Assalammualaikum.... and hi!!
Pejam celik pejam celik! akhirnya.. pengembaraan saya untuk semester 5 hampir ke garisan penamatnya... Tamat study week dan minggu depan adalah minggu final exam...
Dan apa yang berlaku sepanjang pengembaraan saya dan rakan2 seperjuangan untuk semester kali ini adalah amat mencabar dari semester sebelum ini....
first week of this sem, semangat sungguh jumpa mentor untuk ambik jadual.. then, tengok jadual.. banyak gap masa! ada yang sehari tu, kelas hanya 2 jam saja. memang heaven!memang seronok! memang happy! sebab jadual kelas tidak sepadat tahun sebelum ini.. kalau sebelum ni, start kelas pukul 8 pagi, balik pukul 5 - 6 petang.. kadang2 kalau ada kelas tambahan sampai pukul 7 ptg... penat! dengan lab report yang berlambak... assignment bersusun. memang tidak mampu digambarkan dengan kata2..
Tapi jadual kelas untuk semestar ni, memang best!! Namun, setelah masuk minggu kedua, ia tidak seperti yang digambarkan .. rupa rupanya, jadual kelas yang disusun dengan begitu indah, dengan ruang-ruang gap yang sangat luas tidak membantu kami untuk bernafas dengan tenang! Ia tidak seindah yang dibayangkan...
Mengapa?! ....
hampir setiap minggu kami diwajibkan membuat event. Disaat otak sedang mengalami kecederaan untuk menghadam subjek neuro, ia terpaksa bekerja keras pula untuk menjayakan beberapa projek yang wajib kami selesaikan sebelum tamat semester ini. Hampir setiap minggu kami disibukkan dengan pelbagai event. that's why la jadual kelas tak padat, sebab untuk semester ni, kami lebih diuji dari segi softskills pula..
Ke rumah Anak2 Opah Hasnah, Klang .... melawat adik2 ...
Martina, Syafinaz, Opah Hasnah, Biscuit, Hani & Efa .. |
Seterusnya... kami diminta untuk menjayakan satu projek untuk subjek clinical diagnostic lab... about Infectious Disease Awareness.. untuk subjek ni, group sy memilih penyakit typhoid fever . dan kami akan memberikan kesedaran akan bahaya penyakit ini kepada student2 MSU .. kami membuka booth dan menyediakan games mengikut creativity masing-masing untuk menarik perhatian student yang lalu lalang di kawasan ini, dalam masa yg sama, memberikan pengetahuan pada mereka tentang penyakit ini. bagaimana cara penyebarannya? bahayanya kepada manusia? dan kami turut mengajar mereka prevention agar terhindar dari typhoid fever.
Sehari sebelum event |
Lepas habis event. lepak kat stage jap! |
Untuk 'MSU Run For Gaza', saya dan kakak saya tak ikut lari sebab letih untuk projek clinical diagnostic ni tak hilang lagi... so, kami hanya bagi sokongan saja. haha..
Seterusnya.....
saya dan kawan2 menghadiri beberapa siri talk .. Alumni talk, Research project talk, symposium, etc ......
Research Project |
Alumni Talk |
Program seterusnya adalah.....
Health Science Family Day @ FHLS Festival!!
Pelajar2 FHLS dibahagikan kepada 4 Rumah sukan. Rumah merah, biru, hijau dan kuning..
Pasukan Rumah merah! |
Pasukan kami, nampak macam gah! antara bilang pasukan yang paling ramai.. tambah2 warna merah tu menunjukkan keberanian. ada 10 game.. dalam 10 game ni, satu game je kitorang menang! hahaha.. Tahun ni, pasukan rumah kuning menang walaupun bilangan pasukan mereka antara yang paling sikit . tahniah Optometri student!
Kisah seterusnya ....
Neuropharmacology Creative Teaching!! Untuk assesment ni, kami diminta untuk membuat theater tentang ubat.. Berlakon .... group saya dapat tahun Sleeping disorder and anxiety.. dalam kesibukan masing2, kami ambil masa untuk berlatih sehari sebelum perform.. memang kelam kabut sedikit, walaubagaimanapun, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar ... Ini adalah sedikit sedutan persembahan kami!
Last sekali! Mock meeting untuk subjek English for general Purposes.. Then hantar research proposal dan buku log ..
Sekarang... kena hadap final exam pula...
Kepada kawan2 seperjuangan, maafkan saya andai ada terkasar bahasa semasa kita menjayakan projek atau apa2 assignment.. Semoga kita semua dapat menjawab semua soalan final dengan tenang.. InsyaAllah ..
Amiin...