Monday, 24 December 2012

Penghargaan buat Kolej PTPL Sabah


Assalammualaikum.  /hihi

Alhamdulillah.. Pada 12 November 2012(Isnin), keputusan peperiksaan akhir telah di keluarkan. Hati dan perasaan amat berdebar-debar. Oleh kerana pada hari Isnin dan Selasa saya tidak free, so, terpaksalah ambil result pada hari Rabu.. Kalau diikutkan, saya hanya dapat free hari khamis, tapi memandangkan hari Khamis adalah cuti umum, terpaksalah juga melajukan langkah mengambil result pada hari Rabu. /blur

Sampai di exam department, penuh kerusi dengan student2 yang juga ingin mengambil result. Disamping itu, ada juga terserempak dengan beberapa junior, tapi sempat hi hi bye bye je ngan dorang kerana masa mencemburui. Saya cuba seawal yang mungkin untuk menyelesaikan segala urusan di kolej. Minta maaf sangat2 ya kalau ada yang saya ‘terselisih’ tapi tidak tegur.

Selepas terima result, barulah hati rasa tenang. Rasa bersyukur sangat2 bila tengok result. Terbalas segala kepenatan, pengorbanan, kesakitan dan segalanya. Syukur sangat2 pada Allah. Niat di hati mau jumpa mentor selaku ibu angkat saya di kolej (Ms Marliana) dan penyelia tesis saya (Ms Misah) sebelum balik, tapi tidak sempat jumpa.. huhu..

Selepas ambil result, kena uruskan completion of program dan urus refund, dengan keadaan complex KWSP yang sedang diubahsuai pada waktu itu, saya tidak tahu di mana laluan-laluan selamat untuk orang awam, main redah je masuk tempat-tempat yang dah dipagar asalkan sampai di tempat yang dituju. Hehe.. minta maaf la pada pekerja2 yang terganggu.

Dengan penyerahan completion of program form maka berakhirlah sudah urusan saya di kolej. :) Rasa macam baru semalam saya mendaftar masuk, sekejap je masa berlalu. Banyak yang saya dapat selama 3 tahun berada di PTPL.

Terima kasih Daddy yang sentiasa menghantar dan mengambil saya pergi dan balik kolej setiap hari. My dad is my inspiration.. Setiap pagi dalam perjalanan ke kolej, tidak pernah ada masa yang terluang begitu saja, mesti akan ada kata-kata motivasi dan nasihat dari daddy. Pulang dari kolej, masuk je dalam kereta, daddy akan tanya apa yang berlaku di kolej dan bertanya jika ada masalah dan begitulah setiap hari.

Terima kasih Mammy yang selalu siapkan segala keperluan saya. Makan minum pakai saya (walaupun dah besar2 camni :P ) masak sedap2 dan bagi makanan yang berkhasiat untuk kesihatan saya. tolong masukkan baju2 saya dalam washing machine kalau saya sibuk. huhu.. sangat memahami.



Terima kasih kepada semua semua semua lecturer yang telah banyak berjasa dalam mendidik saya juga rakan2. Kepada Miss Syleenthina(mentor), Miss Marliana(mentor), Ms June, Ms Lydia, Ms Fauziah, Ms Erma, Ms Evy, Sir Zaidy, Ms Lulu, Ms Sano, Ms Faizah, Sir Azam, Ms Christeyanti, Ms Haizun, Ms Cherry, Sir Ofel, Sir Anthony, Sir Mahdi, Sir Yusuf, Sir Farid, Sir Marcel, Ms Fisah, Ms Misah(penyelia thesis saya) dan semua lecturer School of Health PTPL..

P/S : kalau nak ucap tahniah, jangan lupa ucapkan tahniah juga pada semua lecturer2 dan ibu bapa saya kerana mereka telah berjaya dengan cemerlang mendidik saya :')

tidak lupa juga thanks buat MLT, Ms Tracy, Ms Elisha dan Sir Steve, tanpa MLT2, mesti kami tidak dapat melakukan amali dengan baik.

Thank u exam department, mentor PTPL for de card :)

Terima kasih buat Ms Bety yang telah  memperkenalkan dan mengajak saya untuk menyertai Pembimbing Rakan Kampus(PRK).. yang banyak mengajar dan mendidik dalam ilmu2 keagamaan. memberikan peluang dan kepercayaan pada saya untuk mengendalikan program2 kelab.

semasa Karnival Cinta Rasulullah..
Terima kasih kepada Kolej PTPL Sabah - MSU - Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid kerana telah memberikan diskaun 50% yuran pengajian saya. :)

Terima kasih kepada library department, acc department, exam department..  Istana Kristal dan kedai runcit d ground floor, restoren Tok Mi.. haha.. :D

dan akhir sekali.. tidak dilupa..

Terima kasih juga kepada google kerana memudahkan copy paste. /wahaha


last one! Terima kasih untuk student DRG Diploma Reka bentuk Grafik kerana telah mengedit pic ni sampai parut jerawat pun hilang. muka sy sebenarnya tidaklah selicin begitu. hehehee.. P/S : PTPL Sabah telah menawarkan Diploma Reka Bentuk Grafik pada tahun 2010. 

Tamat untuk ucapan terima kasih. /bye


3 comments:

  1. Wah Tahnia...^_^ Best Nya Dapat Discount...mcm Mana Blh Dapat tu?jd baki yg leh bayar Balik Kat Ptptn la?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. :) dapat diskaun sb salah satu keistimewaan kolej selain dean list dapat biasiswa penuh, adik beradik yang mengikuti pengajian di kolej automatik akan dapat diskaun 50%. :) So, kakak sy dapat biasiswa penuh, sy dapat diskaun. Baki yuran pengajian tu boleh tuntut sebagai refund. :)kalau mau bayar pt teruspun boleh.

      Delete