Monday, 24 December 2012

Penghargaan buat Kolej PTPL Sabah


Assalammualaikum.  /hihi

Alhamdulillah.. Pada 12 November 2012(Isnin), keputusan peperiksaan akhir telah di keluarkan. Hati dan perasaan amat berdebar-debar. Oleh kerana pada hari Isnin dan Selasa saya tidak free, so, terpaksalah ambil result pada hari Rabu.. Kalau diikutkan, saya hanya dapat free hari khamis, tapi memandangkan hari Khamis adalah cuti umum, terpaksalah juga melajukan langkah mengambil result pada hari Rabu. /blur

Sampai di exam department, penuh kerusi dengan student2 yang juga ingin mengambil result. Disamping itu, ada juga terserempak dengan beberapa junior, tapi sempat hi hi bye bye je ngan dorang kerana masa mencemburui. Saya cuba seawal yang mungkin untuk menyelesaikan segala urusan di kolej. Minta maaf sangat2 ya kalau ada yang saya ‘terselisih’ tapi tidak tegur.

Selepas terima result, barulah hati rasa tenang. Rasa bersyukur sangat2 bila tengok result. Terbalas segala kepenatan, pengorbanan, kesakitan dan segalanya. Syukur sangat2 pada Allah. Niat di hati mau jumpa mentor selaku ibu angkat saya di kolej (Ms Marliana) dan penyelia tesis saya (Ms Misah) sebelum balik, tapi tidak sempat jumpa.. huhu..

Selepas ambil result, kena uruskan completion of program dan urus refund, dengan keadaan complex KWSP yang sedang diubahsuai pada waktu itu, saya tidak tahu di mana laluan-laluan selamat untuk orang awam, main redah je masuk tempat-tempat yang dah dipagar asalkan sampai di tempat yang dituju. Hehe.. minta maaf la pada pekerja2 yang terganggu.

Dengan penyerahan completion of program form maka berakhirlah sudah urusan saya di kolej. :) Rasa macam baru semalam saya mendaftar masuk, sekejap je masa berlalu. Banyak yang saya dapat selama 3 tahun berada di PTPL.

Terima kasih Daddy yang sentiasa menghantar dan mengambil saya pergi dan balik kolej setiap hari. My dad is my inspiration.. Setiap pagi dalam perjalanan ke kolej, tidak pernah ada masa yang terluang begitu saja, mesti akan ada kata-kata motivasi dan nasihat dari daddy. Pulang dari kolej, masuk je dalam kereta, daddy akan tanya apa yang berlaku di kolej dan bertanya jika ada masalah dan begitulah setiap hari.

Terima kasih Mammy yang selalu siapkan segala keperluan saya. Makan minum pakai saya (walaupun dah besar2 camni :P ) masak sedap2 dan bagi makanan yang berkhasiat untuk kesihatan saya. tolong masukkan baju2 saya dalam washing machine kalau saya sibuk. huhu.. sangat memahami.



Terima kasih kepada semua semua semua lecturer yang telah banyak berjasa dalam mendidik saya juga rakan2. Kepada Miss Syleenthina(mentor), Miss Marliana(mentor), Ms June, Ms Lydia, Ms Fauziah, Ms Erma, Ms Evy, Sir Zaidy, Ms Lulu, Ms Sano, Ms Faizah, Sir Azam, Ms Christeyanti, Ms Haizun, Ms Cherry, Sir Ofel, Sir Anthony, Sir Mahdi, Sir Yusuf, Sir Farid, Sir Marcel, Ms Fisah, Ms Misah(penyelia thesis saya) dan semua lecturer School of Health PTPL..

P/S : kalau nak ucap tahniah, jangan lupa ucapkan tahniah juga pada semua lecturer2 dan ibu bapa saya kerana mereka telah berjaya dengan cemerlang mendidik saya :')

tidak lupa juga thanks buat MLT, Ms Tracy, Ms Elisha dan Sir Steve, tanpa MLT2, mesti kami tidak dapat melakukan amali dengan baik.

Thank u exam department, mentor PTPL for de card :)

Terima kasih buat Ms Bety yang telah  memperkenalkan dan mengajak saya untuk menyertai Pembimbing Rakan Kampus(PRK).. yang banyak mengajar dan mendidik dalam ilmu2 keagamaan. memberikan peluang dan kepercayaan pada saya untuk mengendalikan program2 kelab.

semasa Karnival Cinta Rasulullah..
Terima kasih kepada Kolej PTPL Sabah - MSU - Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid kerana telah memberikan diskaun 50% yuran pengajian saya. :)

Terima kasih kepada library department, acc department, exam department..  Istana Kristal dan kedai runcit d ground floor, restoren Tok Mi.. haha.. :D

dan akhir sekali.. tidak dilupa..

Terima kasih juga kepada google kerana memudahkan copy paste. /wahaha


last one! Terima kasih untuk student DRG Diploma Reka bentuk Grafik kerana telah mengedit pic ni sampai parut jerawat pun hilang. muka sy sebenarnya tidaklah selicin begitu. hehehee.. P/S : PTPL Sabah telah menawarkan Diploma Reka Bentuk Grafik pada tahun 2010. 

Tamat untuk ucapan terima kasih. /bye


Sunday, 16 December 2012

Resepi Kek Batik

Assalammualaikum... /hihi



Pada entry kali ni, saya akan kongsikan Resepi Kek Batik. :)

Bahan-bahan:
Bahan-bahannya..

Coklat emulsi

Segelas air


1 plastik biskut marie.
1 pek milo yang paling kecil tu. 
1 tin susu pekat.
3 sudu makan planta atau butter.
1 sudu kecil coklat emulsi.
1 gelas air.

Cara-cara :

1. Cairkan planta/butter.














2. Setelah planta/butter dah cair, masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.














3. Kemudian, masukkan milo sedikit demi sedikit dan segelas air. Gaul sebatikan sehinggalah milo cair dan tidak berketul-ketul.














4. Masukkan coklat emulsi.
5. Masukkan roti yang telah dipatah-patahkan. Kemudian gaul sehingga sebati.
gaul sehingga sebati
Roti yang telah dipatahkan
















6. Pindahkan adunan(betul ke adunan) ke bekas yang baru.

Gunakan plastik untuk tekan adunan supaya tidak melekat.
Setelah permukaan adunan rata, masukkan ke dalam peti sejuk.
































Bila dah sejuk, ia akan menjadi separa keras dan mudah untuk dipotong kerana tidak melekat. Kalau gunakan milo, xpayah masukkan coklat emulsi pun boleh, tapi kalau gunakan serbuk koko, kena gunakan coklat emulsi supaya xrasa pahit koko. Selain serbuk koko, serbuk coklat pun boleh digunakan. 

Lagi cantik kalau taburkan biji bijan atas permukaan kek sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, tapi saya tak suka makan bijan. ehee..

Selamat Mencuba kawan2! :)

P/S : kawan2 yang ada resepi best2 boleh la share2 kat Facebook DF ..k. :)

Assalammualaikum.. /bye

Friday, 14 December 2012

Warkah Buat Sahabat-sahabatku.


Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.
Sahabat berenam.. (Sabak Bernam) hehe
Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.

Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Are you still remember our silly pictures in your laptop? I've mine too and it just makes me wet in tears. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."
 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.
Bangunan ni KAMI YANG PEGANG! hehe.. buk pangai~~
Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.
Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.
sedang binggung cari tempat simpan block tisu dalam lab patologi
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.
Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan untuk senyapmu itu. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.
Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.
Muka penat, kesejukan, mengantuk ..oncall tetap bersama. 
Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

Yang ikhlas,
-sahabat lama mu-

source,

Tuesday, 11 December 2012

Kisah Praktikal (Makmal Mikrobiologi)

Assalammualaikum... /hihi

Makmal Mikrobiologi.. Masa first day masuk sini, terus sakit. Demam dan selsema kerana imun tidak kuat melawan bakteria-bakteria yang ada dalam tu ataupun badan terkejut dengan suasana baru. Semasa berada di dalam makmal ni, saya tidak akan tanggalkan glove. Lab ni adalah lab yang sedikit bahaya berbanding lab lain kerana terdapat pelbagai jenis bakteria di dalamnya. /blur

Di sini, kita boleh jumpa pelbagai jenis spesimen, swab mata, hidung, mulut, spesimen tisu, tulang, darah, urine, feses dan banyak lagi, dan setiap spesimen yang sampai tu PASTI mempunyai bakteria tertentu. Oleh itu, semasa kendalikan spesimen, perlu berhati hati.

sterile swab


cara pengambilan swab bahagian mata


Spesimen yang sampai akan dikultur pada plat agar yang sesuai untuk melihat pertumbuhan bakteria selama 24 jam.


dan keesokkan harinya.......
morfologi pertumbuhan bakteria akan diperhatikan bagi memastikan jenis bakteria. Setelah ujian2 biokimia dijalankan ke atas bakteria ini dan identitinya sudah dikenali, barulah ujian sensitiviti antibiotik akan dijalankan.




Ujian sensitiviti antibiotik ini dilakukan mengikut jenis2 antibiotik yang sesuai dan akan dieram lagi semalam dan kita hanya dapat tahu keputusannya pada keesokan hari.

Penat? urm, di makmal ni, ada masanya dapat duk relax, ada masanya xmenang tangan. Time saya masuk sini , minggu pertama sangat best sebab tak banyak spesimen. Minggu ke dua pula, tak menang tangan sebab terlalu banyak spesimen. Satu pesakit je, ada lebih kurang 10 jenis spesimen datang sekali. Tapi lagi banyak kita terima spesimen, lagi banyak kita dapat belajar, sebab cara pengkulturan sesuatu spesimen tu berbeza beza. Beruntung mereka yang dapat praktikal di HQE, Tawau..  sebab di sana lebih banyak jenis spesimen yang akan dijumpai. Satu spesimen yang jarang dan sukar di temui di Path Lab Labuan ada CSF(cerebrospinal Fluid) sample.

Cara paling senang untuk mengambarkan bagaimana makmal ini bekerja..

1. Seorang pesakit datang ke hospital mengadu sakit mata
2. Dengan menggunakan swab steril, mukus/cecair pada bahagian mata akan diambil
3. Swab yang mempunyai mukus/cecair tadi akan dihantar ke makmal mikrobiologi
4. Swab tadi akan dikultur pada media agar yang sesuia untuk membenarkan bakteria dari mata tadi tumbuh.
5. Bakteria yang tumbuh akan dikenal pasti
6. Apabila bakteria sudah dkenalpasti, ujian senstiviti antibiotik akan dilakukan.
7. Report akhir yang keluar akan memberitahu antibiotik yang sesuai untuk menentang bakteria
Selesai! Lebih kurang macam tu la jalan kerja dia. :)

cara untuk mengenalpasti jenis bakteria
1. Melakukan staining (pewarnaan)
2. Melakukan ujian2 biokimia
3. Menggunakan kit khas (terbaru)

Rasanya, itu je untuk entry kali ni, jumpa di entry yang seterusnya... /bye

Monday, 10 December 2012

Kisah Praktikal ( Immunoassay & Biochemistry Lab)

Assalammualaikum.. /hihi

Entry kali ini tentang makmal imunoasai. Makmal ni adalah antara makmal yang paling best dan tidak sibuk sebab semua ujian yang dijalankan adalah non-rutin. So, makmal ni hanya akan beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Pada hari Selasa dan Khamis, MLT yang bertugas di makmal ini akan masuk ke makmal biokimia pula. 

Semua ujian yang dijalankan disini 100% menggunakan sebuah mesin. Tinggal masukkan data pesakit dan spesimen. Kemudian run mesin. Dah dapat result, print.. Siap! Segala keputusan yang keluar akan disahkan oleh Pegawai Sains terlebih dahulu sebelum despatch pada doktor. 
Hajah Noriah

Ini adalah mesin tu.. Mesin ni sangat sensitif. xsah kalau alarm dia x berbunyi. Kadang2 pasal suhu suam2 pun dia akan berbunyi. Bilik ni memang sangat sejuk. 

Dalam lab ni, semuanya pasal hormonal study. Hormonal study adalah mengenai hormon2 manusia. Spesimen yang diperlukan adalah serum.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lupakan tentang immunoassay lab, sekarang kita beralih ke biochemistry lab pula. :)

Lebih kurang macam makmal imunoasai juga, makmal biokimia pun menggunakan 100% mesin. Spesimen yang diperlukan dalam lab ni adalah darah dalam tiub EDTA dan plain tube sahaja. Selain darah, ujian ke atas 24hours urine juga akan dijalankan disini. 

First time saya buat test for urine 24hours, hampir2 termuntah bila tidak pakai mask. Lepas siap buat test, terus cepat2 buang urine tu. Bau nya memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. /sweat

Di mana-mana hospital pun, makmal yang paling sibuk adalah makmal biokimia. Sangat2 sibuk terutama sekali bila pesakit dialisis menjalani ujian biokimia. Dalam makmal ni, ujian ujian yang akan dijalankan adalah Liver function test, Renal Profile, Lipid profile, cardiac enzyme, calsium,glucose, HbA1c, dan banyak lagi.


Time saya berada di section ni, saya bersama dengan salah seorang MLT yang paling saya rapat. Fisrt day saya di Path Lab, dia adalah orang pertama yang saya kenal dan bila dia on call, sayalah pengikut setia dia. :) Kak Siti Norlia.. atau nama femesnya kak CTN. :)

Next section sy adalah Makmal Mikrobiologi.. Jumpa di entry yang baru... /bye 

Saturday, 8 December 2012

Babysitter yang berjaya!

Assalammualaikum... /hihi

    "Noi, lepas Danish habis minum susu, bagi dia vitamin, lepas tu, ajar dia ABC, dari tadi main game ja kerjanya tu..."

Pesanan dari Kakak sulung saya sebelum dia pergi keja. :) Sekarang dah masuk bulan 12 dan secara rasminya saya telah memegang jawatan sebagai babysitter. /sweat

Best sebenarnya jadi babysitter ni.. (Jaga budak sorang memanglah cakap best kan) hehe.. since belum ada apa2 pekerjaan full time ni, boleh jugalah buang boring jadi babysitter, lagipun budak yang dijaga bukan orang lain, anak buah sendiri juga.

Muhamad Azmar Danish :)
This is my first nephew, Danish.. :) masa saya praktikal di Labuan dulu, memang rindu sangat ngan dia walaupun dia selalu buli unty dia ni. :') sebab masa study dulu, saya tidak tinggal hostel atau menyewa, saya tinggal dengan family dan tiap2 hari mesti budak ni datang masuk bilik dan buli saya. Pantang saya beli barang atau perhiasan baru dalam bilik, keinginan dia untuk memegang benda tu amat meluap-luap. Sabo je la kalau dengan dia ni. Tapi masa duk Labuan, hari2 memang teringatkan dia. Rindu pula nak kena buli oleh dia. Nasib ada save pic dan video dia dalam netbook. Hari2 tengok video dia dan Tini menjadi peneman setia saya time tengok pic dan video Danish. Paling lama saya tak balik rumah adalah selama sebulan. Time balik rumah, turun je dari kereta, Danish dah tunggu di luar. Nampak saya je terus lari peluk.. Lepas saya habis praktikal dan kembali ke rumah, Danish dah kurang membuli, pastu dia cakap "Danish mau tidur dengan unty" mungkin dia insaf tu tak jumpa saya berminggu minggu.. hehehe.. /please

Memang normal budak2 nakal. Danish ni pun nakal juga, tapi nakalnya masih boleh dikawal. Kalau dia tidak dengar cakap, senang je, saya buat2 merajuk dan xmo layan dia, pastu, pandailah dia datang dan cakap "saaayang unty" sambil usap2 kepala saya. Mau marah pun xjadi ni.



Rutin harian saya, setiap pagi, dia mesti akan minta susu. Sambil minum susu tu, dia boleh main PSP lagi. /nobigdeal  saya tengok sambil geleng kepala je la. Lepas minum susu, bagi dia vitamin appeton sebab dia ni kurang selera makan nasi. Memandangkan sekarang ni dia sedang membesar, susu je x cukup untuk tumbesarannya.. kena paksa juga makan nasi. 

menyusu dengan tekun
Lepas breakfast, dia akan capai laptop mammy dia pastu buka game. website game kegemaran dia adalah Y8 memandangkan hanya itu je satu-satunya website yang dia tahu. /XD setengah jam lepas main game mesti dia akan minta buatkan air sirap, demand tau dia ni.. Tapi cara dia mau minta buatkan sirap tu ada procedure.. haha.. First, dia akan datang dekat saya, 2nd dia buat2 tekun tengok saya buat kerja. Kalau dia nampak saya sibuk, dia duduk sekejap sambil pegang botol susu dia yang kosong. Lama dia duk diam, baru dia bersuara.. " Unty Unty... buatkan oyen Enish" (oyen=oren=Sirap, Enish=Danish) .. Sambil buat muka cute~ orang yang tengah stress2 buat kerja pun boleh jadi lembut hati..

Tengahari pula, makan time, budak umur macam ni memang akan mula pilih makanan. Mereka tidak suka makan nasi, sayur, ikan.. Mereka lebih suka makan makanan yang diproses makan nugget, sosej.. tapi makan macam tu xbaik untuk mereka, macam Danish ni, sometimes makan juga, tapi kena paksa juga dia makan nasi, kalau dia ni, kita mesti puji2 dia dulu, baru mau makan, tu pun, payah mau suap. Setiap kali makan, ada je la kata-kata hikmat untuk menaikkan semangat dia untuk makan. Contoh, "Enish, gud boy, sini unty suap.. mamam.." bila dah suap terus puji lagi.. "Gud Boy..Pandai.. Tepuk tangan. macam ni la ensem boy unty.. " dan begitulah seterusnya sehinggalah nasi habis. /sweat

Dia ni jenis xsuka orang shampoo rambut dia. Time mandi, bila kena shampoo rambut, mesti dia marah. haha.. tapi macam biasalah.. kena puji2 dia lagi.. penat juga tau puji dia ni.. kadang2 tu, bila saya keluarkan arahan untuk pegi mandi, dia terus pura2 tido, xmo mandi sebab xmo shampoo rambut. So, pujuk dia, suruh dia bawa ikan2(mainan) dia sekali ikut mandi ngan dia. Barulah dia nak mandi, tu pun, still marah kalau kita shampoo rambut dia.. /shock

Bila Danish geram ngan saya sebab saya selalu buli dia balik, dia akan pakat ngan hanif untuk buli kucing saya pula. Balas dendam tak bertempat sungguh. Asal nampak kucing saya je, memang x aman, habis kucing saya, kena cabut bulu la, kena tarik ekor la, kena side kick lagi oleh bebudak tu. Sabo2 je la...

Nakal2 Danish ni, tapi bila dia tengok saya ada banyak keja, dia pandai jaga diri sendiri la juga. Cuma kena pantau sekejap2.. dan yang tak puas hati dengan budak ni, dia dah banyak rosakkan barang2 saya, antaranya keyboard bawah ni.. :'(



hari tu, still boleh on lagi, tapi baru2 ni xboleh on dah.. uhuhu.. tapi, xapalah, keyboard ni pun dah uzur, boleh masuk muzium dah.. :(

dan mereka berdua ni tidak boleh dibiarkan berduaan. x sampai seminit ditinggalkan berdua, mesti salah sorang akan menjerit, kes rebut barang.. tak kiralah barang apa, yang penting, kalau si abang tak ada barang tu, si adik pun xboleh ada barang tu.. normallah bagi kanak2 macam mereka ni. sikit2 gaduh. Tapi masa si adik kena tahan di Hospital, si abang jadi caring la pula.. apa si adik mahu, si abang mengalah ja.. :)


Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu, menonton upin ipin dan boboi boy.. kalau bab tengok kartun, mereka xgaduh. yang ni mereka sehati sejiwa.

Komputer ni, kira macam komputer awam la di rumah, sesiapa pun boleh guna, tapi bila Danish dah duduk situ dan buka Y8 dia tu, jangan harap la dapat pujuk dia untuk pinjam. haha.. my lil bro yang hantu dota tu selalu gaduh ngan dia. sian..


Setiap hari, ada je benda baru yang Danish akan tunjuk dan itu sebenarnya dia sedang melalui proses pembelajaran . Tapi, senakal-nakal dia ni, masa saya sakit, dia terus jadi budak baik.. xbanyak karenah. Senang je jaga. hehe..

Itu je la cerita saya untuk entry kali ini..
thanks 4 reading..
/bye 

Monday, 3 December 2012

Umur mengikut kalender Islam

Assalammualaikum...

Petang tadi, saya cerita-cerita dengan kakak saya, tiba-tiba keluar pula topik umur mengikut kalender Islam. Kakak saya kata, "Selalu kita sambut birthday ikut kalender gregorian, ikut tahun2 1990, 1993, 1997, 2004 and so on. Jaranglah yang ikut calender Islam kan?"

Terus saya terfikir, ya, betul juga kan. Lepas tu, saya terus cari converter Kalender gregorian kepada Kalender Islam(hijrah) di google dan kira umur saya di sana. Sesiapa mau try boleh klik sini (p/s: kalau mau buka new window, tekan Ctrl pada keyboard kemudian baru klik).. :)


Caranya senang je, masukkan hari lahir mengikut gregorian calender dan klik button di bawahnya tu untuk convert. 


Dan saya mendapati, saya berumur 22 tahun mengikut kalender Islam.  Owh! cepatnya masa berlalu.. 

Anda pula bagaimana? 

Jom kira umur masing-masing mengikut kalender Islam..