Sunday, 5 October 2014

Menghayati Erti Sebuah Pengorbanan

Assalammualaikum .... 

Hai ... 

Alhamdulillah ... Pada hari ini, Ahad, 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha ... 



Hari Raya Aidil Adha mempunyai makna yang cukup besar buat seluruh umat Islam di dunia ini. Selain dikenali sebagai hari raya korban, ia juga disebut sebagai hari raya haji, bersempena umat Islam yang sedang menunaikan Ibadah Haji di Tanah Suci 

Menyingkap peristiwa agung ini, 

Nabi Ibrahim bermimpi, di dalam mimpinya, Allah memerintahkannya supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Mendapat akan mimpi itu, maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar(isteri kepada Nabi Ibrahim) dan Nabi Ismail. Nabi Ismail berkata, "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia menjadi korban untuk disembelih.".. Setelah masing2 bersetuju, keesokannya, Nabi Ibrahim membawa Nabi Ismail ke suatu tempat untuk disembelih. Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah SWT melalui mimpinya itu dan dengan ucapan kalimah atas nama Allah, baginda menutup mata, lantas menyembelih putera baginda. Percikan darah mengenai badan Nabi Ibrahim dan apabila baginda membuka matanya, alangkah terkejutnya baginda setelah melihat yang disembelihnya tadi adalah seekor kibas dan bukanlah putera kesayangannya. Nabi Ibrahim dan Ismail memuji kebesaran Allah SWT dan bersyukur kerana telah diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

Semakin beranjaknya waktu, kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Generasi muda masa kini sedikit demi sedikit mula melupai betapa cukup besar dan bermaknanya peristiwa ini buat umat Islam.

Melalui peristiwa penuh bersejarah ini, dapat kita simpulkan betapa taatnya Nabi Ibrahim dan Ismail dalam menegakkan agama Allah. Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan satu-satunya anak kesayangan baginda dan Nabi Ismail yang rela berkorban untuk menjadi sembelihan. Ini cukup mempamerkan sifat ketakwaan Nabi Ibrahim dan Ismail kepada Allah SWT. 

Dan .....

Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, untuk tahun ini, buat pertama kalinya saya dan kakak beraya di negeri seberang. Melihat ramai pelajar yang mula mengusung beg-beg besar, mula membeli tiket2 untuk pulang ke kampung halaman masing2, hati terasa sedikit sayu bila mengenangkan Final paper tak habis lagi. dan saat jari ini log in ke mana-mana laman sosial, Facebook, Instagram, we chat, Twiter.. eh, twitter saya tak ada, semua orang hapdet pasal lemang, rendang, kuih raya, kat kampung masing-masing... hati bertambah-tambahlah sayu .. hai laah nasib... 

Awal pagi lagi, saya dan kakak sama-sama berjalan kaki ke campus untuk menunaikan solat sunat raya Aidiladha.. berasal dari keluarga berstatus muallaf, so, ini adalah pertama kalinya saya merasai dan bersama-sama jemaah saudara seIslamku di sini mengerjakan ibadah sunat di awal pagi raya ini.. Selain dapat mempelajari cara-cara solat sunat Aidiladha, saya juga berpeluang melihat beberapa ekor lembu yang bakal disembelih hari ini.. *Happy balik. :)  

Walaupun masih lagi dalam keadaan kurang sihat selepas menjawab paper neuro beberapa hari yang lepas, daku menggagahkan diri jugak ke campus untuk merasai sendiri pengalaman ini.. Selalukan tengok kat TV je, TV1 TV2, dengar takbir.. kali ni, bila berada dalam kelompok dan merasai sendiri keadaan itu, hati memang rasa ........... (sukar digambarkan dengan kata-kata) :)

Alhamdulillah .. selepas mengaplikasikan placebo (kaedah perubatan menggunakan psikologi, contoh, set dalam mind, "aku tak payah makan ubat, aku minum air, makan nasi pun dah boleh sembuh" InsyaAllah, akan berkuranglah sedikit demi sedikit sakit tu dan jangan lupa semua itu, dengan izin dariNya jua.. so, pagi2 tadi, saya langsung tak makan ubat sebab ubat tu akan buat saya rasa tak selesa.. selsema dan demam dah ok.. batuk pun dah kurang... (^_^)v


Selesai sahaja solat sunat dan khutbah, kami pun menjamu selera .. Berayalah di MSU...

merasa juga rendang ayam .. haha.. 

Kawan-kawan Biomedic yang lain semua tinggal dekat-dekat je, so, dorang tak ada masalah untuk balik kampung.. Tinggallah kami berempat sahaja di sini ... Marlin Farah , Sha Harun dan Ameera Adeeba ... 
cheeseeee.... nak tau satu rahsia tak, kenapa orang putih panggil keju 'cheese'?
sebab itu akan membuatkan senyuman mereka tampak lebih manis.. betullah! tak pecaya ke?
Ok kalau tak pecaya, cuba ambik picture sambil sebut
KEJU~~~
haha.. 

Kemudian, pergi ke tingkat bawah pulak, melawat 'anak-anak' bagi makan dan isi botol air mereka.. jangan dilupa, pengorbanan mereka kepada manusia sejagat juga amat bermakna dan berharga tau! 

Selamat hari raya aidiladha tikus

Sebelum menutup tirai entry untuk kali ini, saya mengambil kesempatan, ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan dari semua kenalan andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata yang menyinggung perasaan sesiapa.. mohon halalkan makan minum atau apa sahaja yang saya terambil.. Semoga hari ini memberi seribu makna buat kita umat Islam .. InsyaAllah .. Amiinn... Dan doakan semoga saya dan kawan-kawan dapat menjawab final exam paper minggu hadapan, Clinical Diagnos ..

Shak, mohon ceduk pic insta ye .. Hik hik

Assalammualaikum.... 

tataa.... 

(^_^)/