Friday, 30 November 2012

Keburukan makan ais batu

Assalammualaikum... /hihi



Sebelum tu, mau tanya, siapa di sini yang suka makan ice cube? kalau order minuman sejuk mesti ada ice cube kan, then kalau dah siap makan, mesti akan makan ice cube tu even xada rasa pun sebenarnya. This is my bad habit dan banyak memberikan kesan buruk pada kesihatan. 


Pantang nampak ice cube kena beli... saya akan buka peti ais sekurang-kurangnya 10 kali dan memenuhkan ais dalam gelas. Lepas tu, duduk dan makan. Buruknya perangai. Tapi, kalau daddy ada di rumah, terpaksa puasa ais. Daddy akan membebel kalau nampak saya makan ais.. 

"jangan makan ais, nanti sakit perut"
"jangan makan ais, nanti gigi rosak" 

Mammy pula sudah jenuh melarang. Last2 mammy kata, "Nanti mammy hantar pergi antartika" hahaa..



Ais batu ni ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Keburukan memakan ais :

1. Badan mudah letih.
2. Kalau imun tidak kuat, mudah demam.
3. Menyebabkan tulang rapuh.
4. Menyebabkan susunan gigi berselerak - sebab gusi masih lembut
5. Menyebabkan gangguan pada pencernaan lemak. 

Kebaikan ais pula  :

1. Dapat merencat pertambahan suhu badan
2. Baik untuk pesakit insomnia.

Ha, tu je la yang saya tahu untuk kebaikan memakan ais ni. Keburukan lebih banyak dari kebaikan. Ada sorang kawan saya bagitau, orang yang addict ais ni sebab kekurangan iron dalam badan. adakah saya iron deficiency?... huu...

Kalau makan kat restoren, orang semua akan sibuk makan nasi dulu, tapi..... saya akan makan ais macam tak hengat dunia.. haha.. dan berkumandanglah bunyi krup krap krup krap..

Dan sekarang adalah misi untuk menahan diri dari mengigit ais. Harap2 berjaya .. Sampai berjumpa lagi.. 






Pohon Batu, Labuan, Malaysia

Assalammualaikum.. 

Kepada orang-orang Labuan, mesti familiar dengan Pohon Batu ni kan? satu tempat yang sesuai untuk bereakreasi bersama keluarga tercinta. :) Pantai ni sangat cantik dan bersih. Selain terdapat pelbagai kemudahan seperti pondok-pondok kecil, tandas awam, medan selera, disini juga terdapat playground untuk kanak-kanak. Kalau tahun sebelum ini, di sini juga terdapat Taman Cabaran, tetapi Taman Cabaran ini telah ditutup selepas tahap keselamatannya diragui oleh mengunjung. 

Minggu terakhir saya berada di Labuan, saya pun plan dengan roomate untuk picnic di sini sebagai kenangan kami bersama. Sebenarnya dah lama plan mau pegi picnic di pantai Labuan ni, cuma masa tidak mengizinkan dan ada saja halangan. 

Setelah plan dengan semasak-masaknya, kami sepakat untuk merajinkan diri memasak dan bawa makanan untuk berkelah di tepi pantai. Momoi selaku ibu, memasak bihon goreng campur sayur, sosej dan telur. Tini selaku kakak, telah memasak nasi, dan saya selaku adik *adiklah sangatkan* telah membuat sandwich tuna. Malangnya, masa ni Tiqa tidak dapat join kami bertiga sebab dia balik KK. :(

Kami bangun awal pagi untuk menyiapkan semua keja dengan semangat, walhal kalau nak pegi hospital amatlah liat. hehe..  .. Dengan bantuan uncle Tini yang telah banyak berjasa, kami pun sampai di Pohon Batu dengan selamat.. :)

DAN dengan penuh terharunya saya ingin menyatakan, inilah kami pertama saya menjejakkan kaki ke pantai Pulau Labuan setelah hampir 5 bulan tinggal di sini.  ..  Sibuk punya pasal la sampai segala plan sebelum ni semua cancel. 

gambar yang diambil secara spontan 

excited sangat tau, kami bertiga macam kanak-kanak riang, fakta - 90% pengunjung pantai pasti akan buat sand castle dan kami termasuk diantaranya .. sampai buat castle pun macam tak cukup pasir.. 

Pasir yang cantik dan pantai yang bersih. Like!
Kami bertiga pun berusaha dengan tekun untuk mendirikan istana pasir masing-masing. Oleh kerana tidak mau ditiru, masing2 pun buat castle jauh2. haha... *selfish tau masing2*

Auchak! my sand castle done! - Momoi
Momoi bersama sand castle nya. Cantik! Jeles i tau~ huhu.. Jom tengok sand castle Tini pula.. :)

yeah! this is my castle! - Tini
Awsomeee~~ castle Tini siap ada tembok tu sekelilingnya. Sangat kreatif! ditambah dengan dedaunan dan bebatuan. /please .. i dah tambah jeles ni!

And my castle.. Mohon jangan diejek.. saya amat menjaga baju saya agar tidak disaluti pasir oleh itu, lihatlah castle saya yang ........... xmo komen, korang komenlah sendiri.. :( 
Tolong jangan gelak!
haa~ tak suka.. tak nampak macam castle pun kan... nampak macam timbunan pasir je. Saya telah gagal menjadi pembina istana pasir. fail! sedih! sedih!

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan castle mereka yang cantik akhirnya saya tanpa rasa bersalah telah........



Kejam! Serangan batu dilancarkan ke atas Castle Tini

melancarkan serangan batu ke arah Castle Tini. Dan saya berjaya melakukannya.. hahahaa..
Tini yang tidak berpuas hati melihat kehancuran castle ciptaannya telah melancarkan serangan ke atas.........

Kejam - Serangan ke atas castle Momoi


Castle Momoi dan segalanya hancur punah! haha.. Serangan berbalas itu mengakibatkan peperangan yang amat dasyat! Ia amat menakutkan penduduk castle!

Serangan-Kuasa kame kame ha yang telah menyebabkan penduduk termutasi dengan radiasi yang kuat.
Momoi mengalami kekalahan. Muncul Tina cuba membantu!

Berusaha - Pantang berundur 
Dan tiba-tiba cahaya ketenangan muncul .. 

Lega - kemenangan berpihak kepada Momoi dan Tina
Ya! Kemenangan berpihak kepada kebenaran akhirnya! (walhal, saya yang memulakan serangan)

Setelah perjanjian gencatan senjata dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak, kami pun berdamai dan berjanji tidak akan membina Istana Pasir lagi. 

Insaf-insaf... 

Tina yang begitu merasa amat bersalah kerana telah menimbulkan pertelingkahan antara saudara telah nekad untuk terjun ke dalam laut.

Nekad - ingin menebus kesalahan
Momoi berasa amat sedih dan tidak sanggup melihat rakannya terjun ke dalam laut. Dia segera menghalang. Anehnya, seorang kanak-kanak kecil tiba-tiba muncul memberikan pertolongan. Ini adalah saat yang mencemaskan!

Ajaib - seorang kanak-kanak lelaki muncul memberikan pertolongan

Demi melihat kesungguhan sahabat yang ingin menyelamatkannya, Tina akhirnya akur. Baiklah! aku akan memaafkan diriku sendiri.

memaafkan diri sendiri
Kami bertiga pun sepakat...

Okey, drama dah tamat :)


saya pegang rumpailaut, Tini pegang batu karang

lagi.....

Basuh tangan sebelum makan

Tini yang kepenatan berlari-lari..

Momoi yang happy tengok laut..

cepatlah shoot! ombak datang menyerang ni... 

(^_^)

Dan disini juga saya dan Tini lawan main baling batu. Lontaran siapakah yang lebih jauh. Walaupun sudah mencuba sehabis baik, Tini tetap menang! tak puas hati.. 

Disamping itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermain lari passing button di tepi pantai, walau sekuat mana saya lari pun, tetap kalah..

dan sebelum pulang, kami ke playground untuk buat kacau! haha.. 

Terima kasih pada Jeun ( budak lelaki yang ada dalam pic tadi tu) kerana berkhidmat sebagai photographer kami. Sangat hebat! walaupun baru berumur 6 tahun, dia memang pandai ambil pic, cantik pula tu. kan..kan... sila kagum sekarang.. :)




Thanks for reading.. 


Thursday, 29 November 2012

Istanbul Aku Datang

Assalammualaikum.. 

Hampir setiap hari letrik akan putus selama beberapa jam sejak kebelakangan ni, mungkin kerana sekarang ni musim tengkujuh dan mengganggu tiang2 letrik di sekitar Pangamount ni. So, untuk menghilangkan rasa boring, saya pun membawa adik lelaki saya pegi tengok wayang.

Saya sebenarnya bukan jenis kaki wayang, tapi oleh kerana tidak tahu mau buat apa di musim tengkujuh ni, apa kata tukar selera pegi tengok wayang pula. Ingat plan mau pegi pantai or perdana park. Lama dah tidak joging2 .. kalau dulu tinggal di Labuan, saya selalu juga temankan kawan saya, Tini dan Tiqa, tengok wayang sama2 kat youtube, tapi apa yang pasti, saya akan tido sebelum wayang habis. Bila saya sedar, wayang dah habis. haha. Dorang dua pun dah masak dengan perangai saya. 

Selepas meminta kebenaran dari big bos(my dad), saya pun membawa 2 orang adik lelaki saya, Rahman dan Rashid. yang saya kurang berkenan time jalan ngan Rahman ni, bila dia drive terasa nyawa bagai telur dihujung tanduk. Lampu isyarat dah colour kuning, lagi dia tekan pedal minyak! ketahuilah wahai makhluk diluar sana, saya amat xsuka bila pemandu, drive keta macam ada raksasa kejar dibelakang.

Sampai di Centre Point, kami pun terus ke palm square. Pastu tengok list wayang yang ada. Memandangkan saya kakak, so, saya yang buat keputusan mau tengok wayang apa. Demi mengelakkan terkena tumbukan padu, mereka berdua hanya menurut.. dengan muka menyampah melihat kakak dorang yang xsedar diri ni pilih movie! hahaa!



ISTANBUL AKU DATANG. Tengok poster dia cam best, jadi saya pun pilih untuk tengok wayang ni. Lucky sebab student card saya still boleh pakai lagi dan melayakkan saya untuk mendapat diskaun, adik2 saya yang xada student card turut bernasib baik bila orang yang jual tiket tu masukkan mereka sekali dlm diskaun.

Istanbul Aku Datang ni mengisahkan tentang sepasang kekasih, Lisa dan Tomok. Mereka terpisah kerana Tomok mengikuti pengajian perubatan selama 6 tahun di Istanbul. Lisa yang bimbang dengan hubungan jarak jauh mereka telah merancang sesuatu agar tomok melamarnya secepat mungkin.

Oleh itu, Lisa telah mengambil keputusan untuk belajar bahasa Turki di Universiti yang sama dengan Tomok. Lisa membuat target, Tomok akan melamarnya sebelum dia menamatkan kursusnya selama 3 bulan di sana.

Malangnya, kedatangan Lisa di sana tidak membuatkan Tomok gembira. Lisa yang berkecil hati dengan sikap kekasihnya tetap tidak menyalahkan Tomok dan cuba memahami keadaan Tomok yang sering sibuk dengan kuliah perubatannya. Lisa bertambah sedih apabila Tomok memintanya untuk mencari rumah sewa yang lain.

Lisa yang sering mendapat dugaan sebaik sahaja tiba di Istanbul tetap tidak berputus asa, dia berusaha sendiri dan berdikari mencari rumah baru. Bantuan dari seorang warga Istanbul yang baru dikenalinya menemukan Lisa dengan seorang artis(pelukis) warga Malaysia yang menetap di sana. Pertemuan Lisa dan Beto secara tidak dirancang itu menambahkan lagi masalah kepada Lisa.

Nak tahu cerita lebih lanjut, kenalah tonton sendiri. hee..

Lepas selesai tengok wayang, saya ingat nak main bowling, tapi yang dua orang budak ni malu-malu la pula sebab masa tu, rasanya 80% pengunjung bowling adalah perempuan. So, takkanlah saya main sorang2 kan. Urm, akhirnya kami pun pulang.

Sampai sahaja di rumah................... gelap! Blackout lagi! dan blackout sampai malam.. 

Monday, 26 November 2012

Kaunter Pathology Lab Hospital Labuan

Assalammualaikum... 

Selepas 2 minggu berada di section Serologi, saya ke bahagian kaunter Makmal pula. Kalau di Hospital Queen, setiap makmal mempunyai kaunter sendiri kerana di sana sampel yang diterima lebih banyak dan juga lokasi sesebuah makmal berjauhan antara makmal yang lain. Contohnya, makmal histopat berada di atas bukit sementara blood bank berada berdekatan dengan unit kecemasan. Oleh itu, setiap makmal ini mempunyai kaunter penerimaan sampelnya sendiri. Berbeza dengan Hospital Labuan, Path Lab di Hosp. Labuan hanya berada pada satu blok. Setiap section dipisahkan dengan bilik-bilik makmal sahaja. Binaannya ringkas dan mudah untuk MLT ke satu section ke section yang lain. Oleh itu, hanya satu kaunter utama yang ada dimana kaunter ini menerima semua jenis spesimen. Spesimen darah, urin, feses, organ and so on. Di kaunter ini juga adalah tempat pengambilan darah bagi pesakit yang mempunyai temu janji di klinik pakar. 

Semasa saya berada di sini, best skit sebab ada masa duk relax. hehe..  .. kerja yang saya buat kat sini hanyalah cek spesimen yang diterima dari wad samada boleh diterima atau direject, Kemudian cek borang samada lengkap atau tidak. Kemudian masukkan num KN pada borang. Selepas semua borang dah lengkap barulah spesimen tadi dihantar ke section-section yang sepatutnya. Tetapi sekiranya ada spesimen yang perlu direject, terpaksalah call nurse untuk ambil kembali spesimen. 

Dua minggu saya berada di sana, pada minggu pertama, suasana kaunter ok dan saya sempat buat SOP dan tesis sekiranya tiada sampel diterima dan tiada patient yang datang. Di samping tu, sempat juga berborak-borak dengan staf kaunter yang sememangnya sangat peramah. Di sini, saya berkenalan dengan Puan Rusidah, Hj. Yusuf, Unty Angie, En. Marsidin dan Hjh. Noriah. 

Oleh kerana di sini adalah tempat pengambilan darah patient untuk Ujian, setiap pagi, sebelum pukul 8 pagi lagi, pesakit dah beratur di koridor luar terutamanya hari Isnin. Dan minggu kedua saya berada di sini, staf di kaunter hanya tiga orang kerana staf yang lain terlibat dengan kursus. Biasanya di kaunter akan ada dua orang MLT yang bertugas mengambil darah. Tetapi pada minggu tersebut hanya seorang yang mengambil darah. Keadaan pada minggu kedua berada di sini sangat sibuk tidak terkata. Bermula dari pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengahari, kemudian petangnya dari pukul 2-4.30 petang. tidak dapat duk relax sebab kekurangan staf, dari tempat penerimaan spesimen patient wad ke tempat patient dari klinik pakar, then ke rak ambil result patient bila  ada nurse minta belum kira spesimen yang direject lagi. /blur

Pada pukul 10 pagi, patient yang buat ujian glukosa datang serbu untuk cek darah glukosa after 2 hours.   Unty angie yang pada masa tu mengambil darah baby terpaksa meminta saya untuk melakukan ujian tersebut kerana kesian pada patient yang menunggu lama, selain itu, untuk ujian 2HPP, pengambilan darah perlu ikut time supaya result yang diperolehi adalah betul. Sebelum ini, saya hanya melihat cara unty angie dan Hjh Noriah melakukan prosedure disamping mereka akan menunjukkan cara dan teknik yang betul agar patient tidak merasa sakit. Pada mulanya unty angie bertanya samada saya boleh buat phlebotomi atau tidak, saya jawab dengan jujur, saya belum berani untuk buat phlebotomi sebab sebelum ni pun saya pernah buat time belajar di kolej, tetapi tidak berjaya. Takut nanti patient rasa sakit, sudahkan pesakit kan, pastu tertambah sakit pula. huhu..

Oleh itu, saya hanya membantu unty angie untuk melakukan ujian glukosa 2HPP je. Ujian ni senang skit, semua orang pun boleh buat sendiri sebenarnya. Cucuk sikit pada hujung jari je untuk mendapatkan 1 titis darah. Saya percaya, sesiapa yang mempunyai keluarga yang menghidap diabetes mesti pro buat teknik ni.

Tetapi, untuk pertama kali, nervous tu memang ada bertambah-tambah lagi kita tidak kenal patient tu macam mana. Patient ni ada yang ok, ada yang tak ok. Tapi saya bernasib baik kerana patient pertama yang saya dapat ni memang sangat-sangat ok sampai saya yang pada mulanya kurang yakin, menjadi bertambah yakin. Dia seorang guru melayu dan dia tahu saya student praktikal. kadang2 ada patient ni, kalau dia tahu student praktikal yang buat test, dia tidak mahu. Tapi saya beruntung jugalah dapat patient seorang guru perempuan dan memahami situasi sebagai pelajar seperti saya. Dia pula yang tenangkan saya, "Relax je, xpayah takut, xpenah lagi patient mati sebab kena cucuk kat jarikan" katanya sambil tersenyum. Saya hanya ketawa kecil je dan senyum cuba menyembunyikan gelora di hati. hehe..

Kemudian saya mencapai sepasang glove dan menyarung ke tangan lambat-lambat sambil membaca doa di dalam hati. Tangan ada sikit mengeletar. Teringat teknik yang diajar oleh unty angie minggu lepas, "sebelum cucuk jari, rasa permukaan jari dulu, kalau permukaan kulit keras tekan kuat sedikit, kalau tidak keras tekan sikit saja. Biasanya permukaan jari lelaki yang keras sedikit." ..

selesai memakai glove saya pun mencapai jari cikgu tu dan merasa permukaan jari. Ok, yang ni tak payah tekan sangat. Seperti yang diajar oleh unty angie, beramah mesra dengan patient adalah penting supaya patient tidak panik. (padahal saya yang sedang panik masa tu, haha). Saya pun bertanya serba sikit tentang guru tersebut, "Cikgu mengajar sekolah mana?" .. cikgu tu jawab, sk ke smk tak pasti, yang jelas saya dengar kebangsaan pantai je. " ada kelas pagi ni?" .. "ada, lepas selesai ni nak ke sekolah balik" .. dalam masa yang sama, saya ambil swab alkohol dan sterilkan kawasan jari dulu. Cikgu ni nampak relax je. so, saya pun rasa tenang sikit. saya pun prepared glucometer dan stripnya.

safety lancet
Dengan perasaan yang masih gementar, saya pun mengambil safety lancet khas untuk cucuk kat jari. Kalau dulu-dulu, sebelum adanya kewujudan jarum comel ni, lancet lebar tu akan digunakan. Lancet ni seram sikit sebab mata jarum lebih besar dan memang sakit. Masa belajar kat kolej dulu, kami dipaksa untuk menggunakan lancet seram ni dan langsung tidak dimanja manjakan menggunakan jarum auto tu kecuali pada sem akhir. huhu.. Bayangkan setiap kali amali, kami akan merasa sakit dulu sebelum mendapat ilmu, benarlah pepatah yang mengatakan, no pain no gain.. /omg hihi.. *off topic

ni adalah rupa lancet yang menyeramkan tu.

cara guna safety lancet ni senang je, tekan sahaja lancet ke jari dan jarum akan tertolak laju ke tisu dan tak sampai sesaat, jarum akan tarik sendiri. Kelebihan jarum ni, tidak menyakitkan kerana diameter jarum yang digunakan adalah yang paling halus dan tusukan jarum smooth, saya pernah try, memang tak rasa pun jari sakit walau sedikit.

Jarum tadi saya letakkan betul2 pada atas kawasan yang hendak dicucuk, yakni pada kawasan tepi jari..  :P Debaran semakin kuat..  .. Patient yang beratur dekat luar pintu asyik pandang2 je bertambah lagi gelora di jiwa.  .. Dalam hati berdoa, Ya Allah, jika pesakit ni merasa sakit atas kesilapan teknik yang aku buat, hilangkanlah segera rasa sakitnya.. dan dengan lafaz Bismilla........ 'Tip' kecil je bunyi jarum auto ni sebenarnya, saya pun menekan jarum tersebut dengan berhati-hati.. "Sakit tak cikgu" .. "tak rasa ape pun la" .. Alhamdulillah.. lega... fuh!

Selepas darah pertama keluar dilap, glucometer yang tersedia bersama strip saya capai dan dekatkan pada darah yang keluar dan menanti tindakbalas kapilari pada strip tersebut sehingga bunyi beep menandakan tindakbalas strip sudah selesai. Selesai prosedure saya menekan jari cikgu tu dengan kapas kering. "Okay, dah siap!" ku berkata dengan penuh yakin dan tersenyum. beberapa saat kemudian....

ERROR! what? Error! Cis! bacaan pada glucometer error, dengan cuba berlagak tenang, saya membuka strip dari glucometer dan mengantikan dengan strip QC yang berada di dalam kotaknya. glucometer dibiarkan beberapa minit untuk menenangkan dirinya sendiri. Tengok, betapa kuatnya aura saya sampai glucometer ni pun terikut-ikut ke nervous an saya. (sebenarnya silap saya sebab lupa buat QC sebelum buat test, Maafkan saya cikgu)  ...

"Erm, cikgu, glucometer tak dapat baca test tadi, jadi terpaksa repeat test sekali lagi, maaf ye cikgu." ..
"Tak pe, biasa la tu, calculator pun boleh error.." memang baik la cikgu ni, sangat memahami student. terima kasih cikgu, terima kasih. Patient kat tepi pintu yang nampak dah mula berkerut dahi.. huhu.. takut la tu. "Boleh saya tengok jari cikgu? kalau darah belum beku, saya tak payah cucuk jarum lagi" cikgu tu pun membuka kembali kapas kering dari jarinya seraya memicit micit jari. Ha' bernasib baik, darah belum beku lagi, saya pun tukar strip QC pada glucometer kepada strip test dan cepat2 dekatkan strip pada darah. Beberapa saat beep! minta2 mesin ni tak error lagi. Beep! sekali lagi. yeah, Bacaan pun keluar. Tengok pada bacaan glukosa cikgu ni ada sedikit tinggi. Cikgu tu bertanya, "macam mana? Okey?" sambil mengesat sisa darah yang masih berbaki di jari. "urmmm.." saya berfikir sekejap.. "ada sedikit tinggi.." kemudian saya tengok test di kertasnya, ow, MOGTT.. mesti pregnant ni.. "hurm, bila berbadan dua ni, memang semua nak makan, susah nak control" kata cikgu tu. Terus saya teringat tentang tajuk tesis saya. Ya! dialah orangnya! Sambil menulis result pada kertas saya bertanya, "breakfast selalu makan apa, cikgu?" .. Cikgu ni memang sporting, sikit saya tanya berjela-jela dia jawab. sesuai sangatlah jadi cikgu. "selalu breakfast makan mee goreng, nasi goreng.. tapi akhir2 ni, ntah le, mengidam kot, tak boleh kalau tak makan nasi lemak." saya hanya tersenyum, dalam fikiran dah set, ok, balik nanti nak tambah dalam list tesis, antara punca berlakunya gestational diabetes kerana ibu yang mengandung ni biasanya mengidam dan selebihnya nanti boleh la goreng2 skit. ups! hehe.. tidak, jangan amalkan goreng mengoreng maklumat dalam tesis agar tidak terbang tesis anda ke dalam tong sampah ye. .. Terima kasih sangat2 cikgu, dalam tidak sedar, cikgu ni banyak membantu saya sebenarnya.

"Tapi saya jarang makan manis atau minum manis2 ni.. hmm" kata cikgu tu yang mengejutkan saya dari terus berangan memikirkan tesis. hehe.. "Macamni cikgu, tak semestinya kita tak ambik gula dalam minuman kita boleh terhindar kencing manis. Nasi yang kita makan tu sebenarnya penyumbang besar. Lagi satu, cikgu sedang  pregnant sekarang, so hormon yang terhasil semasa kehamilan ni akan mengganggu hormon insulin. Selepas cikgu dah bersalin nanti, InsyaAllah, segalanya boleh pulih balik, yang penting cikgu kena jaga pemakanan aje." mungkin ini satu bonus untuk saya sebab kes patient ni 100% sama dengan tesis saya. Semua yang saya jelaskan based on jurnal yang saya baca. Patut la terdetik di hati untuk membaca jurnal semalam.

"makanan apa yang sesuai dimakan ye? dan jadual pemakanan yang betul.." hek! kali ni, matilah aku. Takut tersalah bagi kang, so, saya pun berkata,"kalau tentang pemakanan, lebih baik cikgu tanyakan terus pada doktor. Mereka lebih tahu, saya ni student mlt je cikgu."

melihat ada ramai lagi patient yang sedang beratur di luar, cikgu tadi pun segera meminta diri. Sungguh saya terhutang budi dengan cikgu tu, baik sangat dan peramah. bersyukur pada Allah sebab menemukan saya dengan patient yang baik dan segalanya berjalan dengan lancar.

next patient saya dah mula rasa ok dan hilang rasa gementar sikit. Petangnya, saya dapat bernafas sedikit, hanya fokus pada spesimen yang datang dari wad wad saja. Sementara spesimen senyap, saya menolong unty angie untuk packing tisu, organ2 dan tumor yang akan dihantar ke hospital2 besar. Kebanyakan organ yang dihantar adalah organ pembiakan wanita seperti ovari, uterus, tiub fallopion.. spesimen lain seperti tisu2 kanser pun ada macam Pap smear. Unty angie seperti biasa, tidak lokek ilmu, pada waktu2 seperti ini dia akan berkongsi ilmu2 tentang tumor dan saya sebagai pendengar setia memang suka mendengar. Pengalaman unty angie, dia pernah dapat spesimen organ, uterus yang mengalami kanser teruk dan sel2 sudah besar (mengalami hiperplasia) .. dan kebanyakan wanita yang terkena kanser ni adalah berpunca dari pemakanan mereka, sesetengahnya ada yang terdedah dengan radiasi yg tinggi. Banyak unty angie share sebenarnya.

Keesokannya pula, unty angie menunjukkan dengan lebih terperinci cara pengambilan darah vena, sekejap je dia boleh tahu mana vena yang sesuai dan terus cucuk jarum. Sangat pro. Unty suruh try buat pada next patient, tapi saya belum bersedia lagi untuk buat. hehe.. Tapi InsyaAllah, saya akan cari kekuatan itu, sampai bila nak membiarkan ketakutan menguasai diri kan.

sewaktu exam amali final di kolej, mlt kolej meminta kakak saya, Marlin mendermakan darah untuk kegunaan semasa exam amali dan saya meng offer diri untuk menjadi phlebotomist .. hue hue.. kakak sendirikan, ada berani sikitlah. haha.. /XD

setelah segala peralatan yang diperlukan telah tersedia di depan mata, saya pun start cari vena dia. Nasib baik senang, sekejap je vena dia timbul selepas tourniquet diikat. Tanpa membuang masa dan segan-segan lagi(kakak sendiri kan, haha) saya pun mensterilkan kawasan lengannya dan membuka penutup jarum bersedia untuk menikam venanya.. ehee.. tiba2 kakak bersuara "hei, buang angin dulu!" hue.. lupa.. sepatutnya kena buang angin dalam picagari dulu.

setelah benar2 yakin dan pasti, saya pun memasukkan jarum perlahan-lahan dan tatkala melihat darah sudah masuk ke dalam picagari, saya pun menarik tombol perlahan-lahan.. Berjaya mendapatkan hampir 10ml darah. Lastly, segala teknik yang diturunkan oleh unty angie kepada saya telah membantu... Terima kasih unty...

Selama bertugas di bahagian kaunter, memang best. Tapi yang tidak boleh tahan bila tengok baby yang baru lahir kena ambil darah. huhu.. kesian sangat.. rasa tidak sanggup tengok. /no ..

dari depan, baju putih, Unty angie dan sebelah puan Rusidah
Dari belakang, Sir Bob dan Hj. Yusuf 
ni je la cerita selama di kaunter lab. 

Friday, 23 November 2012

Makmal Serologi

Assalammualaikum..

Next section selepas heamatology lab adalah makmal serologi. Ujian-ujian yang dijalankan di sini adalah ujian saringan HIV, Hepatitis, VDRL(Sifilis), Leptospirosis, Denggi dan Ujian kehamilan. Tetapi, disebabkan ujian kehamilan jarang dilakukan, so mlt yang bertugas di biokimia klinikal akan membantu. :)

mesin yang digunakan untuk cek sampel pesakit


mesin yang digunakan untuk cek sampel donor
Selain ujian denggi, leptospirosis, VDRL dan ujian kehamilan, ujian lain adalah menggunakan mesin. Mesin yang besar untuk run sampel patient dan yang kecil untuk run sampel donor.

bagi mengelakkan kesilapan tertukar spesimen semasa melakukan prosedur, saya diajar untuk merajinkan diri melabelkan nama patient serta ic number pada tiub yang digunakan untuk memasukkan sampel. Biar lambat asal selamat. Sekali run biasanya akan ada lebih 40 atau 50 sampel patient. Selepas memasukkan dan menyusun sampel pesakit pada rak yang betul, barulah data pesakit dimasukkan.

Untuk run sampel donor pula, student tidak dibenarkan melakukan ujian ini kerana ujian ini mengambil masa selama 4 jam untuk dilakukan, selain itu, reagen yang digunakan banyak dan risiko untuk berlaku kesilapan adalah sangat tinggi jika tidak mempunyai pengalaman. Jadi saya hanya berpeluang untuk melihat sahaja disamping diajar cara2 melakukan prosedur ni satu per satu. Memang sangat mencabar, memenatkan, memerlukan konsentrasi yang tinggi dan pasti memerlukan kesabaran.

MLT yang bertugas semasa saya berada di section ini adalah En. Masri. Apa2 ujian yang saya buat, saya akan refer pada dia untuk minta confirmation betul ke tak apa yang saya buat.


Dan Pegawai Sains yang juga banyak mengajar saya selama saya berada di section ini adalah Cik Siti Aisya yang kat tengah2 tu. :) satu yang best kat Path lab Hospital Labuan ni, start dari cleaner sampailah pegawai boleh buat kawan2. semua pegawai sains kat sini tidak sombong dan sangat peramah. begitu juga MLT2 path lab hosp labuan. mereka semua memang the best! tiada istilah 'antara dua darjat' disini..

Tamat untuk edisi serologi..

Saturday, 17 November 2012

Kisah Praktikal (Makmal Hematologi)

Assalammualaikum...

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini saya akan ceritakan tentang Makmal Hematologi pula. :) Makmal ini adalah makmal kedua sibuk selepas makmal biokimia. Test yang dilakukan di makmal ini antaranya adalah FBC(full blood count). Dalam makmal ini(path lab labuan) ada 2 jenis mesin, mesin baru dan mesin lama dan semasa saya berada di section ini, saya diajar menggunakan mesin yang baru. Mesin yang lama hanya akan digunakan sekiranya mesin baru kehabisan reagen atau mengalami masalah. Ujian FBC paling mudah dilakukan dan hanya mengambil masa tidak sampai seminit untuk mendapat keputusan dengan menggunakan tiub EDTA sahaja.

Lil bout FBC ni, somtimes reffered as a full examination of blood where it can tell us so much bout our health. That's why lab ni sangat buzy..

Ini adalah salah satu contoh keputusan dari mesin untuk FBC

WBC -White blood cell
NEU - Neutrophile
LYM - Lymphosite
MONO - Monosite
EOS - Eosinophile
BASO - Basophile

RBC - Red Blood Cell
HGB - Hemoglobin
HCT - Haematocrit
MCV - Mean cell volume
MCH - Mean cell Hemoglobin
MCHC - Mean cell Hemoglobin Concentration
RDW - Red blood cell distribution width
PLT -Platelet
MPV - Mean Platelet Volume

Selain FBC, ujian lain adalah PT PTT INR. Ujian ini dilakukan untuk melihat seberapa pantas atau seberapa lambat darah membeku. Time belajar di lab kolej, test ni diajar secara manual. Di hospital pula, test ni dijalankan menggunakan mesin. Untuk pertama kali menggunakan mesin, memang agak susah sedikit. Tangan perlu cepat, otak perlu ingat dan fokus pada prosedur. Dengan menggunakan mesin, kita boleh melakukan test ke atas 4 sampel secara serentak. Biasanya, doktor akan mengarahkan patient yang bakal menjalani pembedahan untuk melakukan ujian ini terlebih dahulu.

Ujian ESR ataupun erythrocyte sedimentation rate atau dalam bahasa melayunya, kadar pemendapan eritrosit. Ujian ini dilakukan ke atas pesakit yang mengalami arthritis, masalah muscle, autoimun, inflamation, dan macam-macam lagi. TETAPI test ini hanya 'screen' dan tidak menentukan penyakit secara spesifik. So, ujian2 lain perlu dilakukan oleh pesakit untuk menentukan jenis penyakit. 

Ujian G6PD. Ujian ni akan dilakukan ke atas baby yang baru sahaja lahir bagi memastikan enzim G6PD adalah Normal. Untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana, enzim inilah yang melindungi membran sel darah merah dari pecah. Bayi yang mempunyai masalah enzim ini perlu dipantau kerana mereka tidak boleh termakan atau terhidu apa2 yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Pendek kata, mereka ni sensitf dan perlukan pemantauan yang ketat.

Seterusnya, dalam makmal hematologi, memang tidak sah kalau tiada FDN (filem darah nipis). Filem darah nipis perlu dilakukan jika PBF hendak dibuat. PBF dilakukan di makmal Hematologi II yang mana makmal tersebut hanya menjalankan ujian-ujian bukan rutin untuk test hema. Selain PBF, Retic count juga akan dilakukan disini..

setakat ni saja untuk makmal hematologi.. all de best untuk bakal2 LI k. Semoga entry ni dapat membantu esp. yg dpt hosp. Labuan nnti. untuk yang dapat di Queen, ada banyak lg ujian yang akan dijalankan di sana sbnrnya.

*kenangan yang tak dapat lupa time berada di makmal ni adalah =
Hari Isnin, awal pagi masuk makmal dengan muka semangat kerja. Pastu capai baju keramat (lab coat) yang putih lagi wangi (biasalah, hari isnin, lab coat wajib wangi dan putih)  .. Seawal 7.30 pagi lagi calibrate mesin FBC sebab biasanya kalau hari Isnin, sebelum pukul 8 pagi lagi, patient dah serbu. Then, susun atur semua barang2 dan barulah pemandangan nampak selesa.. Puan Ivy Emily (MLT yang memantau saya selama berada di makmal Hematologi) kata, kalau sampel tak ada, saya dibenarkan untuk melakukan ujian2 di makmal supaya dapat belajar dan mem pro kan diri dengan prosedur2 makmal. so, sy pun buat filem darah nipis, xtau di mana spoil nya, tutup tiub darah tu tidak ketat, time ambil tiub tu, tiub tu jatuh dan baju keramat putih yang tadinya putih bertukar merah.. .. bertambah malang, kain baju kurung saya juga terkena darah.. moral of de story, kalau mau ambil tiub yang berisi darah, jangan pegang pada penutupnya, tapi pegang sekali dengan tiub.

P/S : pada junior2 yang mau sample SOP, bagi sy emel kamu d inbox fb k. (^_^)

Saturday, 10 November 2012

Kisah Praktikal (Blood Bank)

Assalammualaikum...

Memandangkan ada beberapa junior (tak ramai pun) yang PM saya melalui FB dan juga hantar msg kat HP bertanyakan pengalaman saya semasa praktikal, so entry untuk kali ini, saya akan ceritakan pengalaman saya selama ber praktikal di Hospital Nukleus Labuan.

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada junior-junior yang msg tapi saya tak balas. Bukannya saya sombong atau lokek untuk berkongsi, masa tu tengah berperang dengan tesis dan SOP dan Buku Log..  ..so, memang saya tak sempat balas. Minta maaf sangat-sangat ya. :(

Dan untuk menebus kesalahan, saya buat satu entry KHAS untuk junior2 yang bakal menjalani Latihan Industri tidak lama lagi. Terharu tak?.. saya tak sombong kan.. kan.. kan.. :P

Sebelum tu..

Adakah anda pernah berjauhan dari family?
Adakah anda boleh beradaptasi dengan persekitaran baru?
Adakah anda tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali?
Adakah anda bersedia dengan tengkingan, sindiran, atau apa juga respon negatif dari rakan sekerja?

Jika jawapan anda adalah YA! maka anda SIAP untuk menempuh satu kehidupan baru iaitu alam pekerjaan. :)

Oleh kerana saya posting di Hospital Nukleus Labuan, panduan ni mungkin berguna buat junior2 yang bakal dihantar ke sana.

Ini adalah antara rakan2 yang posting bersama di Labuan. :)
First day lapor diri, kami berempat mencari-cari makmal patologi Hospital. Since masing-masing pun tak pernah datang tempat tu dan tak pernah tahu lokasinya, terpaksalah kami memberanikan diri untuk bertanya dengan pekerja2 di sana. Kami masuk ke unit kecemasan dan trauma dan bertanya di kaunter pertanyaan.

"Selamat pagi, boleh saya tanya.."

"ya. Selamat pagi. "

"Makmal Patologi dimana ya?" *ingat! pastikan anda senyum k.*

"owh, student practical ke?"

"Ya.."

then staf yang kat kaunter tu pun tunjukkan arah ke makmal patologi. Kami ikut instruction yg diberikan sehinggalah kami menemui sign board Makmal Patologi dan Tabung Darah. Alhamdulillah, bertemu juga..

kami tiba di Makmal tepat pukul 7 pagi. Memang sengaja bertolak awal dari rumah sebab takut datang lewat pada hari pertama, maklumlah, kita tak biasa dengan tempat baru, risiko untuk sesat tu tinggi, so sediakan payung sebelum hujan. k.

Mengikut arahan mentor, saya perlu menyerahkan dokumen rasmi kepada penyelia kami di sana iaitu, Cik Raja Saidatul Nadiah, Pegawai Sains Hospital Labuan. First time jumpa dengan Cik RSN, rasa takut2 sikit. Cik RSN berikan briefing pada kami berempat tentang selok belok makmal. Kami dibawa round satu makmal supaya tahu setiap section di sana. Walaupun Cik RSN seorang Pegawai, beliau langsung tidak sombong dan sangat peramah pada semua staf even kami, mlt pelatih. Baikkan dia.. :)


Bersama Cik Raja Saidatul Nadiah
Blood Bank 
First section yang saya masuk adalah Makmal Tabung Darah atau nama femesnya blook bank. Tugas di section ni, setiap pagi, kena kira ada berapa stock darah di dalam peti ais dan update. Kemudian, kena buat suspensi 3-5% darah penderma supaya mudah untuk kita buat cross-matching nanti. 

Ujian yang biasa dilakukan di sini adalah ABO Grouping. Walaupun ujian ni agak mudah dan senang untuk dilakukan, namun kesilapan kecil boleh menyebabkan bahaya kepada pesakit ok. So, jangan ambil mudah dengan setiap ujian even sesuatu prosedure ujian tu merupakan kepakaran anda. contoh kesalahan yang boleh berlaku dalam ABO Grouping, kalau jari anda saiz kecil, mesti susah sikit bila pakai glove sebab glove akan longgar. kadang-kadang glove yang longgar tu akan mengganggu prosedure jika tidak berhati hati dan kita tak sedar yang darah tadi boleh contam. Hari pertama, saya buat ABO Grouping untuk donor. Ada lebih kurang 50 donor masa tu. so, memang penuh papan sakti putih tu dengan darah .. huhu.. oleh kerana terlalu banyak yang perlu dibuat dan tambahan pula saya bukanlah seorang yang pro, ada beberapa donor yang saya terpaksa cek sampai 2 kali sebab nampak agglutinasi yang samar2. walaupun glove saiz S, but still longgar for my hand. huhu.. memang tak selesa.. 
Ketelitian amat penting ya rakan2.. ketelitian! 

Selain ABO Grouping, ujian femes adalah Antibody Screening, GSH, GXM(cross-matching) dan macam-macam lagi, apa yang diajar semasa amali di kolej dulu, SEMUANYA AKAN DILAKUKAN DI SINI.. so, siapa yang suka main2 waktu amali, sangat rugi!. 

selain melakukan ujian, sebagai mlt pelatih, anda juga akan diuji, ujian yang biasa diberikan adalah menyediakan CCC.. tak tau apa tu CCC? ok, balik sem 1! .. so, siap sediakan diri anda dengan pengetahuan immunoheamatology kerana anda bukan sahaja diuji praktikal tetapi teori juga. (soalan bocor .. hihi) Soalan biasa di tanya adalah : 
1. Apa beza plasma dan serum?
2. Apa kegunaan freze frozen plasma, cryoprecipitate, platelet dan teman2 seangkatanya..
3. Apa beza darah O bombay dan darah O?
4. Apa tu rhesus negative..
5. Apa darah yang sesuai untuk patient thalasemia?

Dan banyak lagi sebenarnya.. tapi tak ingat apa lg.. ehee.. 

GXM atau yang kita kenali sebagai cross matching semasa belajar dulu.. mula2 saya pelik bila dengar GXM ni, dalam otak saya, ujian apa ni? xpernah dengar .. rupanya GXM adalah ujian Cross match. Ujian ni biasanya dilakukan ke atas pesakit thalasemia, anemia, ibu yang bakal bersalin, patient yang bakal menjalani pembedahan.. pendek kata patient yang memerlukan transfusion. Ujian ni sangat penting dan perlu dilakukan dengan BERHATI-HATI kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan patient mengalami reaction transfusion. Sekiranya tidak sure dengan pemerhatian sendiri, minta mlt yang pro tengok. 

Ujian lain adalah ujian Coomb'S .. 

Bersama MLT untuk Blood Bank- Rosnani

dan...

Bersama MLT Blood Bank - Azis

so, entry ni saya kongsikan pengalaman semasa berada blood bank sahaja dulu.. saya akan kongsikan pengalaman semasa berada di section lain andai ada masa terluang. InsyaAllah.. Semoga pengalaman yang tak seberapa ini dapat membantu junior2 yang bakal menjalani LI. ol de best k.

Friday, 9 November 2012

Donut Cinta

Assalammualaikum... 


Hari tu teringin buat donut. so, cari-cari stok tepung dalam almari, jumpa jugalah stok tepung gandum cap rama-rama. Agak lama dah x uli2 tepung. kalau lepas SPM dulu, saya slalu buat kuih waktu petang2 sebab xada benda nak buat. . Saya belajar buat kuih donut ni dari mammy. antara salah satu sebab mengapa saya lebih suka membuat donut berbanding  kuih yang lain adalah ianya senang, mudah dan sedap. :)

kepada yang ingin try buat, ini adalah bahan-bahannya..

1. Tepung Gandum - banyak ikut suka hati anda.

2. Lemak Sayuran - ikut banyak mana tepung yang anda gunakan. kalau 1 kg tepung, ambil lemak sayuran dalam 2 sudu makan penuh.

3. Yis - kalau guna tepung 1 kg, habiskan satu paket yis. kalau tak sampai 1 kg, pandai2 la buat nisbah.. hehe..
sebelum tu, ada banyak jenis yis di pasaran dan biasanya yis yang selalu saya gunakan adalah.. Yis brand Bunga Raya.

4. Gula ikut suka hati sendiri..

5. Air masak

6. Gula Aising


Cara-caranya :

1. Basuh tangan anda sebersih bersihnya, sekiranya memakai cincin, sila tanggalkan buat sementara waktu, sekiranya berkuku panjang sila potong ikut kesesuaian.. sekiranya ada luka2 atau jangkitan pada kulit tangan.. BETTER SURUH ORANG LAIN BUATKAN! urm, yang ni masuk dalam cara2 juga ke?..


2. Mula-mula masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, masukkan lemak sayuran dan gula. Then sebatikan semua bahan2 tadi.


3. Setelah itu, masukkan air sedikit demi sedikit, rasa2 kalau tepung dah boleh dibentuk dan tak melekat pada tangan, dah boleh la tu. so stop masukkan air. 


4. Part last ni menggunakan tenaga. Tepung perlu diuli dengan cara yang betul. Saya percaya setiap orang ada skill uli tepung masing2... kan...  


Setelah anda benar-benar berpuas hati, biarkan tepung dalam keadaan tertutup selama 45 minit - 60 minit. 



Sebelum

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeNG JENG!!

Selepas!
Bila tepung dah cukup kembang, so boleh la start membentukkan donut. Biasa kita tengok bentuk donut adalah bulat, betul?.. tapi kali ni, saya try buat kelainan.. saya buat bentuk......




yes! Pandai.. Bentuk hati.. so, saya namakan donut ni, Donut Cinta 

dah siap bentukkan donut2 ni, bolehlah masak dengan menggunakan minyak panas.. :)

Donut Cinta Farirah

FINALLY! inilah hasil yang tak seberapa.. /blush 

Biarkan beberapa minit sehingga suhu donut suam2 baru salut dengan gula aising bagi mengelakkan gula aising menjadi cair. 

So, ni je lah entry buat hari ni. hehe.. Selamat mencuba.. 

Wednesday, 7 November 2012

happy.. got new meow2 ..

Assalammualaikum...

TANGGAL 12 OKTOBER 2012

Haemo-haemo selamat melahirkan 4 ekor meow2 pada waktu subuh dan yang uniknya adalah colour meow tu semua berlainan..

see them.. soooo cute! \(^_^)/ .. since mereka semua berbeza colour, so, I just give nama ikut kesesuaian pada warna bulu2 mereka. hehe.. excitednya dpt meow2 baru even this is bukan first time.. may b sebab kelahiran dengan colour yang berlainan mcm ni xpernah berlaku lagi pada kucing2 saya..

Happy~~ (^_^)


Monday, 5 November 2012

at home like a bos!

Assalammualaikum ..

wah, agak lama dah x update blog selepas tamat praktikal.. sejak tamat buat tesis, jari dah mula rasa lemah nak menaip mungkin sebab penat siapkan tesis dan SOP yang tebalnya macam kamus dwibahasa oxford. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya jiwa hendak menyiapkan tugasan untuk tahun akhir ni, tapi Alhamdulillah, segalanya dah selesai dan sekarang saya hanya menunggu panggilan untuk konvokesyen pula. sangat berharap apa yang telah diusahakan selama 3 tahun ini membuahkan hasil.. InsyaALLAH..

Agak lama duk rumah( dah masuk sebulan) rasa cam cuti org bersalin la pula.. boring tak tau nak buat apa. huhu.. ada discuss ngan my parent utk minta green light cari kerja. Mulanya diberi green light juga la, pastu dapat calling interview untuk guru tuition. Dengan otak kosong dan tanpa apa2 persediaan, maka saya pun datang interview keesokan harinya bersama kakak saya.

walaupun dalam dada agak gementar, saya cuba maniskan wajah dengan senyuman. neves lebih sebab tak ada muatkan pengetahuan am dalam otak siap2 sebelum pergi interview. *padan muka*

semasa sesi interview, saya dan kakak saya dipisahkan dalam bilik yang berlainan. so, penemuduga kami juga berlainan. soalan pertama yang diajukan pada saya adalah, "bagaimanakah cara cik martina  menangani pelajar yang nakal dan suka melawan guru serta pelajar yang tidak mahu belajar?" dan jawapan saya... " ................." biar saya je la yang tahu... hehehe.. kemudian last question dia, "mengapakah cik martina ingin menjadi guru?" saya rasa soalan ni adalah soalan femes dan selalu dengar  time2 orientasi.. kalau time form 4 dulu, semasa orientasi, sehari tak akan berlalu tanpa soalan ini sehingga saya jemu untuk menjawab. oleh kerana ia terlalu kerap ditanya, saya pun menjawab dengan acuh tak acuh, time form 4, "kenapa kamu memilih bidang pemakanan" "kerana saya ingin menjadi pakar/doktor pemakanan" time kolej, "kenapa kamu memilih bidang perubatan?" "kerana saya ingin menjadi doktor" dan sekarang ditanya, "kenapa kamu ingin menjadi guru?" dan soalan ini benar2 buat saya terperangkap. saya langsung tidak terfikir bahawa soalan ini bakal diutarakan.. huhu.. dan baru saya sedar bahawa soalan2 yang ditanya oleh guru2 dan tutor saya dahulu sebenarnya bukanlah untuk suka2 bagi memenuhi agenda setiap aktiviti orientasi. baru saya sedar bahawa pengaruh soalan itu teramatlah besar kerana ia akan menjadi misi dan visi hala tuju kita. kalau semasa sekolah dulu saya boleh buat acuh tak acuh dengan soalan itu, tapi untuk memohon pekerjaan, tidak sama sekali. waktu ini otak ligat mencari jawapan yang sesuai. Lama saya terdiam sehingga penemuduga itu bersuara kembali, "Tak dapat jawab soalan saya?" terasa panas suhu di muka masa tu dan secara spontan terkeluar satu perkataan dari mulut saya, "Share" .. haha.. boleh2 jawab camtu time interview, inilah padahnya kalau tak ready awal2.. "saya suka berkongsi ilmu dengan semua orang" itu je yang saya boleh jawab. sebenarnya ada banyak lagi scene kelakar semasa saya temuduga dan semua scene itu membuatkan saya 'mengetawakan' diri sendiri disebabkan terlalu yakin pegi interview tanpa google tips dulu. hehe .. sudahnya, saya gagal dan kakak saya pula berjaya. walaupun saya tak berjaya, but im happy for my sis.. rezeki dia.. and she deserved it bcoz  result dia lagi power dari saya...

I see my sis after jadi guru, sangat2 sibuk. Balik kerja, tak boleh duduk relax, kena marking paper student, pastu ready untuk mengajar esok, kena siapkan kertas2 soalan dan banyak lagi. sangat2 sibuk. baru saya sedar, jadi guru bukanlah satu kerja yang mudah. kena ada persediaan dari segi mental dan fizikal kerana perlu berdepan dengan pelajar yang nakal. jauh d sudut hati, saya berkata, mungkin ada hikmah aku tak lulus interview sebab aku tahu setakat mana kemampuan aku terutama bila berdepan dengan kanak2  yang berumur 7-12 tahun yang sangat la hiperaktif. tabik pada mereka yang bergelar GURU.

so, saya kini hanya berada di rumah sambil membantu adik menjalankan bisnesnya( yang selalu habis minyak tak pandai jalan2.. ) memandangkan saya ada sedikit (sedikit je la) pengetahuan berkaitan kesihatan, dan adik pun menjalankan bisnes produk kesihatan, daddy memberikan idea supaya saya menjadi consultant untuk customer. Biasanya untuk customer tetap, tak penat la bercakap sebab mereka memang dah lama jadi pengguna setia produk, untuk customer baru pula, hampir tercabut juga anak tekak.. hehe.. apa2pun kesabaran amat penting dalam segala hal. :)

dan kini At Home Like A Bos! huhu.. boring yang teramat selepas lesen untuk cari kerja ditarik semula. Ini semua gara2 Metro yang selalu menyiarkan berita2 negatif sehingga menimbulkan kebimbangan  dan menyebabkan daddy menarik semula lesen untuk cari kerja. xpasal2 metro disalahkan.. sian metro..hehe.. tapi xapalah, mgkin ini yang terbaik buat masa ni.. so biasanya customer yang perlukan consult hanya berhubung melalui fb n hp je.

sehari suntuk berada di rumah, nasib baiklah ada anak2 buah. ada juga kawan bergaduh. hehe.. dan perkara paling best dapat meluangkan masa sepuas-puasnya dengan mammy selepas 5 bulan terpisah. rasa tenang sangat. dan  dapat juga jaga anak2 kucing yang baru lahir.. life is sweet!.. :)