Monday, 5 November 2012

at home like a bos!

Assalammualaikum ..

wah, agak lama dah x update blog selepas tamat praktikal.. sejak tamat buat tesis, jari dah mula rasa lemah nak menaip mungkin sebab penat siapkan tesis dan SOP yang tebalnya macam kamus dwibahasa oxford. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya jiwa hendak menyiapkan tugasan untuk tahun akhir ni, tapi Alhamdulillah, segalanya dah selesai dan sekarang saya hanya menunggu panggilan untuk konvokesyen pula. sangat berharap apa yang telah diusahakan selama 3 tahun ini membuahkan hasil.. InsyaALLAH..

Agak lama duk rumah( dah masuk sebulan) rasa cam cuti org bersalin la pula.. boring tak tau nak buat apa. huhu.. ada discuss ngan my parent utk minta green light cari kerja. Mulanya diberi green light juga la, pastu dapat calling interview untuk guru tuition. Dengan otak kosong dan tanpa apa2 persediaan, maka saya pun datang interview keesokan harinya bersama kakak saya.

walaupun dalam dada agak gementar, saya cuba maniskan wajah dengan senyuman. neves lebih sebab tak ada muatkan pengetahuan am dalam otak siap2 sebelum pergi interview. *padan muka*

semasa sesi interview, saya dan kakak saya dipisahkan dalam bilik yang berlainan. so, penemuduga kami juga berlainan. soalan pertama yang diajukan pada saya adalah, "bagaimanakah cara cik martina  menangani pelajar yang nakal dan suka melawan guru serta pelajar yang tidak mahu belajar?" dan jawapan saya... " ................." biar saya je la yang tahu... hehehe.. kemudian last question dia, "mengapakah cik martina ingin menjadi guru?" saya rasa soalan ni adalah soalan femes dan selalu dengar  time2 orientasi.. kalau time form 4 dulu, semasa orientasi, sehari tak akan berlalu tanpa soalan ini sehingga saya jemu untuk menjawab. oleh kerana ia terlalu kerap ditanya, saya pun menjawab dengan acuh tak acuh, time form 4, "kenapa kamu memilih bidang pemakanan" "kerana saya ingin menjadi pakar/doktor pemakanan" time kolej, "kenapa kamu memilih bidang perubatan?" "kerana saya ingin menjadi doktor" dan sekarang ditanya, "kenapa kamu ingin menjadi guru?" dan soalan ini benar2 buat saya terperangkap. saya langsung tidak terfikir bahawa soalan ini bakal diutarakan.. huhu.. dan baru saya sedar bahawa soalan2 yang ditanya oleh guru2 dan tutor saya dahulu sebenarnya bukanlah untuk suka2 bagi memenuhi agenda setiap aktiviti orientasi. baru saya sedar bahawa pengaruh soalan itu teramatlah besar kerana ia akan menjadi misi dan visi hala tuju kita. kalau semasa sekolah dulu saya boleh buat acuh tak acuh dengan soalan itu, tapi untuk memohon pekerjaan, tidak sama sekali. waktu ini otak ligat mencari jawapan yang sesuai. Lama saya terdiam sehingga penemuduga itu bersuara kembali, "Tak dapat jawab soalan saya?" terasa panas suhu di muka masa tu dan secara spontan terkeluar satu perkataan dari mulut saya, "Share" .. haha.. boleh2 jawab camtu time interview, inilah padahnya kalau tak ready awal2.. "saya suka berkongsi ilmu dengan semua orang" itu je yang saya boleh jawab. sebenarnya ada banyak lagi scene kelakar semasa saya temuduga dan semua scene itu membuatkan saya 'mengetawakan' diri sendiri disebabkan terlalu yakin pegi interview tanpa google tips dulu. hehe .. sudahnya, saya gagal dan kakak saya pula berjaya. walaupun saya tak berjaya, but im happy for my sis.. rezeki dia.. and she deserved it bcoz  result dia lagi power dari saya...

I see my sis after jadi guru, sangat2 sibuk. Balik kerja, tak boleh duduk relax, kena marking paper student, pastu ready untuk mengajar esok, kena siapkan kertas2 soalan dan banyak lagi. sangat2 sibuk. baru saya sedar, jadi guru bukanlah satu kerja yang mudah. kena ada persediaan dari segi mental dan fizikal kerana perlu berdepan dengan pelajar yang nakal. jauh d sudut hati, saya berkata, mungkin ada hikmah aku tak lulus interview sebab aku tahu setakat mana kemampuan aku terutama bila berdepan dengan kanak2  yang berumur 7-12 tahun yang sangat la hiperaktif. tabik pada mereka yang bergelar GURU.

so, saya kini hanya berada di rumah sambil membantu adik menjalankan bisnesnya( yang selalu habis minyak tak pandai jalan2.. ) memandangkan saya ada sedikit (sedikit je la) pengetahuan berkaitan kesihatan, dan adik pun menjalankan bisnes produk kesihatan, daddy memberikan idea supaya saya menjadi consultant untuk customer. Biasanya untuk customer tetap, tak penat la bercakap sebab mereka memang dah lama jadi pengguna setia produk, untuk customer baru pula, hampir tercabut juga anak tekak.. hehe.. apa2pun kesabaran amat penting dalam segala hal. :)

dan kini At Home Like A Bos! huhu.. boring yang teramat selepas lesen untuk cari kerja ditarik semula. Ini semua gara2 Metro yang selalu menyiarkan berita2 negatif sehingga menimbulkan kebimbangan  dan menyebabkan daddy menarik semula lesen untuk cari kerja. xpasal2 metro disalahkan.. sian metro..hehe.. tapi xapalah, mgkin ini yang terbaik buat masa ni.. so biasanya customer yang perlukan consult hanya berhubung melalui fb n hp je.

sehari suntuk berada di rumah, nasib baiklah ada anak2 buah. ada juga kawan bergaduh. hehe.. dan perkara paling best dapat meluangkan masa sepuas-puasnya dengan mammy selepas 5 bulan terpisah. rasa tenang sangat. dan  dapat juga jaga anak2 kucing yang baru lahir.. life is sweet!.. :)

No comments:

Post a Comment