. ups! hehe.. tidak, jangan amalkan goreng mengoreng maklumat dalam tesis agar tidak terbang tesis anda ke dalam tong sampah ye. .. Terima kasih sangat2 cikgu, dalam tidak sedar, cikgu ni banyak membantu saya sebenarnya.

"Tapi saya jarang makan manis atau minum manis2 ni.. hmm" kata cikgu tu yang mengejutkan saya dari terus berangan memikirkan tesis. hehe.. "Macamni cikgu, tak semestinya kita tak ambik gula dalam minuman kita boleh terhindar kencing manis. Nasi yang kita makan tu sebenarnya penyumbang besar. Lagi satu, cikgu sedang  pregnant sekarang, so hormon yang terhasil semasa kehamilan ni akan mengganggu hormon insulin. Selepas cikgu dah bersalin nanti, InsyaAllah, segalanya boleh pulih balik, yang penting cikgu kena jaga pemakanan aje." mungkin ini satu bonus untuk saya sebab kes patient ni 100% sama dengan tesis saya. Semua yang saya jelaskan based on jurnal yang saya baca. Patut la terdetik di hati untuk membaca jurnal semalam.

"makanan apa yang sesuai dimakan ye? dan jadual pemakanan yang betul.." hek! kali ni, matilah aku. Takut tersalah bagi kang, so, saya pun berkata,"kalau tentang pemakanan, lebih baik cikgu tanyakan terus pada doktor. Mereka lebih tahu, saya ni student mlt je cikgu."

melihat ada ramai lagi patient yang sedang beratur di luar, cikgu tadi pun segera meminta diri. Sungguh saya terhutang budi dengan cikgu tu, baik sangat dan peramah. bersyukur pada Allah sebab menemukan saya dengan patient yang baik dan segalanya berjalan dengan lancar.

next patient saya dah mula rasa ok dan hilang rasa gementar sikit. Petangnya, saya dapat bernafas sedikit, hanya fokus pada spesimen yang datang dari wad wad saja. Sementara spesimen senyap, saya menolong unty angie untuk packing tisu, organ2 dan tumor yang akan dihantar ke hospital2 besar. Kebanyakan organ yang dihantar adalah organ pembiakan wanita seperti ovari, uterus, tiub fallopion.. spesimen lain seperti tisu2 kanser pun ada macam Pap smear. Unty angie seperti biasa, tidak lokek ilmu, pada waktu2 seperti ini dia akan berkongsi ilmu2 tentang tumor dan saya sebagai pendengar setia memang suka mendengar. Pengalaman unty angie, dia pernah dapat spesimen organ, uterus yang mengalami kanser teruk dan sel2 sudah besar (mengalami hiperplasia) .. dan kebanyakan wanita yang terkena kanser ni adalah berpunca dari pemakanan mereka, sesetengahnya ada yang terdedah dengan radiasi yg tinggi. Banyak unty angie share sebenarnya.

Keesokannya pula, unty angie menunjukkan dengan lebih terperinci cara pengambilan darah vena, sekejap je dia boleh tahu mana vena yang sesuai dan terus cucuk jarum. Sangat pro. Unty suruh try buat pada next patient, tapi saya belum bersedia lagi untuk buat. hehe.. Tapi InsyaAllah, saya akan cari kekuatan itu, sampai bila nak membiarkan ketakutan menguasai diri kan.

sewaktu exam amali final di kolej, mlt kolej meminta kakak saya, Marlin mendermakan darah untuk kegunaan semasa exam amali dan saya meng offer diri untuk menjadi phlebotomist .. hue hue.. kakak sendirikan, ada berani sikitlah. haha.. /XD

setelah segala peralatan yang diperlukan telah tersedia di depan mata, saya pun start cari vena dia. Nasib baik senang, sekejap je vena dia timbul selepas tourniquet diikat. Tanpa membuang masa dan segan-segan lagi(kakak sendiri kan, haha) saya pun mensterilkan kawasan lengannya dan membuka penutup jarum bersedia untuk menikam venanya.. ehee.. tiba2 kakak bersuara "hei, buang angin dulu!" hue.. lupa.. sepatutnya kena buang angin dalam picagari dulu.

setelah benar2 yakin dan pasti, saya pun memasukkan jarum perlahan-lahan dan tatkala melihat darah sudah masuk ke dalam picagari, saya pun menarik tombol perlahan-lahan.. Berjaya mendapatkan hampir 10ml darah. Lastly, segala teknik yang diturunkan oleh unty angie kepada saya telah membantu... Terima kasih unty...

Selama bertugas di bahagian kaunter, memang best. Tapi yang tidak boleh tahan bila tengok baby yang baru lahir kena ambil darah. huhu.. kesian sangat.. rasa tidak sanggup tengok. /no ..

dari depan, baju putih, Unty angie dan sebelah puan Rusidah
Dari belakang, Sir Bob dan Hj. Yusuf 
ni je la cerita selama di kaunter lab. 

No comments:

Post a Comment