Sunday, 23 November 2014

Fifi Dalam Kenangan-23 Nov 14

Assalammualaikum .... Hai ..

Entry kali ini dimulakan dengan PENGUMUMAN!!

Buat penduduk Perdana Apartment yang parking kereta dalam kawasan apartment, mohon cek bawah kereta anda terutamanya di sekitar tayar kereta sebelum anda memulakan perjalanan!
 Tau tak kenapa? Pagi tadi, masa nak ke MSU, saya dan kakak saya ternampak ni ....


Mula-mula saya ingat dah mati, tapi bila tengok dekat2, dia masih bernafas! dan bila dia perasan saya dan kakak saya mendekati dia, dia pun mula mengiaw.. suara dia macam nak bagitau yang dia sakit sangat ...

Sebenarnya, kucing ni, dulu masa kecik2 suka tido depan rumah sewa saya. Kami (serumah) selalu bagi makan dorang so, dorang memang suka lepak kat koridor je. Ada 3 ekor beradik. Bila dah besar, dorang dah pandailah pegi tingkat bawah, main-main kat bawah.

yang si Fifi ni, dia suka duduk kat tangga, so everyday saya pegi MSU, memang jumpa dia kejap.. cerita2 meow2 dengan dia, belai2 dia, baru jalan pegi kampus. balik dari kampus, mesti jumpa dia lagi di tempat yang sama. dia ni aktif, suka panjat-panjat pokok..

Dan tiba-tiba, hari ini, masa nak pegi MSU, saya jumpa dia dalam keadaan yang macam ni. Sangat menyayat hati. Betapa sedihnya hati ... Sedih tak terkata ..

Saya terus call kawan, Kak Lin, tanya dia vet mana yang buka hari ahad ni. Then, minta tolong dia untuk bawakan meow ni pegi Vet tu .. Masa tunggu kak lin datang, saya lari pecut 100m balik ke rumah dan ambil kotak, plastik, tissue, makanan kucing dan air.


 

Saya takut nak angkat dia sebab tengok kaki dia macam patah. Perlahan-lahan masukkan dia dalam kotak.. masa tu, dia pejam je mata dia, bila dah masuk dalam kotak, dia diam. Tengok hidung dia dah pucat.

kakak bersama dua ekor adik beradik Fifi

sitam & adik dia yang sekor tu, setia di sebelah ..

yang ni memang sedih tengok

nampak usus dia terkeluar dan kesan macam gilisan tayar kereta kat bahagian abdomen bawah



tak lama lepas tu, kak lin datang. Masa dalam perjalanan, dia mengiaw ngiaw.. suara dia mengiaw betul-betul buat hati rasa ngilu. kesian sangat tengok.. Selalu tengok dia happy, aktif je. Tiba-tiba hari ni, nampak keadaan dia macam ni.

Sampai je di Vet, kami tunggu doktor sampai dalam masa 10-20 minit camtu. Masa doktor periksa dia, dari air muka doktor tu, saya dah boleh agak dah ... doktor kata, keadaan dia dah sangat teruk, mulut dia dah putih, telinga dah putih badan dah sejuk, blood circulation dia dah sangat teruk.. Usus dia dah rosak. kalau nak try untuk pulihkan pun, peluang amat tipis sebab fifi masih kecil, dan hanya buat fifi tambah lagi sakit. Bila doktor kata camtu, saya dah tau dah yang fifi perlu di'tidur'kan. Nafas fifi pun dah tak lancar. Nampak dia betul-betul terseksa menahan sakit.

saya pun xada pilihan. kalau dibiarkan macamtu, saya tak sanggup dengar dia meow2 mengerang kesakitan.. tak sanggup tengok dia bernafas kepayahan. saya setuju dan doktor pun suntik dia dengan sedative dulu sebelum hentikan jantung dia. Lepas doktor suntik dia dengan sedative, saya tak boleh tahan airmata, saya terus keluar dari bilik rawatan dengan airmata bercucuran, dan duduk di luar. Memang satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Sedih sangat. sayu hati tengok. Bila dengar suara lemah fifi masih mengiaw kat dalam tu, makin laju je airmata keluar..

Tak lama lepas tu, saya cuba tenangkan diri, Fifi yang dah 'tidur' pun dihantar keluar dari bilik rawatan. Lepas bayar vet, kami ke rumah kak lin untuk kebumikan Fifi..


'Instinct' ... masa nak keluar pegi MSU, saya ingat nak pakai sandle je, tapi tak tahu kenapa hati saya rasa nak pakai kasut sukan.. Lepas saya selesai korek tanah untuk Fifi, baru saya perasan, kalau saya pakai sandle tadi, mesti payah nak korek tanah..

**thanks Kak Lin sebab tolong bawakan pegi Vet..

Pengumuman saya yang kat atas tu, tidak ditujukan kepada penduduk apartment perdana je, tapi kepada semua orang.. kalau rasa-rasa, kawasan tu ada banyak kucing, periksa dahulu bawah kenderaan anda..

Mungkin kita tidak perasan ada kucing di bawah kereta dan kita terlanggar, cuma, apalah salahnya bawa kucing tu pergi vet. Kepada orang yang langgar Fifi, Tak ada rasa bersalah ke?? walaupun dia bukan manusia, dia adalah makhluk Allah yang bernyawa. Tolonglah bertanggungjawab sikit.

Lepas ni, dah tak ada dah Fifi yang selalu duduk dekat tangga tiap pagi, petang.. tak ada dah Fifi yang suka main panjat-panjat pokok.
 
Berehatlah dengan tenang di sana, Fifi .. Dunia ni kejam.. Berehatlah dikau dengan tenang...

Fifi dalam kenangan
23 November 2014 .

Friday, 21 November 2014

Mercurial sphygmomanometer untuk dijual!!

Assalammualaikum .. dan hai!!

selepas berbincang dengan supervisor, saya telah menukar sedikit method untuk research saya. Mercurial sphygmomanometer ni saya dah lupa bulan bila saya beli, yang pasti, beberapa bulan yang lepas la.. dan xsampai 10x pun guna..

Saya nak jual sebab, jarang sangat guna. Jadi, macam kesian je tengok dia duk terperuk dalam rak . Research saya, saya guna automated sebab malas nak guna stetoskop untuk cek BP .. terkena pulak dengan orang yang bunyi artery nya tak berapa nak kuat.. tapi Mercurial sphygmomanometer ni without stethoscope tau.. sebab masa saya beli pun, asing-asing Mercurial sphygmomanometer dan stethoscope..

kepada student nurse, MA , doctor to be yang nak belajar cara2 cek bp dengan cara manual ataupun, nak memperkasakan lagi skills korang, boleh la beli then praktis kat umah, hostel .. kot-kot la nanti korang praktikal, tiba2 xada automated machine untuk cek bp, xadalah terkial-kial depan patient pam-pam benda ni kan.. hehehe.. lagipun, ada automated machine yang tak boleh baca tekanan darah if tekanan darah patient terlalu rendah atau terlalu tinggi.. biasanya, machine akan tunjukkan ERROR. Sebab saya pernah buat pemeriksaan kesihatan di Rumah warga emas.. masa tu, saya tak tau lagi yang automated machine akan tunjuk error bila bp patient terlalu tinggi or terlalu rendah. Lebih 3 kali saya repeat cek, tetap error sampaikan saya ingat machine tu dah rosak. so, di situlah pentingnya kita belajar cara guna benda ni  ..

Harga : RM 180
*student boleh nego. PM sy di Martina Farirah Noi











Monday, 17 November 2014

Disney Frozen Doll - Elsa




Code : ZMB 0103T Disney Frozen Doll - Elsa
Harga : Rm39/doll (tak termasuk pos)
weight : 240g

postage fee :
Semenanjung - Rm6
Sabah/Sarawak - Rm9

(pembelian melebihi 500g akan ditambah Rm3 untuk setiap 250g)

Size measurement:
-length : about 40cm
-width : about 10cm

plush toy. soft and comfy
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada semua pelanggan yang dikasihi : 

Warna barang yang dipaparkan mungkin tidak sama 100% dengan barangan itu sendiri

Sebelum membuat order, pastikan anda berpuas hati dengan saiz barang yang anda order, kerana pihak kami tidak akan menerima sebarang pertukaran/pemulangan atas sebab saiz. (Saiz telah disertakan di dalam entry ini) :)

Pesanan hanya akan dihantar selepas pembayaran diterima. 



CARA ORDER : 

Berikan butir diri anda mengikut format ini : 
Nama : 
Alamat : 
Tel No :
Item : (Contoh : ZMB 0103T Disney Frozen Doll - Elsa)

Kepada

017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi

No booking.
First come First serve. 

Num acc akan diberikan apabila pembayaran hendak dibuat. :)
Selepas membuat pembayaran, tunjukkan bukti pembayaran anda di 017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi



PENGHANTARAN
Selepas saya mengesahkan pembayaran anda, barulah tempahan anda akan dihantar menggunakan Pos Laju. Jika pembayaran dibuat pada hari ini, proses penghantaran adalah pada hari esok. Tempoh barang sampai 2 - 3 hari (bergantung kepada pos laju).
Tiada penghantaran pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Tracking num akan diberikan kepada anda.

Sebarang pertanyaan, boleh pm saya di 017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi



Thank you ! :)

Disney Frozen Doll - Anna




Code : ZMB 0103T Disney Frozen Doll - Anna
Harga : Rm39/doll (tak termasuk pos)
weight : 240g

postage fee :
Semenanjung - Rm6
Sabah/Sarawak - Rm9

(pembelian melebihi 500g akan ditambah Rm3 untuk setiap 250g)

Size measurement:
-length : about 40cm
-width : about 10cm

plush toy. soft and comfy
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada semua pelanggan yang dikasihi : 

Warna barang yang dipaparkan mungkin tidak sama 100% dengan barangan itu sendiri

Sebelum membuat order, pastikan anda berpuas hati dengan saiz barang yang anda order, kerana pihak kami tidak akan menerima sebarang pertukaran/pemulangan atas sebab saiz. (Saiz telah disertakan di dalam entry ini) :)

Pesanan hanya akan dihantar selepas pembayaran diterima. 



CARA ORDER : 

Berikan butir diri anda mengikut format ini : 
Nama : 
Alamat : 
Tel No :
Item : (Contoh : ZMB 0103T Disney Frozen Doll - Anna)

Kepada

017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi

No booking.
First come First serve. 

Num acc akan diberikan apabila pembayaran hendak dibuat. :)
Selepas membuat pembayaran, tunjukkan bukti pembayaran anda di 017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi



PENGHANTARAN : 
Selepas saya mengesahkan pembayaran anda, barulah tempahan anda akan dihantar menggunakan Pos Laju. Jika pembayaran dibuat pada hari ini, proses penghantaran adalah pada hari esok. Tempoh barang sampai 2 - 3 hari (bergantung kepada pos laju).
Tiada penghantaran pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Tracking num akan diberikan kepada anda.

Sebarang pertanyaan, boleh pm saya di 017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi



Thank you ! :)

Sunday, 16 November 2014

Gred AA Chanel Inspired bag



Chanel Inspired Collection

Harga : RM 95/bag(termasuk pos)

ZM3428HB GRED AA CHANEL INSPIRED BAG - BEIGE 

ZM3428HB GRED AA CHANEL INSPIRED BAG - BLACK 

ZM3428HB GRED AA CHANEL INSPIRED BAG - BROWN 

ZM3428HB GRED AA CHANEL INSPIRED BAG - PURPLE

ZM3428HB GRED AA CHANEL INSPIRED BAG - RED
close up :







Details :
Material : Quality Artificial Leather

Length : 28cm
Width : 9cm
Bottom Width : 10cm
Height : 21 cm

Handle Height : 20cm
Long Strap Length : 110 cm
Opening Closer : Zip
---------------------------------------------------------------------------------
Kepada semua pelanggan yang dikasihi : 

Warna beg yang dipaparkan mungkin tidak sama 100% dengan barangan itu sendiri

Sebelum membuat order, pastikan anda berpuas hati dengan saiz beg yang anda order, kerana pihak kami tidak akan menerima sebarang pertukaran/pemulangan atas sebab saiz. (Saiz telah disertakan di dalam entry ini) :)

Pesanan hanya akan dihantar selepas pembayaran diterima. 



CARA ORDER : 

Berikan butir diri anda mengikut format ini : 
Nama : 
Alamat : 
Tel No :
Item : (Contoh : ZM3428HB GRED AA CHANEL INSPIRED BAG - PURPLE)

Kepada

017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi

No booking.
First come First serve. 

Num acc akan diberikan apabila pembayaran hendak dibuat. :)
Selepas membuat pembayaran, tunjukkan bukti pembayaran anda di 017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi



PENGHANTARAN : 
Selepas saya mengesahkan pembayaran anda, barulah tempahan anda akan dihantar menggunakan Pos Laju. Jika pembayaran dibuat pada hari ini, proses penghantaran adalah pada hari esok. Tempoh barang sampai 2 - 3 hari (bergantung kepada pos laju).
Tiada penghantaran pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Tracking num akan diberikan kepada anda.

Sebarang pertanyaan, boleh pm saya di 017-8230347 (whatsap/wechat)
atau
inbox FB - Martina Farirah Noi

Thank you ! :)

Sunday, 9 November 2014

Kehidupan

Assalammualaikum .... hai ..

Nampaknya semester baru akan bermula beberapa hari lagi . Cuti kali ni macam tak terasa .. balik Sabah pun sekejap je.. tak puas meluangkan masa bersama keluarga tercinta. then kena munculkan diri balik ke Shah Alam .. betapa sukarnya ...... haih ... Dah lah 3 ekor kucingku terpaksa diserahkan kepada penjaga baru.. Tuhan je tahu perasaan ku tika ini.. semangat dah lari entah kemana.. login website msu untuk tengok subject registration pun rasa macam tersekat-sekat je jari tu nak menaip nya.. lagi-lagi bila teringatkan pasal research yang macam-macam dugaannya .. :(

Bila fikir balik, kehidupan saya sekarang dah jauh berbeza dari kehidupan masa diploma dulu. Masa Dip, tinggal serumah dengan family, tiap pagi sebelum pegi kelas, keluar bilik, masuk dapur, nampak sarapan dah sedia atas meja. Everyday, daddy hantar pegi kelas, habis kelas dady ambil. Sampai rumah, mandi, makan semua, pastu, ulangkaji sikit.. kalau tak ada lab report, dan assignment, bolehlah update blog .. haha.. ya, saya masa diploma dulu, rajin sangat update blog, seminggu boleh keluar entry 2 - 3 kali .. nampak tak betapa produktifnya .. tapi baru-baru ni, segala entry yang merapuh-rapuh saya dah vanish! bila baca balik entry zaman dulu, rasa cam childish pun ada.. :P jadi baik buang.. haha..  life masa diploma dulu, rasa macam best je.. mungkin sebab persekitaran.. hidup bersama keluarga .. dan sekarang baru saya faham mengapa daddy tak benarkan saya study jauh lepas habis SPM dulu, sebab yang pertama, saya rasa, saya ni lambat sikit matang dari segi pemikiran. gagagaa.. Abis SPM dulu, saya dapat tawaran UiTM, then, untuk first sem, pelajar WAJIB tinggal hostel... on the spot dady kata, tak payah.. sebab dulu, pernah tinggal asrama, tahan sampai 4 bulan je, pastu mengada nak pindah sekolah lama balik.. saya pun, oklah.. sebab, saya lagi suka tinggal dengan family .. heaven.. makan minum pakai semua terjaga.. tinggal study je.. yehuu.. masa tu saya memang lengkaplah dengan pakej budak tak sedar diri  .. ingat semua benda indah je di muka bumi ni..

Then, saya nampak kakak saya study, saya tengok2 buku2 dia.. Biologi dan genetik, biokimia, dan ada beberapa buku lagi.. bila saya baca randomly buku2 tu, tiba-tiba rasa macam tertarik, terutamanyanya buku mikrobiologi .. pasal bakteria2.. jadi, lepas saya menceroboh buku-buku dia di tingkat atas rumah, saya pun turun bawah dan cakap dengan daddy, yang saya nak belajar macam kakak. Daddy tak banyak soal dan setuju je. So, beberapa hari selepas tu, daddy daftarkan saya ke PTPL sebab masa tu, hanya PTPL sahaja yang mendapat pengiktirafan dari MQA untuk program medical lab di sabah.

Dan bermulalah hari-hari saya di PTPL bersama kakak. Actually, my sis lebih dulu daftar, but then dia extend sem dan bila masuk sem baru, kami masuk di kelas yang sama.. jadi, saya sentiasa dipantau oleh kakak.. mana saya pegi, apa saya buat, dengan siapa saya jalan.. pastu, evertyime, kena limit, 'haip, ini tak boleh, itu tak boleh, tak boleh ikut macam tu, yang tu salah! perangai macam tu tak betul!' .. so, saya masa tu, umpama budak kecil dibawah pengawasan ibu bapa.. hahaa.. tapi, ada hikmahlah Allah aturkan semua ni, sebab saya kan lambat sikit nak matang dari segi pemikiran, jadi Allah sertakan kakak saya sekali belajar bersama-sama saya untuk menjaga saya di kota raya yang sungguh banyak dugaannya.. belajar di kolej, tak sama dengan kita belajar di sekolah.. di kolej, kita jumpa dengan macam-macam orang, macam-macam perangai.. walaupun dulu, rimas sebab asyik di awasi, hendak berkawan dengan siapa, hendak berjalan dengan siapa, tapi sekarang Alhamdulillah.. semua tu sebenarnya, ada hikmah, agar saya tidak tersalah langkah dalam memilih kawan.. hmm .. 

dah habis diploma, saya ingat nak rehat setahun camtu lah .. sambil berfikir fikir nak sambung bach. apa.. after dip in medical lab ni, mostly senior2 saya sambung medic, biomedic dan ada sikit yang masuk forensic.. fikir fikir fikir dan cuba kenal potensi diri, saya rasa, saya lebih suka biomedic sebab ... hmmm.. sebab... saya dibenarkan progress terus ke tahun kedua .. jimat masa sikit .. hahaha.. tp tak.. bukan itu sebabnya.. kalau saya ambil medic, saya tak kuat semangat nak hadap pesakit-pesakit yang cedera parah .. esp. budak2.. seriously, masa praktikal diploma dulu, kena suruh pegang baby time baby nak kena ambil darah, tangan gigil-gigil dengar baby tu nangis-nangis.. memang tak boleh.. 

angan-angan saya untuk cuti setahun selepas diploma hancur apabila mendapat panggilan dari pihak pendaftar MSU yg meminta saya melapor diri pada bulan Mac 2013 .. haih.. tapi saya minta extend lagi 2 bulan... hik hik hik.. bulan Mei, saya dan kakak pun mendaftar di MSU .. 

first week di Shah Alam, sedih dia jangan cakap la.. tidak tergambar oleh kata-kata walaupun ada kakak sekali ikut.. tiap hari, teringat nak balik balik balik je.. macamlah Sabah tu dekat.. tapi, tahan-tahankan hati je.. masa tu, tiap hari webcame dengan family di Sabah.. balik2 ja dari campus, mandi, makan, solat, terus buka webcame.. macam tu lah seterusnya dan masa tu, of course, study pun sedikit terganggu.. semangat nak study tu, jatuh merundum sedikit.. apa taknya, everyday webcame and calling.. kan.. haha.. bila mammy tanya, "nda study ka?" ... "suda kan tadi" ... "bila" ... "dikelas" ... krik krik krik krik... 

tapi dah lama-lama, sem-sem yang seterusnya, dah rasa ok sikit dah.. dah boleh terima kenyataan sikit dan baru nak start fokus study betul-betul ..

sedar tak sedar, sudah setahun lebih saya di sini.. menongkah arus, meredah badai, merentasi lautan api, onak dan duri ditempuhi .. *over.. ehehe.. dan kalau nak tahu, kepayahan inilah sebenarnya yang mematangkan kita.. dan baru saya rasa, ada sikit sinar kematangan dalam diri ni .. gagagaa.. environment di sini, lebih mencabar.. silap langkah kecundang.. dan saya dapat rasa yang ada perubahan dalam diri selama setahun lebih saya di sini.. kalau dulu, saya suka kumpul-kumpul hello kitty, sekarang macam dah  kurang-kurang sikit.. yang adapun, jam loceng hello kitty, ngan patung kecil yang saya gantung kat stetoskop . pastu, kalau dulu, nak beli barang-barang, tak ada list2 barang keperluan, sekarang, mesti kena buat .. kalau tak, satu, saya lupa apa nak beli. Dua, slalu je lari bajet. dan yang ketiga, saya tak suka lama-lama kat shopping mall atau supermarket, terutama time ramai orang.. kepala saya cepat pening tengok orang lalu lalang dengan sesak nya.. baru-baru ni, saya balik sabah, then mammy bawa pegi supermarket untuk beli barang sikit, saya dah meragam macam budak kecik, "mammy, cepatlah balik... mammy cepatlah" orang kiri kanan tengok je sampai mamy pula yang naik rimas dengan saya.. haha.. sorry mammy, ur daughter is not shopaholic type hehuu.. lagi-lagi kalau nak shopping pakaian.. untuk pengetahuan anda-anda dan anda.. baju, seluar, skirt, tudung, kasut, hangbag dan wallet, semuanya, mammy yang pilihkan dan belikan.. saya takkan pilih apatah lagi beli sebab .. ntahlah.. malas nak membelek belek ..  dan, oh ya! bingkai spek mata saya ni pun, mammy yang suggest! hahaa.. kalau bab mekap jangan cakaplah.. seumur hidupku, tak pernah beli lipstick sebab saya tak suka pakai .. saya lebih suka pakai moisture tu .. no plumbum.. hehee. bedak muka? aritu balik sabah, sempat jugalah kebas bedak muka mammy.. mammy pun redha je dengan anak perempuan dia ni.. dan, saya suka main mekap2 kat mata tu.. yang guna berus then sapu2 kat kelopak mata tu.. dia ada macam2 color, ntah apa nama benda tu.. tapi suka la main benda tu, lukis2 kat mata adik perempuan.. kadang2, anak buah lelaki pun jadi mangsa juga.. nasib kamu la dapat aunt sewel sikit. *panjang btl perenggan yang ni*

satu lagi, selain kematangan pemikiran, semua ini juga dapat memupuk amalan berdikari dalam diri yang selama ini lengkap dengan pakej budak tak sedar diri.. Dulu, masa asrama, kalau nak cuci baju, rendam baju-baju semua dalam baldi dengan sabun attack colour, lepas tu, masuk skali dengan softener, yes, memang sangat pintar masa tu.. rendam baju ngan sabun, sekali dengan softener.. biarkan dalam setengah jam, then cuci kaki bersih-bersih, dan bersedia untuk masuk ke dalam baldi untuk memijak-mijak kain di dalamnya.. jangan salahkan saya.. salahkan senior saya. dia yang ajar buat macam tu.. k . budak-budak asrama yang lain, tolong jangan ikut k. perkara ni amat memalukan kita sebagai kaum hawa.. cerita masa praktikal pula, tiap minggu pegi laundry, sampai anty yang slalu buat resit dah kenal muka saya.. haha.. kalau on-call berhari-hari, lagi nangis, sampai 2 beg baju skali angkat, nasib baik hartini selalu menemani ku pegi laundry.. pernah haritu, on-call 4 hari berturut-turut, lepastu, direct ke mobile derma darah pula.. hambek ko 3 beg baju.. dahsyat betul. 
tapi, sekarang ni, tak lagi la.. haha.. i mean, tak ada la lagi cuci baju pakai kaki dan jadi pelawat tetap mingguan di laundry.. sekarang dah tau dah, macammana nak guna softener .. tidaklah sejahil dulu.. 

kisah rak kasut pula, saya ada beli rak kasut jenis kayu.. masa beli tu, kayu-kayu dia bersusun dalam kotak, dan kita sendiri kena pasang. Dengan berbekalkan tukul dan kertas instruction yang terselit di antara kayu kayu , saya pun mula mendirikan rak kasut tersebut. Seingat saya, last saya pegang tukul time form 3, time buat kerja kursus kemahiran hidup. itupun, kerja projek saya, bukan saya yg buat, saya suruh budak laki siapkan.. senang hidup.. tapi kali ni, kena juga buat sendiri.. itulah pentingnya ilmu kemahiran hidup ye adik2 .. dulu-dulu cikgu suruh belajar, tak mau.. kerja projek, suruh orang lain buat, sekarang baru tau apa tu erti penyesalan.. kan.. jadi, dengan penuh tabahnya, saya menukul, tok! tok! tok! pusing kiri, tercabut balik.. mula ketuk lagi.. tok! tok! tok! pusing kanan, kayu depan pula lari alignment.. hati dah mula geram dah.. tapi teruskan juga, ketuk ketuk punya ketuk, TOK! tertukul jari sendiri .. tapi tak sakit sangatlah.. cuma, adalah darah beku bawah kuku sikit.. nak minta tolong orang, tak tau nak minta tolong siapa masa tu.. hampir 3 jam, akhirnya selesai juga kerja2 ku.. haha.. benda boleh siap setengah jam je sebenarnya.. aku buat sampai 3 jam. tu pun, skali susun kasut kat atas rak, terus rak tu senget, condong ke barat. time abang ipar datang, barulah dia betulkan balik cara pasang benda tu.. haha.. 

Kisah tombol pintu.. oleh kerana sebelum ni, rumah ni pernah disewa, so, saya tukar semua tombol2 pintu dan buat kunci baru untuk keselamatan.. dan, sebenarnya, mudah je kalau nak tukar tombol pintu.. yang ni, saya dah pro buat.. hue hue hue.. just, buka-buka skru semua, then pasang balik.. tapi bab tukul menukul, surrender.

Sebelum saya datang ke sini, dengan nawaitu untuk menimbah ilmu kerana Allah swt, mammy, daddy, dan mentor aka ibu angkat saya umi Marliana berpesan, dan ada satu ayat yang berulang-ulang kali mereka ucapkan.. "Jaga diri" ... 

Bila saya menjejakkan kaki ke sini, saya faham mengapa.. Ramai. Sangat ramai sebenarnya anak muda yang mula lupa diri tatkala hidup di kota ini .. culture shock! sayangnya mereka. Masih muda, masih banyak peluang, perjalanan masih lagi jauh tapi sayangnya, sudah jauh terpesong dari tujuan asal .. 

Ada benda yang tidak pernah terlintas di fikiran saya, tapi nampak di depan mata kegiatan remaja-remaja ni yang terbuai dengan tipu daya dunia.. hmmm... 

kepada adik-adik yang masih lagi muda, yang tinggal berjauhan dengan keluarga untuk belajar, Ingatlah! jangan khianati kepercayaan yang ibu bapa berikan kepada anda.. Ibu bapa melepaskan kita untuk belajar, bukan untuk berfoya-foya.. tiap bulan dapat wang saku dari parents, gunakan sebaiknya, jangan habiskan masa hujung minggu di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.. better duduk di rumah atau di taman-taman riadah.. Ingatlah jasa-jasa orang tua yang sudah banyak berkorban.. huhu.. emo tetiba .. sob..sob.. tapi betullah... dan satu lagi, kepada adik2 gegurls yang lawa-lawa... bukan satu kebanggaan jika dirimu dikejar berjuta lelaki... *ayat yg tu copipes* .. jangan mudah terpedaya dengan mulut manis seorang lelaki.. Islam sendiri meninggikan martabat seorang wanita, jadi, jangan rendahkan maruahmu dengan mudah diusung ke sini dan kesana.. kecantikanmu sebenarnya satu ujian.. *oh ya, saya kan macam ada satu penyakit sikit, kalau ada kawan puji kat fb, 'martina cantiklah', then saya automatik akan rasa cam awkward, tak tahu nak balas apa, nak dibalas tq, nanti ada yang meluat dan berkata, 'alah, dia ni biasa je pun', kalau tak balas apa2, nanti kena cakap sombong.. oleh itu, dengan menggunakan kuasa veto yang ada padaku maka, lenyaplah komen tersebut dari section komentar .. malu la kena puji kat fb .. makanya, martina, langkah terbaik, kurang-kurangkan menguplod gambar-gambar mu di fb ya! - baeklah! 

sedar tak sedar, panjang juga rupanya aku taip kali ni.. hue hue hue.. kesimpulannya di sini, kematangan tidak diukur dari umur seseorang itu, tapi kematangan sebenarnya diukur daripada pengalaman .. semakin jauh kita melangkah, semakin banyak pengalaman kita dapat, dan pengalaman tu mematangkan kita.. dengan izin Allah swt .. Apa2pun, saya bersyukur pada Allah kerana mengaturkan kehidupan saya dengan begitu indah sekali ... kadang kala, Allah datangkan ujian, tandanya Allah sayangkan kita, tandanya Allah ingin kita sentiasa mengingatinya.. bila Allah beri kita kesenangan yang luar biasa, yang membuatkan kita lupa diri, berhati-hatilah ... itu juga sebenarnya adalah satu ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana hambaNya mengingatinya.. 

Senang ingat Allah,
Susah ingat Allah,
Bahagia ingat Allah, 
dalam apa jua keadaan, letaklah Allah yang pertama di hati .. 

yang sentiasa mencari keredhaanNya .. 
Martina Farirah.

Sunday, 5 October 2014

Menghayati Erti Sebuah Pengorbanan

Assalammualaikum .... 

Hai ... 

Alhamdulillah ... Pada hari ini, Ahad, 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha ... 



Hari Raya Aidil Adha mempunyai makna yang cukup besar buat seluruh umat Islam di dunia ini. Selain dikenali sebagai hari raya korban, ia juga disebut sebagai hari raya haji, bersempena umat Islam yang sedang menunaikan Ibadah Haji di Tanah Suci 

Menyingkap peristiwa agung ini, 

Nabi Ibrahim bermimpi, di dalam mimpinya, Allah memerintahkannya supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Mendapat akan mimpi itu, maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar(isteri kepada Nabi Ibrahim) dan Nabi Ismail. Nabi Ismail berkata, "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia menjadi korban untuk disembelih.".. Setelah masing2 bersetuju, keesokannya, Nabi Ibrahim membawa Nabi Ismail ke suatu tempat untuk disembelih. Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah SWT melalui mimpinya itu dan dengan ucapan kalimah atas nama Allah, baginda menutup mata, lantas menyembelih putera baginda. Percikan darah mengenai badan Nabi Ibrahim dan apabila baginda membuka matanya, alangkah terkejutnya baginda setelah melihat yang disembelihnya tadi adalah seekor kibas dan bukanlah putera kesayangannya. Nabi Ibrahim dan Ismail memuji kebesaran Allah SWT dan bersyukur kerana telah diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

Semakin beranjaknya waktu, kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Generasi muda masa kini sedikit demi sedikit mula melupai betapa cukup besar dan bermaknanya peristiwa ini buat umat Islam.

Melalui peristiwa penuh bersejarah ini, dapat kita simpulkan betapa taatnya Nabi Ibrahim dan Ismail dalam menegakkan agama Allah. Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan satu-satunya anak kesayangan baginda dan Nabi Ismail yang rela berkorban untuk menjadi sembelihan. Ini cukup mempamerkan sifat ketakwaan Nabi Ibrahim dan Ismail kepada Allah SWT. 

Dan .....

Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, untuk tahun ini, buat pertama kalinya saya dan kakak beraya di negeri seberang. Melihat ramai pelajar yang mula mengusung beg-beg besar, mula membeli tiket2 untuk pulang ke kampung halaman masing2, hati terasa sedikit sayu bila mengenangkan Final paper tak habis lagi. dan saat jari ini log in ke mana-mana laman sosial, Facebook, Instagram, we chat, Twiter.. eh, twitter saya tak ada, semua orang hapdet pasal lemang, rendang, kuih raya, kat kampung masing-masing... hati bertambah-tambahlah sayu .. hai laah nasib... 

Awal pagi lagi, saya dan kakak sama-sama berjalan kaki ke campus untuk menunaikan solat sunat raya Aidiladha.. berasal dari keluarga berstatus muallaf, so, ini adalah pertama kalinya saya merasai dan bersama-sama jemaah saudara seIslamku di sini mengerjakan ibadah sunat di awal pagi raya ini.. Selain dapat mempelajari cara-cara solat sunat Aidiladha, saya juga berpeluang melihat beberapa ekor lembu yang bakal disembelih hari ini.. *Happy balik. :)  

Walaupun masih lagi dalam keadaan kurang sihat selepas menjawab paper neuro beberapa hari yang lepas, daku menggagahkan diri jugak ke campus untuk merasai sendiri pengalaman ini.. Selalukan tengok kat TV je, TV1 TV2, dengar takbir.. kali ni, bila berada dalam kelompok dan merasai sendiri keadaan itu, hati memang rasa ........... (sukar digambarkan dengan kata-kata) :)

Alhamdulillah .. selepas mengaplikasikan placebo (kaedah perubatan menggunakan psikologi, contoh, set dalam mind, "aku tak payah makan ubat, aku minum air, makan nasi pun dah boleh sembuh" InsyaAllah, akan berkuranglah sedikit demi sedikit sakit tu dan jangan lupa semua itu, dengan izin dariNya jua.. so, pagi2 tadi, saya langsung tak makan ubat sebab ubat tu akan buat saya rasa tak selesa.. selsema dan demam dah ok.. batuk pun dah kurang... (^_^)v


Selesai sahaja solat sunat dan khutbah, kami pun menjamu selera .. Berayalah di MSU...

merasa juga rendang ayam .. haha.. 

Kawan-kawan Biomedic yang lain semua tinggal dekat-dekat je, so, dorang tak ada masalah untuk balik kampung.. Tinggallah kami berempat sahaja di sini ... Marlin Farah , Sha Harun dan Ameera Adeeba ... 
cheeseeee.... nak tau satu rahsia tak, kenapa orang putih panggil keju 'cheese'?
sebab itu akan membuatkan senyuman mereka tampak lebih manis.. betullah! tak pecaya ke?
Ok kalau tak pecaya, cuba ambik picture sambil sebut
KEJU~~~
haha.. 

Kemudian, pergi ke tingkat bawah pulak, melawat 'anak-anak' bagi makan dan isi botol air mereka.. jangan dilupa, pengorbanan mereka kepada manusia sejagat juga amat bermakna dan berharga tau! 

Selamat hari raya aidiladha tikus

Sebelum menutup tirai entry untuk kali ini, saya mengambil kesempatan, ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan dari semua kenalan andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata yang menyinggung perasaan sesiapa.. mohon halalkan makan minum atau apa sahaja yang saya terambil.. Semoga hari ini memberi seribu makna buat kita umat Islam .. InsyaAllah .. Amiinn... Dan doakan semoga saya dan kawan-kawan dapat menjawab final exam paper minggu hadapan, Clinical Diagnos ..

Shak, mohon ceduk pic insta ye .. Hik hik

Assalammualaikum.... 

tataa.... 

(^_^)/

Saturday, 27 September 2014

Pengembaraan semester 5 hampir dipenghujung

Assalammualaikum.... and hi!!

Pejam celik pejam celik! akhirnya.. pengembaraan saya untuk semester 5 hampir ke garisan penamatnya... Tamat study week dan minggu depan adalah minggu final exam...

Dan apa yang berlaku sepanjang pengembaraan saya dan rakan2 seperjuangan untuk semester kali ini adalah amat mencabar dari semester sebelum ini....

first week of this sem, semangat sungguh jumpa mentor untuk ambik jadual.. then, tengok jadual.. banyak gap masa! ada yang sehari tu, kelas hanya 2 jam saja. memang heaven!memang seronok! memang happy! sebab jadual kelas tidak sepadat tahun sebelum ini.. kalau sebelum ni, start kelas pukul 8 pagi, balik pukul 5 - 6 petang.. kadang2 kalau ada kelas tambahan sampai pukul 7 ptg... penat! dengan lab report yang berlambak... assignment bersusun. memang tidak mampu digambarkan dengan kata2..

Tapi jadual kelas untuk semestar ni, memang best!! Namun, setelah masuk minggu kedua, ia tidak seperti yang digambarkan .. rupa rupanya, jadual kelas yang disusun dengan begitu indah, dengan ruang-ruang gap yang sangat luas tidak membantu kami untuk bernafas dengan tenang! Ia tidak seindah yang dibayangkan...

 Mengapa?! ....

hampir setiap minggu kami diwajibkan membuat event. Disaat otak sedang mengalami kecederaan untuk menghadam subjek neuro, ia terpaksa bekerja keras pula untuk menjayakan beberapa projek yang wajib kami selesaikan sebelum tamat semester ini. Hampir setiap minggu kami disibukkan dengan pelbagai event. that's why la jadual kelas tak padat, sebab untuk semester ni, kami lebih diuji dari segi softskills pula..


antara program & projek yang perlu kami lalui sem ini.......

Ke rumah Anak2 Opah Hasnah, Klang .... melawat adik2 ...

Martina, Syafinaz, Opah Hasnah, Biscuit, Hani & Efa .. 
Seterusnya... kami diminta untuk menjayakan satu projek untuk subjek clinical diagnostic lab... about Infectious Disease Awareness.. untuk subjek ni, group sy memilih penyakit typhoid fever . dan kami akan memberikan kesedaran akan bahaya penyakit ini kepada student2 MSU .. kami membuka booth dan menyediakan games mengikut creativity masing-masing untuk menarik perhatian student yang lalu lalang di kawasan ini, dalam masa yg sama, memberikan pengetahuan pada mereka tentang penyakit ini. bagaimana cara penyebarannya? bahayanya kepada manusia? dan kami turut mengajar mereka prevention agar terhindar dari typhoid fever.

Sehari sebelum event
Lepas habis event. lepak kat stage jap!
Projek clinical diagnosis lab ni diadakan pada hari Jumaat. dan keesokannya hari sabtu, ada 'MSU Run For Gaza' pula...

Untuk 'MSU Run For Gaza', saya dan kakak saya tak ikut lari sebab letih untuk projek clinical diagnostic ni tak hilang lagi... so, kami hanya bagi sokongan saja. haha..

Seterusnya.....
saya dan kawan2 menghadiri beberapa siri talk .. Alumni talk, Research project talk, symposium, etc ......
Research Project
Alumni Talk
Program seterusnya adalah.....

Health Science Family Day @ FHLS Festival!!
Pelajar2 FHLS dibahagikan kepada 4 Rumah sukan. Rumah merah, biru, hijau dan kuning..
Pasukan Rumah merah!
Pasukan kami, nampak macam gah! antara bilang pasukan yang paling ramai.. tambah2 warna merah tu menunjukkan keberanian. ada 10 game.. dalam 10 game ni, satu game je kitorang menang! hahaha.. Tahun ni, pasukan rumah kuning menang walaupun bilangan pasukan mereka antara yang paling sikit . tahniah Optometri student!

Saya wakil game Crab ball .. dan kalah ... haha.. 

Kisah seterusnya ....

Neuropharmacology Creative Teaching!! Untuk assesment ni, kami diminta untuk membuat theater tentang ubat.. Berlakon .... group saya dapat tahun Sleeping disorder and anxiety.. dalam kesibukan masing2, kami ambil masa untuk berlatih sehari sebelum perform.. memang kelam kabut sedikit, walaubagaimanapun, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar ... Ini adalah sedikit sedutan persembahan kami!


Last sekali! Mock meeting untuk subjek English for general Purposes.. Then hantar research proposal dan buku log ..

Sekarang... kena hadap final exam pula...

Kepada kawan2 seperjuangan, maafkan saya andai ada terkasar bahasa semasa kita menjayakan projek atau apa2 assignment.. Semoga kita semua dapat menjawab semua soalan final dengan tenang.. InsyaAllah ..

Amiin...