Tuesday, 6 August 2013

Resipi Ikan Stim 3 Rasa

RESIPI IKAN STIM 3 RASA


Bahan-bahan :

Ikan
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Halia
Bunga kantan
Sos Tomato/Cili
Sebiji buah lemon
Buah Tomato 4-5 biji
Gula dan garam secukup rasa


Cara-cara :

Seperti biasa, bersihkan(siang) ikan .. Ikan yang sesuai, ikan siakap, ikan patin, talapia.

Setelah ikan dah bersih, lumurkan dengan garam dan stimkan.

Tumbuk/blend bawang merah, bawang putih, cili merah, dan halia.

Cincang bunga kantan (jangan terlalu halus)

Potong Tomato kecil-kecil

Panaskan minyak di kuali... masukkan bahan-bahan yang telah di blend dan kacau. Tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan bunga kantan yang telah dicincang. Masukkan sos Tomato atau cili dan akhir sekali perahkan lemon.

Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda. :)

Tuangkan air stim ikan tadi dalam kuah yang dimasak di dalam kuali. Masakkan kuah sehingga pekat dan tuangkan kuah ke atas ikan. siap! 
Selamat mencuba!





Sunday, 21 July 2013

Gagal Pecah Masuk Rumah

Assalammualaikum..

dan Hai.. 

Sebelum itu, jika ternampak mana2 perkataan yang di depannya mempunyai simbol ini --> / <-- abaikan sahaja perkataan tersebut.. 

Banyak perkara yang berlaku pada minggu lepas dan salah satunya adalah kejadian tidak diduga .. 

Tarikh : 14 Julai 2013 
Pukul : 3 Petang

Saya bersama kakak saya keluar rumah untuk ke bazar di Stadium Malawati Shah Alam. Kira- kira dalam pukul 3.05 - 3.10 petang .. Sewaktu hendak membuka pintu grill utama rumah, kami menyedari keadaan pintu grill tidak seperti kebiasaannya.. Semasa hendak menolak pintu grill untuk dibuka, pintu grill tersebut berat. Bunyi seretan besi grill dan mozek kedengaran.. kakak terus menolak pintu grill tersebut dan 'prangggg!' pintu grill pun jatuh.. (!-_-) Jatuh nasib x hempap saya.. kami berdua pun terkejut sebab grill ni grill baru.. tak kan dah rosak.. 

kakak : hurm, mungkin berkarat ni..
saya : haih, pelik juga kalau berkarat.. cat masih baru.. 
kakak : so, buat camna ni?..
saya : camna mau sambung balik ni?... (ok, ni mmg soalan bodoh, aku tau -_- ) 
kakak : mau sambung macammana...biar je la dulu di tepi.. 

Oleh kerana pada masa itu, kami berdua hendak cepat, masih banyak assignment dan lab report yang menunggu, kami terus mengunci pintu dan pintu grill tersebut kami biarkan sahaja di tepi.. dan kami dengan selamba badaknya berjalan menuju ke lif.. semangat pegi bazar.. Cis, bukan semangat, kalau datang lambat kang, jalan jem... bila jalan jem, teksi tak nak masuk Prima U1 lagi.. so kena jalan kaki la dibawa panas terik mentari.. so kami dah set akan balik sebelum pukul 4.30 petang.. 

Sekembalinya kami dari bazar, dan tengok pintu grill yang dah rebah, dan tak tau nak buat apa.. dah la dalam rumah tinggal kami berdua je. housemate lain dah balik rumah, al maklumlah cuti hujung minggu, semua balik rumah.. kalaulah sabah tu sebelah je, saya pun nak balik rumah juga.. (T_T) so, kami mengambil keputusan untuk menunggu housemate yang lain pulang ke rumah.. 

Sekitar pukul 9 malam kalau tak silap saya, housemate pun balik rumah.. kakak dah tido, dia penat sangat jalan-jalan di bazar tadi.. hoho.. (kalau kaka baca ni, kompom kena tepak belakang ku.. haha) dan seperti yang di duga, dia sangat sangat sangat terkejut melihat pintu grill yang dah rebah. lalu dia pun bertanya.... "er.. Tina, pintu grill depan tu kenapa?" ....

saya : ha... tadi... masa nak buka pintu grill tu, tiba-tiba pintu tu tercabut. 
Tasha : ow yeke.. orang pecah masuk rumah ke??

saya terdiam sekejap. Orang pecah masuk rumah? hurm.. tak terfikir pula.. masa tu, baru rasa tak sedap hati.

saya : errr ... taaakk tauuu... kenaapa??... 
Tasha : em, ada barang-barang hilang tak??
saya : tak de... napa?.. (geleng kepala)
Tasha : tak... sebab .... nampak macam kesan potong je tu.. 
saya : Ha?? (speechless)

Masa ni saya dan Tasha dalam bilik saya.. so saya tak tahu apa situasi yang sedang berlaku di luar masa tu.. automatik tangan terus capai selendang kemudian lilit dengan tergesa-gesa di kepala dan keluar ke ruang tamu..  sekali tengok punyalah ramai orang dekat luar. ada dekat 10 orang gak la.. dengan berjubah, mungkin baru balik dari terawih.. semua pelajar MSU .. dan mereka semua berada betul-betul depan pintu rumah sambil memerhatikan kesan potongan pintu grill tersebut.. lepas sorang, sorang lagi tengok, lepas sorang, giliran sorang lagi tengok, dan mereka sebenarnya ingin memastikan samada betul atau tidak pagar tersebut dipotong dan kesemua mereka membuat kesimpulan, pintu grill tersebut MEMANG DIPOTONG. 

dengan muka yang blur2 saya pun terus melangkah ke pintu .. 

salah sorang dari mereka bertanya :

mus : pintu ni camna boleh jadi camni?...

dan saya pun ceritakanlah dari A-Z.. 

mus : tau tak yang pagar ni ada kesan potong.. ada kesan minyak.. (sambil tunjuk ke arah potongan)

saya : owh! ye ke?... ( saya pun tengok betul2 kesan potongan tu, dan baru saya perasan yang langsung tak ada kesan karat, petang tadi tak tengok betul2 sebab nak cepat) 

Setelah benar2 pasti pagar tersebut dipotong dan telah berbincang dengan mereka semua, kami pun mengambil keputusan untuk membuat laporan. kakak dan sorang kawan lagi, arina, stay dalam rumah dan beberapa pelajar lelaki menunggu di luar rumah, berjaga.. sementara saya, tasha dan 3 lagi pelajar lelaki turun ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan security. Masa tu, hati betul-betul rasa tak tenteram. Macam macam ada dalam fikiran...

Sampai di bawah, security pun mengambil laporan, kemudian 2 orang security meminta kami membawa mereka ke rumah kami untuk melihat keadaan pintu tersebut. Sampai di rumah, security pun bertanya..

security : ada dengar bunyi bising-bising tak tadi?
saya : tadi tak ada.. tapi sebelum-sebelum ni, selalu je dengar bunyi grill macam kena goncang.. tapi x kuat la.. 
security : owh, tu mungkin bunyi grill dari jiran-jiran sebelah.. tapi xada dengar apa2?..
saya : tadi, xada.. (sambil tengok-tengok keadaan pintu dengan lebih terperinci)
mus : tapi grill ni ada kesan minyak tau! biasanya orang letak minyak supaya xbunyi masa potong.. (saya xarif bab2 begini ni, lelaki lebih arif) 
saya : ha, ni ada kesan cungkil lagi... (ternampak ada kesan cungkit dan skru yang dah tercabut)

then semua sekali tengok.. security buat selamba je tengok. 

Security : masa kejadian, kat rumah ada berapa orang?
saya : dua orang je.. boleh tak saya request nak tengok cctv..?
security : nak tengok boleh, tapi kawasan rumah ni tak ada cctv.. dan kena tahu betul2 masa kejadian ni, tak boleh la main agak-agak je. susah kita nak kesan.
saya : so, tingkat sini, sebelah mana je ada cctv ? dekat lif xde ke?.. 
security : ada.. lif ada.. 
saya : even sini tak ada, kita boleh tengok cctv dekat lif tu, boleh tau siapa yang masuk .. lagipun, laluan masuk ke sini, tak ramai yang guna.. penghuni rumah ni, ngan rumah sebelah tu je.. 

security tu diam seketika sambil merenung keadaan pagar yang sangat menyedihkan.. (T_T) 

security : ok, sekarang awak boleh tahu tak bila masa orang tu datang potong besi ni?
saya : saya jarang tengok luar, lagipun pintu 24 jam bertutup je.. saya tak perasan kalau ada orang datang. tapi saya rasa orang yang buat keja ni mgkin time pagi... or sahur... 
security : susah la nak kesan. kita kena tahu masa.. masa tu.. sebab saya akan round setiap 2 jam kat sini.. saya tak ada nampak orang ke sini pun... 
saya : masa saya tak tahu .. tengkorak ko! ko ingat keja aku duduk depan pintu rumah ni je ke? ko boleh ke pikir logik skit! *ok, yang tu saya cakap dalam hati je la.. 
security : ok .. macam ni, sistem kitorang, setiap 2 jam, kami akan round semua tempat. termasuk tempat ni. tiada tempat yang terkecuali, dan selama kami round, kami tak ada jumpa orang yang mencurigakan.. kawasan sini pun saya round, tapi tak ada pun saya nampak orang dekat sini. 

Masa ni, muka Mus dah berubah.. 
Mus : so, tak kan nak kata yang dorang ni yang potong besi tu?! takkan lah dorang sendiri nak potong pastu buat report?! 
saya : xde keja la nak potong! 
security : kita dah buat round dah .. tiap 2 jam.. 
mus : Dalam masa 2 jam tu, bukannya sekejap.. lama! sempat lagi dorang nak potong tu. 

keadaan sepi seketika.. 

security : ok, macam ni la.. esok akak boleh buat report terus pegi management.. bagitahu pagar dah rosak, dan minta mereka repair kan.. sebab kalau nak biar camni, bahaya ni.. 

saya : (akak??? hello?? rasanya umur ko lagi tua ) ok. (sepatah ja saya jawab dan langsung tak pandang security tu..)

senang je dia cakap camtu.. ok... fine.. dekat pukul 2 pagi security tu pun turun semula ke bawah. 

dan kami masih terus berdiri di luar sambil merenung pagar yang dah rebah.. masing-masing berfikir, apa nak buat malam ni.. nak suruh security jaga kat luar, tak boleh. kami dah mula meragui security ni.. lagipun kami tak kenal since ramai security yang baru masuk. 

beberapa pelajar lelaki dah balik.. tinggal ada beberapa orang je lagi.. so, malam tu, kami pun terpaksa mengeluarkan apa-apa benda yang boleh dijadikan senjata.. besi, batang penyapu dan sebagainya.. 

dan malam itu juga saya hanya tidur2 ayam je walaupun penat. pasang alarm tiap sejam. tudung kat kepala tak buka, in case berlaku apa2, tak la kelam kabut cari tudung dimana. 

esoknya masuk kelas, kepala pening giler.. pandangan berpinar-pinar.. balik kelas, terus buat report kat management.. then, bahagian management terus datang ke rumah untuk tengok.. dan sehari selepas itu, grill pun dipasang semula...

Sebenarnya bukan rumah kami je kena, rumah lain pun kena juga, esp yang duk corner .. 

kemudian, baru teringat, sebelum saya dan kakak keluar pada hari ahad tu, sorang housemate, zehra, keluar dulu.. dia keluar dalam pukul 2 lebih cam tu.. so saya tanya dia, masa dia kluar tu, pintu pagar masih oke lagi ke tak? dia kata oke je. so, bermakna pencuri tu datang selepas zehra keluar.. dalam pukul 2 - 3 petang.. pukul 3 petang tu saya dan kakak keluar.. bermakna, pencuri tu berjaya potong besi dalam masa beberapa puluh minit je. dan apa yang saya perasan, dari permukaan potongan tu, nampak macam ada kesan lebur.. ada kemungkinan pencuri ni guna bahan lebur besi supaya besi mudah dipotong. kemungkinan je la.. *saya bukan conan* 


pastu dapat mesej dari kak senior .. dia pesan suruh hati-hati sebab rumah dorang pun dah kena macam ni. 

dan tadi, masa nak keluar pegi bazar,  ada sebuah kereta polis parking depan pintu masuk lift.. dan bilangan security yang berjaga depan pintu masuk lebih banyak dari kebiasaan.. mungkin ada kes lagi.. 

Kejadian ni memberikan pengajaran pada saya supaya sentiasa alert dengan benda-benda macam ni. Jangan buat selamba badak je kalau nampak sesuatu yang luar dari kebiasaan. Alhamdulillah, pencuri tu tak sempat masuk rumah.. bersyukur sangat pada Allah kerana melindungi saya dan kakak masa tu.. 

till then... panjang juga rupanya aku taip. :P ingat tadi nak bagi pendekkan cerita je.. so, family di Sabah, jangan risau2 k.. Doakan kami sentiasa di lindungi Nya.. InsyaAllah.. 

Assalammualaikum... :)


Thursday, 21 March 2013

Maaf! Saya bukan doktor :)

Assalammualaikum.. /hihi

Lama saya tak update blog apatah lagi datang melawat blog ni.. sekali masuk dashboard, terkejut nampak pageviews.. pastu cek stats post, entry paling diminati ramai adalah entry yang saya buat pasal sim simi hari tu.. haha.. crita yang ntah pa pa pun ramai juga yang view.. apa2pun makase... /blush

latest entry, yang saya update pada bulan januari lepas, then bulan Februari sibuk dengan exam dan 'acara kebaktian' my late grandpa.. dan dikejutkan dengan pencerobohan d LD.. dan sekarang masih ada lagi saki baki penceroboh di sini.. (banyaknya 'dan')

berbalik kepada tajuk

Ada ramai kawan2 saya yang tanya dan keliru dengan medical lab course dan doctor of medicine.. bila jumpa kawan2 dimana-mana je, soalan wajib dari mereka adalah,

Kawan : dah habis study?
Saya : Dah.. baru je habis...
Kawan : Wah, dah jadi doktor la skg?..
Saya : -_-

Umur saya baru 21 tahun.. ada ke di Malaysia ni doktor umur 21 tahun?.. hehe setakat ni, doktor paling muda pun dalam lingkungan umur 25-26 tahun camtu la lebih kurang. Itupun sebab mereka dapat keputusan cemerlang PTS then terus lompat darjah.. Pastu masuk matrikulasi..

So, pencerahan mengenai bidang yang saya ambil sekarang ni.. Diploma makmal perubatan supaya kawan2 semua tidak keliru lagi.

Tugas2 MLT ataupun medical lab ni lebih kepada mengkaji atau menyelidik penyakit dan seterusnya membantu dalam pendiagnosan, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan kaedah penyembuhan. Dalam erti kata lain, MLT akan membantu para doktor untuk menentukan jenis penyakit. MLT hanya akan berada di dalam makmal dan tidak akan masuk ke dalam wad. (kalau masuk dalam wad pun, biasanya untuk mengendalikan mesin2 yang ada di wad). Selain itu, kerjaya ini juga membantu dalam kerja2 pembedahan mayat yang berkaitan undang2..

MLT akan berada di dalam makmal untuk menjalankan analisis-analisis makmal untuk menghasilkan keputusan yang tepat yang dapat membantu doktor dalam membuat sesuatu diagnosis. Kebanyakan pesakit tidak dapat membezakan antara doktor dan MLT sebab di Malaysia ni, kami menggunakan labcoat/whitecoat yang hampir sama..

Pernah time saya praktikal dulu, pesakit yang datang ke makmal untuk melakukan ujian glukosa memanggil saya doktor, dan saya memberitahu pesakit tersebut, saya bukan doktor, saya adalah student MLT. Makcik tu sedikit confius. Lepas saya bagitahu beza antara doktor dan MLT ni, barulah dia nampak faham. Bukan apa, kerjaya MLT memang tenggelam dan jarang orang tahu sebab mereka menyangka semua pekerja hospital yang memakai Jubah Putih ataupun labcoat/whitecoat ini adalah doktor. Jika dibiarkan, lama kelamaan generasi yang akan datang sama sekali tidak tahu akan kewujudan bidang ini dan bidang ini akhirnya akan dipandang sepi. sedihkan ...

Contoh2 ujian yang selalu dilakukan oleh MLT..

Ada patient yang perlukan transfusi darah, so, MLT akan buat GXM (cross-match) untuk menentukan samada darah penderma ni sesuai dengan darah penerima atau tidak. MLT juga akan menjalankan ujian saringan HIV, Hepatitis dan lain2 ujian lagi untuk memastikan darah penderma selamat digunakan.

Sekiranya pesakit mengalami jangkitan, spesimen akan diambil dan dikultur atas media agar. Kemudian, keesokannya, MLT akan melihat jenis bakteria apa yang hadir dan akan melakukan sensitiviti antibiotik keatas bakteria tersebut atas pengesahan pegawai sains. Dengan keputusan sensitiviti antibiotik itu nanti, barulah kita akan tahu jenis antibiotik yang manakah sesuai diberikan kepada pesakit.

Dan ada banyak lagi ujian-ujian yang akan dijalankan oleh MLT.

Program ini saya ambil di PTPL Sabah sebab masa saya register dulu, satu-satunya program MLT yang diiktiraf MQA yang ditawarkan di sabah hanya di PTPL Sabah sahaja. Dan masa tu memang tidak terfikirpun hendak cont. study luar dari Sabah sebab tidak mahu berjauhan dengan keluarga, pernah sekali kena hantar praktikal di Labuan, memang nangis juga la.. haha.. nasib 5 bulan je..

Subjek yang akan dipelajari dalam program ini adalah Microbiolgy, applied science, biochemistry, human genetic n general biology, anatomy n physiology, immun n serology, Parasitology, pathology, cytology, Histology dan lain2.. Microbiology study pasal bakteria2.. applied science ni lebih kurang cam kimia dan kena hafal periodic table .. biochemistry study pasal molekul2 dalam badan manusia, human genetic study pasal DNA RNA semua.. anatomy pasal tubuh manusia, Immunology study pasal sistem imun badan, parasitologi study pasal cacing2 yang slalu masuk badan manusia, kutu2 dan apa jua spesis haiwan yang suka menumpang dalam atau luar badan manusia tanpa kebenaran.. :P pathology pasal penyakit2 dan lebih kepada forensik, cytology dan histology kaji pasal sel-sel manusia.. sel-sel kanser dan sebagainya..

Soalan yang sering ditanya oleh Junior, antara banyak2 subjek tu, subjek mana paling mencabar?... saya rasa.... yang sangat2 dan paling mencabar adalah subjek .... rasanya macam semua sekali mencabar dan pernah sampai satu tahap saya rasa give up, rasa macam mau stop belajar.. stress.. tapi bila baca balik sejarah2 dan kejayaan ramai orang di dunia ni, barulah semangat tu datang balik. Selama 3 tahun ni, entah berapa kali saya tertido atas meja dengan berbantalkan buku, makan sambil menulis, jalan kadang2 rasa macam xpijak tanah.. mata jgn cakap la, memang serupa panda .. fuh! tapi tak juga dapat 4flat! bahahaa.. /sweat

so, perancangan lepas ni.... sekarang sedang berada dalam dilema sama ada hendak cont. in biomedical science(science officer) atau MBBS-bach. in medical n bach in surgery(medical officer) .. MBBS, bidang ni saya minat cuma masalahnya saya xkuat semangat untuk surgery.. huhu.. sedangkan ambil darah orang pun rasa xsanggup apatah lagi baby, inikan pula bab2 memotong dan menjahit. (sadisnya ayat).. Biomedic, yang ni kira bole terima sebab bidang ni pun xjauh beza dengan makmal. dan yang bestnya kalau saya ambil biomedic, boleh transfer credit, so cepat habis study, usia pun masih muda.. *(^_^) wee wee.. kalau ambil MBBS, xboleh transfer credit hour, dan dijangka tamat belajar pada umur 27 tahun! huuu... sedihnya . (-_-)

Oklah! harap2 entry ni dapat beri pencerahan pada kawan2 yang selalu keliru dengan medical lab dan medical officer.. dan juga dapat beri manfaat pada adik2 yang bakal mengambil result SPM esok tentang program MLT ni..


till then.. Assalammualaikum.. /bye

Monday, 4 February 2013

On Call


Assalammualaikum.. /hihi

kring! kring! On Call Time!! 



MLT MLT kami datang...
Membantu pesakit yang dalam kesusahan..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama semua jadi mudah.... 
Yeaahhh MLT!!

ok, sorry wonderpets, saya curi lagu tema korang.. hehe.. entry ni sebenarnya dah lama tersimpan sebagai draft.. 

Masa buat praktikum dulu, saya banyak buat on call sebab banyak ambil cuti.. hehehe.. tapi bukan ambil cuti saja-saja tau.. ambil cuti sebab terlibat dengan lawatan ke MSU, then ambil cuti awal time raya sebab nak urus thesis, dan balik masuk praktikum lewat beberapa hari atas urusan yang tidak dapat dielakkan(yg ni alassan). So, terpaksalah top up kembali hari2 cuti dengan merajinkan diri membuat oncall.. 



Hospital Labuan memang menggalakkan student ikut On Call untuk mendedahkan student kepada suasana on call yang sebenar TETAPI atas pantauan MLT. First time ikut on call pada mggu pertama saya praktikum bersama Kak CTN.. lepas je 4.30 petang, bermulalah on call time kami. Tapi time petang, sample tak banyak sangat.. Suasana Lab jadi sangat sunyi sebab hanya kami berdua je yang ada. 

tengah run pt ptt inr.. 

Tini run FBC.. 

Saya tanya kak CTN, kalau xada student yang on call, so biasanya siapa yang akan temankan dia malam2 di sana?.. Kak CTN kata, kadang2 dia sorang2 je dalam lab, kadang2 dia bawa anak dan husband dia sekali sebab husband dia pun keja sana as MA. Seramnyalah kalau sorang2 dalam lab, esp di blood bank.. dikelilingi dengan darah.. dan kalau yang belum kahwin pula, biasanya mereka akan bawa kawan2 lain untuk temankan. 

First day on call tu, start pukul 6 petang, spesimen pesakit dah mula datang serbu dari wad 1 hingga 4.. since baru seminggu masuk praktikum, saya belum mahir run machine untuk biochemistry.. So, saya run U Feme,  Pregnancy Test, Full Blood Count dan cek bilirubin baby je.. lain2 test, kak CTN yang buat.. tapi setiap result yang abnormal, saya akan refer pada kak CTN dulu before despatch. Malam tu, memang sample dan call datang silih berganti sampailah pukul 11 lebih.. sangat meriah.. :P then dekat pukul 12 saya dan kak CTN pun rehat.. kami tido2 ayam je la sebab takut ada call nanti, tak sedar bunyi fon. Pukul 2 pagi, call masuk .. tandanya ada spesimen yang bakal datang lah tu.. kami pun tengok meja tempat spesimen, yes! memang penuh.. huhu.. dalam pukul 4 camtu, semua dah settle, kami pun rehat dan tak sedar rupanya dah subuh.. 

Amat penat.. nasib baiklah xada yang perlu urgent masa tu. The next on call, Tini, Tiqa dan Momoi ikut sekali. Kira ramai la juga, so kalau spesimen banyak pun xkisah.. First day masuk on call, alhamdulillah.. tiada sebarang gangguan berlaku.. 


The next on call, masa tu ada sorang student masterskill yang bersama-sama menjalani praktikum di sana, so dia pun ikut oncall juga la sekali.. Lima orang student dan seorang MLT.. oleh kerana time petang saya run machine di biochemistry, so lepas maghrib tu, baru dapat mandi.. Kak CTN, Tini, Momoi dan student masterskill, kami panggil Alai.. mereka berempat berada di Blood Bank. Saya minta Tiqa temankan saya untuk mandi. Dia tunggu luar toilet je la sebab luar toilet tu ada kerusi dan boleh tengok tv gak.. Selesai je mandi, saya kemas semua shampoo dan sabun, masuk dalam bakul plastik then, pakai tudung balik. Masa nak pakai tudung tu tiba2 blackout dan toilet tu totally GELAP. Saya terus pin tudung cepat-cepat dan cari tombol pintu dan keluar.. Cis! time2 saya dalam toilet pula letrik ni putus. Dalam kegelapan tu, saya panggil tiqa.. Tiqa macam relax je .. Pastu Tini datang... Tanya kami okey ke tak.. saya kata, kami ok je. Pastu dengar dorang ketawa, saya pun rasa pelik.. apa yang kelakar?.. tak lama lepas tu, letrik ada balik. Pastu saya dan tiqa dataang tempat dorang, then dorang kata saya penakut sebab saya jerit time blackout tadi.. and I was like... hurm~~ bila masa saya jerit?.. Masa blackout tadi, memang terkejut tapi langsung tak jerit.. saya pun bagitau yang saya tak jerit. Kalau saya jerit, mesti tiqa dengar sebab dia bersama saya masa tu. Masalahnya, Tiqa sendiri pun tak dengar saya jerit. Time tu masing2 dah rasa semacam. jeng~jeng~jeng~~ so kami assume yang jeritan tadi tu mungkin nurse or patient wad sebelah... even dorang kata suara jeritan tu seperti suara saya.. (''-_-) bila ingat balik, mungkin saya dan Tini ada terganggu something time petang2 tu.. Rasanya kami ada buat bising di pantry hujung block.. mula2 tini sembunyi dekat sudut sebelum sampai pantry, bila saya lalu dekat dia, dia terus jerit untuk buat saya terkejut dan saya memang terkejut bercampur geram dengan dia so kami pun berbalas balas idea untuk mengenakan satu sama lain.. 


The next oncall pula, saya demam selsema.. so Kak CTN tak bagi saya pegang spesimen dan buat kerja langsung.. kena suruh rehat je sementara ubat sampai.. Ceh, demandkan.. Siap tunggu ubat kena hantar even farmasi sebelah je.. ahaha.. tak lama lepas tu, ada sorang nurse yang hantar spesimen bawakan ubat sekali sebab kak CTN dah call nurse tu untuk ambilkan ubat sebelum hantar spesimen ke lab. Lepas je makan ubat malam tu, terus tido, sedar2 je dah subuh.. langsung tak terbangun. selsema pun dah sembuh... terbaik la ubat tu.. ntah apa nama ubat tu.. selalu kalau saya demam selsema, lambat nak sembuh.. kali ni, sekali makan je dah sembuh..  

Apa yang paling mencabar bila on call? ..
Bila ada banyak spesimen dan semuanya Urgent. Lepas tu, setiap minit doctor keep calling, sudah siap ke belum.. sudah siap ke belum... sudah siap ke belum... 

Apa yang paling menyeramkan bila On Call...?
Blackout dan time tu kita berseorangan.. 

Apa yang paling menyakitkan hati bila on call?..
Reagen habis dan kena masukkan reagen baru. 

Apa yang boleh mendatangkan stress time on call?
Bila IC patient salah dan maklumat patient kurang. then call wad, xda orang angkat.. 

Apa yang best tentang on call?...
yang bestnya time on call, bila elaun masuk.. hihi..

Till then.. toodles for now.. /bye


Sunday, 3 February 2013

Sunset tercantik di Sabah

Assalammualaikum ...
Petang tadi keluar jalan2 dengan family bawa budak budak tengok pantai dan sunset. Excited gila Danish dan Hanif bila nampak pantai. Selalunya bawa dorang jalan jalan ke Tanjung Lipat atau Tanjung Aru.. kali ni bawa mereka ke Pantai Beringis pula.
Setelah perbandingan dibuat keatas ketiga tiga pantai, ( Tanjung Aru, Tanjung Lipat dan Pantai Beringis) sunset di Pantai Beringis adalah yang sangat cantik..
Jom tengok sunset Pantai Beringis ... cantik.. (p/s : sorry kalau entry ni agak berterabur sbb update xpakai laptop, gini la rupanya.. hehe.. )


Monday, 14 January 2013

Cerita Sedih dan Gembira Permulaan Tahun 2013

Assalammualaikum.. /hihi

Tahun 2013 saya bermula dengan kesedihan bila kucing kesayangan saya selama ini telah mati pada 2 Januari, pukul 5.45 petang di hadapan mata saya.. :'( Sedih yang amat... selepas 10 tahun kami bersama.. makan bersama (tapi pinggan lain2 lah kan.. agak2 la) tido bersama.. main kejar2 bersama.. kalau saya belajar, dia pun ikut belajar sama.. tengok TV sama-sama.. sedih.. sedih.. :'( 

sedang tido
Satu2nya kucing kesayangan saya selepas si Bunga telah pergi 3 tahun yang lalu... dia dah jadi sebahagian dari keluarga kami, kehilangan dia memang terasa sangat.


tak dapat diselamatkan. :(
Puci mati macam tido sampai saya tanya daddy lagi, "Daddy puci dah mati ke ni?.. " pastu tengok mata dia dah kabur keruh.. tak berkilat lagi.. anak matanya pun dah membesar.. tengok capillary blood di telinga dia pun jadi biru semua.. tak ada lagi warna merah. tak bernafas lagi. 

baru saja menghembuskan nafas terakhir
walaupun sedih, tapi saya tak nangis langsung masa tu. Saya tabahkan diri ja. huhu.. then adik lelaki saya gali kubur untuk Puci. Masa kubur Puci digali, saya terus bersama di sisi Puci sambil usap2 bulu dia buat kali terakhir.. :'(

Barang peninggalan Puci.
Makanan Puci saya beri pada kawan2 nya yang selalu datang rumah. Masa Puci dah mati ada seekor rakannya datang untuk tengok Puci kali terakhir. Kesian. Dulu masa Puci sihat, dorang selalu jalan2 bersama setiap petang. Tapi kawan dia ni penakut sikit. huhu.. Aksesori Puci yang lain saya simpan satu tempat. 


my lil bro tolong gali kubur untuk Puci
then saya dan abang ipar angkat Puci dan masukkan ke dalam kubur. Abang ipar angkat badan dan saya angkat bahagian kepalanya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Saya redha dengan pemergian Puci. Saya ambil segenggam tanah dan masukkan ke dalam kubur Puci sedikit demi sedikit sampailah menutupi seluruh badannya. Kemudian barulah adik saya masukkan keseluruhan tanah.. 

:(

seisi keluarga sedih dengan pemergian Puci.. 

Selepas kematian Puci terasa sangat sunyi sebab tiada lagi dengar kucing meow2 tiap pagi dan malam. Beberapa hari kemudian, kesedihan saya berubah ceria apabila mendapat panggilan untuk temuduga kerja. Semasa temuduga, tekak pula masalah, suara tak keluar jelas sebab selsema dan batuk. Tapi Alhamdulillah, saya lulus juga interview dan diterima bekerja. 

Allah Maha Adil.. 
Allah Maha Adil di dalam percaturanNya mentadbir alam.. Allah sayangkan hambaNya sebab itulah di dalam 99 nama Allah S.W.T ada namaNya Ar Rahim yang membawa maksud 'Penyayang'. Allah tidak akan menguji lebih daripada kemampuan hambaNya kerana Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hambaNya menghadapi ujian dan dugaan daripadaNya.. 

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi yang cantik"
Assalammualaikum.. /bye

Tuesday, 1 January 2013

Mengimbas kembali Martina Farirah pada tahun 2012

Assalammualaikum /hihi dan selamat sejahtera kawan-kawan semua..

Apa khabar?? Sihat?.. kalau sihat, Alhamdulillah.. kalau sakit, xpa.. kifarahkan dosa-dosa lepas. hehe.. Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012.. Sedar tak sedar, banyak perkara yang telah kita semua lalui.. segala kenangan manis pahit.. antara tahun2 yang sudah, tahun ini adalah tahun yang amat mencabar bagi saya. so, entry kali ini, saya akan mengimbas kembali kenangan pahit manis saya dari awal tahun sehingga hari ini........

mengimbas kembali diari lama
Pada awal tahun 2012, Alhamdulillah, exam final untuk semester 5 tamat dan seterusnya saya fokus untuk tesis saya. Berperang bersama tesis hampir setengah tahun disamping berhadapan dengan Latihan Industri di Hospital Labuan. Namun segalanya terbalas. Syukur ya Allah.

Buku log, Thesis, Standart Operation Procedure, Punch card, Oncall statement. 
Start praktikal pada bulan Mei, so saya ada masa rehat hampir 2 bulan lebih untuk buat research tentang thesis. Pada masa ni, baru kenal erti rehat selepas berperang dengan buku, assignment, amali, kuiz dan exam sejak tahun 2009.

Beberapa bulan lepas tu, saya menyertai program 'Puteri Koprat Sabah 2012', but then tarik diri pada saringan pertama atas sebab-sebab tertentu. 
Zamieya, Refkha, Martina, Angel, Asha Putri Koprat Sabah Ver 1.
Dan tahun ini juga, saya berpeluang bertemu dengan beberapa warga Bestweh & FOM di Giant Prima Saujana. Terima kasih sangat2 Alya, Nil Faizal, Kucai dan Pembantu Dibantu Membantu kerana sudi meluangkan masa.. Minta maaf sebab tak dapat jumpa yang lain, Jo, Muzz, Zul, Hazz.. InsyaAllah, ada rezeki kita bertemu juga nanti. Tina dalam perjalanan dari Melaka ke Kajang, Kucai merancang pertemuan kami semua dan set kat Giant Prima Saujana. Tina sampai awal sebab kucai dan yang lain2 baru pulang dari keja, so Tina pun jan jalan dalam Giant dulu. Pastu, Tina nampak Nil dari jauh, tapi tak berani tegur, takut salah orang pula. haha. Then Tina mesej Lya, tapi Lya tengah driving masa tu. Tak lama kemudian, Lya pun sampai. Dan Lya adalah orang pertama yang Tina jumpa. Pastu, Lya bawa jumpa Ain(adik Lya) dan kenalkan ngan Tina. Seronok dapat jumpa Lya. ^_^ .. Pastu kami gerak ke satu kedai minum, xingat dah nama kedai tu... Nil sedang menunggu.. tak lama lepas tu, kucai dan PDM pun sampai... kitorang borak2, minum then bersurai. perwatakan masing2 sama mcm dunia maya dan realiti, Tina dan Lya asyik kena bahan oleh mereka bertiga. ('-_-) sabo je la. Apa2pun, thanks Kucai sebab belanja kitorang.. Tahniah buat Kak Dyla&PP, Zulfaqar Efairy dan Pembantu Dibantu Membantu yang telah Diijab kabulkan pada tahun 2012. Tahun 2013, siapa pula?.. hehe

FOM Bestweh Team
Pada tahun 2012 juga, saya berpeluang melawat MSU (Managment & Science University Shah Alam), mengikuti program mentor-mentee kolej untuk pelajar tahun akhir.

pintu masuk utama MSU
dengan muka yang penuh slamba (sebab xpakai ID, kami redah je masuk, buat2 xnampak security) ahaha..

Saat yang paling menyedihkan untuk tahun 2012 adalah semasa saya dihantar ke Labuan untuk praktikal. Sedih sangat.. dan buat kali pertamanya saya belajar hidup berdikari dan tinggal di rumah sewa bersama kawan2. Masih ingat time my parents mau balik KK, rasa betul2 sedih sampai nangis2. haha.. cenggeng! dan rasa rindu sangat pada parents pada minggu pertama di Labuan. Sebelum tido, buka netbook --> tengok pic family --> nangis --> tidur dengan air mata. Tiap hari, setiap masa message ngan mammy.. time petang je, mesti daddy call. macam tu la keadaannya tiap2 hari.

Apa yang membuat saya untuk terus tabah, bila saya membaca buku yang bertajuk Siti Hajar Citra Cinta dan Pengorbanan, pengarang Nurasyikin Ahmad. Sesiapa yang sudah membaca buku ni pasti tahu mengapa. Buku ni memberikan motivasi pada saya untuk cuba jadi cekal, tabah dan kuat semangat. 
RM 14 semenanjung
RM 16 Sabah/Sarawak
Pada tahun ini juga saya belajar beli tiket flight sendiri dan naik flight sendiri, oleh itu dengan muka tak tahu malu, saya akan bertanya apa yang saya tak tahu pada sesiapa saja yang muka dia nampak baik.. haha.. :P oleh kerana Air Asia tidak menyediakan perkhidmatan penerbangan Labuan ke KK, so saya ikut MAS. Awal pagi lagi datang airport, walhal flight pukul 9 am. haha. pastu duduk betul2 depan skrin mengumuman tu. hik..hik.. /sweat 

`
balik kampung~ oh oh oh Balik kampung~
urmmm~~ apa lagi yang jadi pada tahun 2012 ea... /hmm .. oh ya! masa puasa pun paling sedih juga. Buka puasa dengan kawan tanpa keluarga. sedih2x.. last day fasting baru dapat berbuka bersama keluarga. Pada pertengahan bulan puasa tu, saya masih ingat, angin kencang start pada pukul 2 pagi. Boleh dengar dengan jelas bunyi angin dan pokok2 yang bergoyang ditiup angin. Tambah2 lagi kilat pancar memancar. Bunyi guruh berdentum-dentum di langit. Malam tu, memang tak dapat tido. Setengah jam saya terjaga dan pada pukul 2 setengah pagi, saya dengar satu letupan yang amat kuat. Letupan tu boleh dirasa walaupun homestay tempat kami tnggal 100% batu. Boleh dengar gegaran grill pada tingkap dan pintu bilik seperti ditolak dari luar. Gegaran dapat dirasa selama beberapa saat. Lepas tu senyap dan terdengar pula bunyi ambulans. Masa tu dah mula rasa tak sedap hati. Semakin lama, bunyi siren tu semakin banyak. mungkin yang lain siren bomba atau polis. Keesokannya, saya tanya kawan2 sebilik, mereka semua perasan pasal kejadian pelik semalam. dan kami tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku. pada pukul 7 pagi, sekali lagi bunyi letupan dan gegaran dirasai. Dalam hati tidak putus2 berdoa.

Sampai2 je di Hospital, kawasan landing helikopter bersih tanpa sebarang kereta. Kami pun masuk dan punch card seperti biasa, waktu masuk, terserempak dengan Sir Faizal, dan kami diminta bersedia untuk emergency briefing. rupanya kapal tangki metanol telah disambar kilat semasa ribut semalam. 20 mangsa. yang saya ingat ada 5 mangsa meninggal. 

Terus saya terfikir, yang ini baru rasa tangki metanol meletup.. bagaimanalah saudara kita yang setiap hari mendengar bunyi letupan2 peluru dan jet2 di Gaza.. tidur memang tidak akan pernah lena. :( 

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Sungguh banyak perubahan drastik yang berlaku pada tahun 2012 untuk saya dan semua ini mematangkan saya dan membuka mata saya untuk melangkah ke arah yang lebih baik, InsyaAllah... Pada tahun 2012 ini saya telahpun menamatkan diploma saya, saya ditemukan dengan insan yang baik, saya sudah pandai berdikari sendiri (rasanyalah), dan yang paling penting, saya mula nampak AIM (bukan Anugerah Industri Musik) tapi tujuan hidup saya. 

Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup saya pada tahun 2012, tapi biarlah sebahagian itu menjadi rahsia dahulu until de rite time. :) 

so, penat baca?.. hehe.. agak panjang entry kali ini.. 

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakan-rakan saya yang saya sayangi. Terima kasih sangat2 pada anda semua kerana menjadi sahabat yang baik, setia dan sering mewarnai tahun 2012 saya dengan begitu indah. Semoga pada tahun ini, kita akan menjadi lebih baik dari sebelum ini. 

Ok. Till then. 
Assalammualaikum.. /bye